Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Coretan hati

Sedang aku susuri jalanan hidup penuh berliku mencari makna realiti hidup yang sebenar bangun, berdiri, jatuh, merangkak  dan bangun kembali kini aku sedar  hidup bukan hanya  ada satu warna. Namun, dalam perjalanan kembara ini rupa-rupanya, Dia tidak pernah meninggalkan kita Dia lihat kita bangun ,  Dia lihat kita jatuh dan kita, seringkali pergi jauh dari-Nya sehinggakan, Dia sengaja biarkan kita jatuh supaya kita akan kembali pada-Nya Tidaklah Allah menguji manusia dengan sia-sia melainkan Dia akan mengangkat darjat hamba-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang bersabar. Apa yang kita perlukan adalah kekuatan Kekuatan dalam mentaati perintah-Nya dan juga kekuatan untuk mencapai tujuan hidup yang sebenar seperti yang telah diikrar  saban kali bacaan iftitah dilafazkan dengan tertegaknya solat dan kekuatan ini  tidak akan datang melainkan dengan taqarrub kepada Al-Qawiyy Semua ini kerana  Kita datang dari-Nya  dan kita juga ak

Book Lovers

Lawatan ke PWTC hari itu, menamatkan penantian saya selama 3 tahun bagi seorang "pencinta buku" macam saya ni.  Mata bersinar-sinar , senyum lebar-lebar.^^ rasa nak lompat-lompat. ok, hiperbola di situ, pelik sangatla nampknye kalau seorang yang dah berumur 20 tahun lompat-lompat sebab xsaited sangat jumpe dengan book fair..haha..can u imagine that?, oh, stop it! Tak kisahla orang nak kata ape, saya ni jakun ke, saya ni pelik ke, tapi memang saya xsaited bila berpeluang dapat pergi ke PBAKL tu..^^ tapi, utk pengetahuan anda-anda semua, saya masih lagi boleh mengawal ke"xsaited"an  saya tu dan masih boleh berfikir secara waras ye! Harap maklum. Our main target, "Jemari Seni". Nasib baik tak la jenuh sangat mencari. Fuh, tak tahula nak gambarkan macam mana rupa Ana Miera lepas nampak banner Jemari Seni tu. Keadaan sesak. Tak hairanlah sebab Hlovate tu memang ramai peminat termasuklah saya.^^ . Ada pulak seorang pak cik X yang baik hati ni, pi promote buku-

I'm Coming Home....

" Mama," "hmmm" "na balik weekend ni, boleh tak?" " balik je la, na balik sane hari ape? mama belikan tiket sekali." " balik hari ahad, cuti weekend je, macam biase la mama, pukul 11, 12 ke..macam tu la" "hmm, hati-hati" Woohooo, pasal balik ni, memang aku nombor 1. Yela, siapa yang tak nak balik rumah, menjauhkan diri daripada segala kekusutan, dan kecelaruan hidup di kota meskipun buat sementara. Walaupun dua hari, akan aku berazam untuk memanfaatkan cuti ini dengan meng"qada" segala kepenatan, ketidak cukupan tidur dan makan yang kadang-kadang tak kenyang. ^^ (saya memang kuat makan). "hati-hati balik"..mama seringkali mengulang perkataan ni, sampaikan aku dah hafal. Tapi sejak dari peristiwa itu, baru aku kenal + faham + ingat betul-betul ape maksud "hati-hati" tu yang sebenar-benarnya! "Mama!, mama rasa betul ke ape yang Adah buat ni?, Mama rase perlu ke?, macam mana ye mama?&