Thursday, 5 April 2012

With You



Allah,
@I need Allah,
and the hearts all over the world tonight,
i said there's hearts all over the world tonight.

What can i do,
i need Allah,
and the hearts all over the world tonight,

Wish i was smarter, when i was younger
found something better,
made me winner and,
i'm so glad to be Yours!
it's my life that you own.

i start my journey when you forgive me,
i swear my whole world stops,
you are in my heart and, i'm so glad that it's fine
You are One truly kind.

You lighten me!
feel it, through and through, and
for sure Ya Rabbe, there ain't nothing You can't do
because

# if i got You
i dont need money
i dont need car
Lord, you are my all

And ..Oh!
i'm into you my lord
no one else would do
with every test you put me through,
the miracles you help me do
and now i know i can't be the only one,
i bet there's hearts all over the world tonight
with the love of their life who feel..what i feel when i;m

with you,with you, with you,with you, ya Rahmaan
with you, with you, with you, Ya Rahiim

i don"t want nobody else 
without you there's no one left and,
the master of Judgement day,
i got to have your love and i cannot do without

(repeat #)

And i will never try to deny,
that you are my life.

Because if you let me go i would die.

so, i wont front
i don't need another mission,
i just need you as my vision,
if i got You, i'll be straight,
Rabbee i need you everyday

(repeat @)

Rabbighfirli
fantal kareemu
Wa'fu Ya Rabbee
fantar raheemu

with you,with you, with you,with you, ya Rahmaan
with you, with you, with you, Ya Rahiim



video



*This song is full of meaning if we can feel in our heart, truly deep in our heart.



Wednesday, 4 April 2012

Istanbul Suatu Masa Dahulu

Ikutkan  hati, penyakit malas untuk meng"update" kembali blog yang sudah lama terbiar dan dipandang sepi ini  sering bertandang menambat aku entah ke perdu pohon mana..hingga lemas aku dibuatnya..dengan kudrat yg ada, aku semampunya melepaskan diri dari cengkaman kemalasan itu..Yeahh Semangat Al-Fateh!!..*ayat novel ^^

Bila la dapat pergi kat sini..

   Untuk entry kali ini, saya dengan rasa semangat dan sukacitanya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai salah satu Raja, dan merupakan sebaik-baik Raja dan Tenteranya adalah sebaik-baik Tentera..siapa lagi kalau bukan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau diberi gelaran Al-Fateh yang bermaksud "Pembuka"..ye, Pembuka Konstantinopel!


     Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam perang Khandaq,.." Konstantinopel(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan Tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik Raja, Tenteranya adalah sebaik-baik Tentera.."(Hadis Riwayat Imam Ahmad)




Byzantine, Konstantinopel


 Hadis ini dinanti 800 tahun lamanya untuk menjadi Realiti. Menanti siapa yg merealisasikan pembukaan konstantinopel, dan hadis ini ternyata telah direalisasikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya.. Kota Konstantinopel mempunyai benteng yang kukuh dimana ia mampu menahan serangan dari darat dan juga laut. 

Tiga lapis benteng Konstantinopel

Dinding kota yang sememangnya tebal  sebanyak 3 lapis dan rantai besi yang mengelilingi perairan Konstantinopel menjadikan 12 kali percubaan tentera islam menemui kegagalan. Bahkan kapal-kapal yang cuba merempuh rantai besi itu musnah disebabkan kekuatan pertahanan kota ini. Percubaan menawan Konstantinopel ini juga pernah dilakukan oleh ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu Sultan Murad. 


*peta benteng Konstantinopel..bacala kalau faham..^^


Menyingkap sirah perjalanan Sultan Muhammad Al-Fateh ini, beliau sudah dididik sejak dari kecil lagi oleh ayahandanya sendiri mengenai strategi peperangan. Ditarbiah bermula dengan pendidikan sikap, penghafazan Al-Quran dan juga Ilmu sains dan ketenteraan serta bahasa. Bahkan Sultan Murad mendidik anaknya ini untuk mempunyai visionnya sendiri sejak dari kecil. Pendidikan yang cemerlang melahirkan insan yang gemilang. Hasil dari pendidikan yang sempurna sejak dari kecil Sultan Muhammad Al-Fateh telah menaiki takhta sejak usianya yang muda. Beliau mengkaji sejarah Konstantinopel dan mengkaji kegagalan tentera Islam dalam menakluk kota Konstantinopel ini. 

Perjuangan menakluk Kota Konstantinopel ini bermula dengan pemilihan tenteranya itu sendiri. Strategi peperangan yang mantap sahaja tidak  cukup untuk menawan kota itu tanpa tentera yang mantap. Mantap dalam erti kata kuatnya hubungan dengan pencipta!. Dalam strategi menembusi pertahanan darat,dengan ilmu sains yang ada pada Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau telah mencipta sendiri senjata yang belum pernah di bina pada ketika itu, iaitu meriam yang sangat besar.



 Melalui jalan laut pula, beratus-ratus armada cuba menyerang melalui jalan laut. Tetapi serangan dari edua-dua jalan darat dan laut tetap menemui kegagalan. Semangat Al-Fateh kian luntur melihat strategi yang disusunnya itu menemui kegagalan. Namun, hasil nasihat dari gurunya telah menaikkan kembali semangat Al-Fateh untuk menakluk kota itu. Sekiranya manusia belum pernah melihat kapal belayar diatas laut, pada hari itu manusia menyaksikannya! Kapal-kapal dari laut dipindahkan melalui jalan bukit untuk menembusi kota itu, ternyata cubaannya itu berhasil. Kota Konstantinopel kucar-kacir. Serangan itu, membolehkan tentera darat masuk ke dalam Kota itu.

Ada diantara tentera Konstantinopel menganggap mereka menggunakan bantuan jin dan syaitan. Dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine mengucapkan ..

                   " Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh 
                      menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di
                      ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi 
                      Alexander The Great!"

Begitulah semangatnya Sultan Muhammad dan tenteranya menakluk Kota Konstantinopel yang sebelum ini mustahil untuk ditembusi oleh mana-mana tentera. Ternyata pada usia yang muda Sultan Muhammad telah mencipta sejarah dunia..



Sekiranya kita lihat orang-orang dahulu pada usia muda remaja sudah berjaya membuka negara, maka apa sumbangan belia remaja pada masa kini?..sekiranya orang dahulu pada usia 20 tahun sudah menaiki takhta mampu mentadbir negara, remaja kini pada umur 20 tahun, ramai yang mendaftar diri di pusat serenti atau pusat pemulihan. Semoga sama-sama berubah ke arah hidup yang lebih baik, dan semoga semangat Al-Fateh ini masih ada dalam kalangan anak muda sekarang..
Wallahu'alam.

video


                                          video

*Saya rasa amat-amatlah teruja semasa menulis entry ini, seakan dapat merasai semangat Al-Fateh dalam menelusuri sejarah hidup beliau. Nyata, beliau insan yang hebat sehingga disebut dalam hadis Rasulullah..Kami nantikan The Next Al-Fateh!^^