Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

JUMP Part 2

Sabtu, 17 mac  Hari kami dihiasi dengan Qiamullail walaupun agak lewat hari itu. Dimulai dengan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan juga witir. Terasa sungguh dekat dengan Maha Pencipta. Lantas aku malu sendiri mengenangkan bilakah kali terakhir bangun berqiamullail. Niat sudah banyak kali, namun seringkali juga tewas dengan nafsu. Sungguh aku insan yang lemah. Aktiviti kami diteruskan dengan beriadhah sambil berzikir. Hari beransur cerah dan barulah kami dapat melihat pemandangan sekeliling. Nyata, kawasan itu dikelilingi oleh banjaran bukit yang menghijau. Sunyi tapi tenang. Kami kemudiannya bersarapan pagi dengan mee goreng dan air milo susu, meski terasa lapar tetapi terasa tidak berselera. Bukan disebabkan tidak sedap tetapi aku sendiri rasa tidak berselera. Kurang tidur barangkali.* ade effect ke?                                                                           gambar jah n paie xde plak, sorry. selepas semua peserta berkumpul di dewan, kami dikejut

JUMP Part 1

 "Syai, jomla join JUMP..best tau!"  "JUMP? pe bende tu?  "Jump tu stand for "Jalinan Ukhuwah Mukmin Profesional".. " ooh, akan difikirkan la kak..hee.. "nanti akan ade promo tau, tp bila korg free ea?" "nnt saye bg tau akk la ea..ok" Selepas promo diadakan, keinginan amat kuat sekali untuk menyertai kem itu, walaupun sebenarnya, ak tidak berapa suka dengan perkhemahan. Try to be positive, Mungkin ada sesuatu yang ak boleh pelajari, memandangkan kem ini bersifat islamic. Akhirnya, dengan bayaran RM30 ak dan kwn2  memberi nama untuk menyertainya. Sampai hari yang ditunggu, terasa amat xcited sekali sebab inilah kali pertama ak bercamping selepas form 4 di sekolah dahulu. ingtkan jauhla sangat, rupanya xde la sampai 2 jam pun. Lenggeng, Negeri Sembilan. Waah, ini first time ak dtg negeri 9 ni..huhu, ..igtkan kem ni kat tepi2 kampung ke, tepi bandar ke, sekali amik kau, tgh2 hutan! jalan yg kecik, boleh muat satu bas je, h

Apakah Nikmat Terbesar yang Allah Berikan?

   Kadang-kadang kita lupa kita ada Allah rupanya..:) *   Saya tak fikir untuk wat entry panjang-panjang kali ini, kerana saya rasa yang sikit itu lebih mudah untuk kita fahami..            

Sabarlah Dalam Berjuang

Hanya satu ungkapan sahaja iaitu Subhanallah! besarnya ganjaran bagi sesiapa yang menuntut ilmu kerana-Nya. Namun jalan menuntut ilmu itu bukanlah mudah. Ia menagihkan usaha yang berterusan, Mujahadah yang mantap. Memang, Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis.  Sometimes, we become so fragile to stand. Lagi-lagi sekiranya kita seringkali gagal. Feel like want to Give Up. Tetapi, sekiranya kita niat belajar kerana Allah, walaupun kita gagal, kita akan dapat semangat untuk bangkit kembali. Kerana kita sedar bahawa ..  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "orang mukmin yang kuat lebih baik disisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya(imannya): oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan jaganlah engkau bersikap segan dan malas, dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka j

Saya Bukan Siapa-Siapa

Saya bukan siapa-siapa.  Saya bukan ustazah untuk membimbing orang lain sedangkan diri sendiri belum terbimbing. Saya bukan seorang guru untuk memberi ilmu, sebab saya sendiri belum cukup ilmu. Saya bukanlah seorang pakar. Saya bukan seorang yang PerFect atau berpekej lengkap.                                        Namun, lahirnya blog ini disebabkan rasa tanggungjawab saya sebagai hamba Allah untuk menyebarkan kebaikan InsyaAllah, kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca hasil tulisan saya ini. Dengan cara ini juga saya dapat mengingatkan diri saya untuk menjadi Hamba-Nya yang lebih baik. Insya Allah. Sebab kalau kita tunggu orang yang sudah cukup ilmu untuk memberi kebaikan nescaya tidak ada yang menjadi ustazah ataupun guru. "you"ll never reach perfection because there are always room for improvement. Yet get       along the way to perfection, You"ll learn to get better"  ~Hlovate~

Jodoh, Cinta dan Syurga

Bukanlah aku seorang yang suka bercakap mengenai cinta. Lagi-lagi cinta terhadap manusia. Namun, kehadiranku ke satu forum, mengubah sedikit persepsiku terhadap cinta.                                            CINTA , also known as Al-Hubb telah disebut sebanyak 76 kali di dalam kitab agung Al-Quranul Karim. Ini bermakna cinta itu bukan sesuatu yang remeh, malah ia merupakan satu elemen yang penting dalam hidup manusia. Ia merupakan rangkaian perkataan yang cukup indah  untuk dirasa oleh hati.         Cinta, rindu dan perasaan sayang itu adalah anugerah dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Bahkan Allah merasa hairan sekiranya seseorang itu tidak ada perasaan cinta, rindu ataupun sayang. Cinta itu normal, rindu itu normal, perasaan sayang terhadap sesuatu itu juga normal. Cumanya, bila cinta itu tidak di letakkan pada tempatnya ia tidak akan membawa ke Syurga Allah. Maksiat dan semua perkara yang dilarang oleh Allah hanya akan membawa cinta itu ke arah kebinasaan. Allah aka

intro

                                                     ASSALAMUALAIKUM                                                                                                                                                   ~ semoga sama-sama beroleh manfaat~