Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Dai'e yang Berblog VS Blogger yang Berdakwah

Ramai yang mempunyai blog. Anda juga mungkin seorang blogger, tetapi bagaimanakah anda gunakan blog anda untuk kebaikan yang membawa manfaat atau sekadar medan melepaskan emosi? Blog bukan semata riadhah fikri Blog bukan semata-mata satu riadhah pemikiran atau tempat kita tulis apa kita mahu dan biarkan. Blog adalah satu medan nasyru fikr (penyebaran fikrah yang baik). Lebih-lebih lagi kita mengetahui bahawa peperangan pada hari ini bukan hanya dengan senjata tetapi juga ghazwah alfikr (peperangan ideologi ). Bukan sekadar trend. Apabila kita menyedari bahawa blog mempunyai satu gapaian nasyru fikr yang luas, jadi kita mampu transformasikan sebagai satu alat dakwah kepada masyarakat dan menjadi antara sumbangan kepada Islam. Pada masa ini telah berlaku ledakan blog yang memang mengagumkan. Tetapi, persoalannya.. Adakah blog aku ini bermanfaat untuk Islam? Apakah blog aku ini syarak? (tiada perkara yang Allah larang) Konsistenkah? Ramai yang mengan

Lihat Dengan Mata Hati

Ohayo !!! Konichiwa !!! Oyasuminasai !!! eh, Assalamualaikum..^^ Rindu saya tak?..wahaha..jangan tipu, saya tau anda semua rindu saya kan kan kan ? Maaflah sebab membuat blog saya ni berhabuk sikit, disebabkan ketiadaan emosi dan selera maka blog ini ditinggalkan kesepian. Ada tiga benda yang kalau dilihat kita akan dapat pahala: melihat wajah ibu bapa (p tengok sekarang, koi malu nak tengok depan-depan sebab tu koi tengok curik-curik je) melihat kaabah (tengok kat tv pon boleh) melihat laut ( jom pi picnic!!!)  Saya rasa pelik, macam mana tengok laut leh dapat pahala?..sebab kalau nak diikutkan dengan arus modenisasi sekarang ni, makin tambah dosa adela dengan tengok orang couple2..tengok orang pakai tak cukup kain..ye la kan kat tepian laut kan banyak orang speses cenggini. wuhuhu.. Ok, jawapannya, dengan melihat laut, kita boleh  berfikir tentang kejadian alam. Bila tengok laut terbentang luas depan mata....          Ya Allah, luasny

The "Chinese" Guy

A : Tok, saya datang ni ada hajat. Bomoh : ang takyah ceghita la ak da tau. Ang nak p dajal orang punya.. A : Eh, cana tok tau, pandai tok teka na. Bomoh : Aku tau la muka jenih tak semayang A : Amboih, tuduh orang berdosa tok. Bomoh : Oh.. reti plak dosa, ingat tak reti.. . Apa guna pelakon korporat , pada penonton hidup melarat,  mengapa tayang cinta terhalang  bila rahmat Tuhan tebar melayang? Ramai orang boleh cantik dengan muka, badan dan pakaian tapi berapa ramai yang boleh cantik dengan perangai? dan bukankah fitrah manusia itu bersih dari prejudis dan penindasan Ahhaaa..boleh teka tak, siapa punya kuot-kuot ni? Tak tau? tak ingat? He is  Matlutfi ...:D Setiap video dia buat saya rasa nak tergelak je..haha.. video dia simple je, tapi mesej dia memang thumbs up la.. tambah lagi ngn slang kedah+english dia, dengan style dia camtu..haha curi ati tak pe?...hahah Oh bebi bebi jangan kau marah, sebab ku tolak ku tahu kamu cantik ku pe

Reply

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”  (Hadis riwayat Bukhari dan Mus lim) *sorryla aok, saya copy je..^^ ape yg saye faham, saye tekankan lagi, dari apa yang saya faham, semua baby dalam dunia ni, tidak kiralah dia itu lahir dari ibu yang sudah sememangnya islam atau tidak (belum islam) adalah dalam keadaan Islam atau fitrah. Ingat tak cerita pasal dialog antara baby dengan Allah? err..pernah dengar ke?  Saya pernah dengar dulu, sebenarnya sebelum kita lahir kita dah "sign" kontrak dengan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ni. Bahkan,kita dah tau pun Allah itu Tuhan kita. Kita sudah diberitahu tentang segala qada' dan qadar kita sebelum kita lahir. Kemudian, Allah hilangkan ingatan kita mengenainya sebelum kita lahir. Berbalik kepada hadis tadi, lepas baby lahir, parent lah yang corakkan atau ajar baby tu jadi baik atau jadi jahat. Yang didik

Bridge in the Sky

Dah dua hari dah koi nampak cik pelangi waktu pagi. Rasa macam cik pelangi tu tersenyum kat koi, jadi koi senyumla kat dia balik. :D Tapi masalahnye, bila koi nak amik photo ngn dia, dia malu, dan terus lari..jadi koi tak dapatla tangkap gambar ngan dia... Mungkin ini antara keberkatan Ramadhan, sebab dah lame koi tak nampak pelangi secara live.huhu koi rase macam bersemangat pulak hehe, bila nampak dia. Make someone smiles today. May it be your charity and may somebody pay it forward and make you smile the day you are drowned in dismay. @hlovatesays Draw your own Rainbow today @shaylasays..:p Sebarkan bahagia..tinggg!!(sambil petik jari, kenyit mata sebelah kiri) 2 Ramadhan 1433H Moga Allah Redha Moga Allah Redha Moga Allah Redha....           ^^

Lelaki ke 11

Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada itu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa. Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai nangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul hayati kalam Allah ni.~Contengan Jalanan~ Pagi tadi, koi ade bukak TVAH tu, tup tup, Ustaz Izhar Ariff yang keluar. Ade dia cakap pasal Azam Ramadhan. Dan salah satu antara azam-azam yang dia kata tu adalah Bace AlQuran.  " Bulan puase ni, takkanla sekali khatam  30 juzuk Al-Quran tu pun tak boleh. Orang yang macam kita ni   setengah jam dah boleh habis satu juzuk Al-Quran. Orang yang lancar bacaannye pulak dalam setengah jam tu dua juzuk dia boleh habiskan." Koi rasa macam Ustaz ni, direct sound koi..huhu..dahla dia pandang koi langsung tak berkelip.  Macam mana kita nak kekalkan azam Ramadhan kita ini, sampai lah hujung ramadhan nanti? D

Ramadhan Datang Lagi

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian berbual dan borak-borak yang banyak Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah kemudian tidur, malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa , takut kalau terlibat lagi dengan dosa Ramadhan hendak rasa agun

Moment bersama Aini

Prince of Tennis "Syai, ape yang Prof. Mahmud ni cakap" "Ish, ko senyaplah Aini, dengar je la ape yang dia cakap tu" This is the stratum corneum,the outer part of skin. The basal layer of the skin is stratum basali..... Suara Prof Mahmud semakin lama, makin tenggelam dan sayup-sayup kedengaran oleh Aini. "Aini, bangunla. Da nak habis da ni." Syai menggerakkan Aini yang sudah terlelap . Sedikit kelakar melihat Aini yang kepalanya sudah terletak di meja makmal itu sambil tangannya memegang pensil yang hampir terlepas dari genggamannya. Aini lantas terjaga. Ada soalan? Kalau tak ada soalan you can start now. Pelajar di Lab 9 itu, masing-masing bangun dan menuju ke meja masing-masing. Membuka kunci mikroskop . Dan semuanya senyap. Tenggelam dengan keasyikan melukis dan mewarna sel demi sel seperti yang dilihat di lensa mikroskop. "Aini, bosanla ." "Abis tu ko nak suruh  ak buat ape? " Aini yang dudu

Light upon Light

Shall we start with In the Name of Allah.. Wondering why Light upon Light (cahaya di atas cahaya)? ...ahhaha.. sesuka hati saya la na tukar title blog ni, lagipun blog ni saya punya..:P Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya . Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut und

Prevention is Better than Cure

Budak-budak comel dah balik, sunyi balik rumah ni. Hepi betul hidup diorang. Makan, tido, main.haha. pastu buat muka comel, orang nak marah pon boleh jadi tergelak tengok muka diorang ..haha Everytime, abang long balik mesti dia ada tinggalkan pesan. dan pesanan dia kali ini, buatkan saya rasa sedikit takut dengan orang-orang sekeliling. "Adah, jangan lupa baca ma'thurat atau manzil hari-hari" itulah antara pesanan dia tadi. Haa, boleh guess tak apa yang saya nak share kali ini? jeng, jeng, jenggggg awak nak tahu tak, awak tak boleh na sambil lewa or selumber je g kedai-kedai makan tepi jalan kat mana-mana pon, sebab sekarang ni ramai yang guna   &^%$$#@ untuk buat untung...haaa, seramkan?..saya pon seram. kalau kita terkene, kita akan rasa nak selalu makan kat kedai tu. Tak caye? anak buah saya dah terkena, actually dia xterkene pun, cuma dia dapat tahu yang kedai yang dia masuk tu guna bende tu. and unfortunately, dia sampai kene

Sedihlaaa~

Today is Friday..(mcm org xtau je) But what so special about friday? Hari ini junior saya da dapat result upu dan saya teringat keadaan saya dulu semasa dapat result upu, juga hari jumaat tyme tu. Frankly, i happy for them..:D UKM : Medic UPM; Food in Biotechnology UiTM: Chemistry and i, stay here as Biomedical scientist-to-be..do not sure yet what i want to be in future.. Study...study...study...and then graduate and then what? oh, thinking about future, it is so scary... Sometime,  saya rasa keliru sebab saya ni dalam bidang ape senanye? bidang saya ni macam xde org nak pon, bidang saya ni x mencabar pon, bidang saya ni x berkembang pon, dan yang paling penting apa yang saya boleh sumbangkan dengan profesion saya ni? Sometime,  saya jeles dengan student medic sebab diorang da konfem dpt keje terang2 lagi bersuluh da nampak sumbangan diorang utk masyarakat keje pon best, sebab boleh jumpa ramai orang Macam mana ni? umur da 20, t

Oh, i like her

Ashraff Omar (AO) Minn Addin Benz Just imagine kamu adalah penulis dan sedang travel ke oversea, menulis pengalaman  dalam diari sambil minum nescafe... ohh, heavennye..^^ Ade ke diorang ni dalam dunia realiti? Maybe ade. one in a million..huhu Really nice novel. Pendekatan yang sesuai untuk jiwa muda. Fanatik? oh, tidak, tidak, tapi suka. Ada beza antara fanatik dengan suka.....seriously! sebab? dia seorang penulis yang humble dan ade prinsip hidup yang tegas dan yang penting, takde novel jiwang!,  setakat yang saya baca la, Antara pendekatan santai beliau..^^  sabar menanti novel yg seterusnya...^^ -------------

Eeeee...

"Mama, nak gunting tu." Mama, mengambil gunting yang berada di sebelahnya lalu memberi kepada saya.  Dengan perlahan saya menggunting benang dan mula mengambil benang yang baru.  Baju kurung yang sudah 70% dijahit oleh mama itu saya sambung  dengan jahitan tangan.  Sunyi. Dan kemudian, mama membuka cerita. Itulah mama, suka bercerita. "Hidup dulu bukan macam hidup sekarang, Adah" Saya diam sahaja, menanti ayat seterusnya. 'Kalau arwah abah ade lagi, nth macam mana ntah kamu ni" saya diam lagi. "Mama dulu tak takut ke tinggal kat rumah abah tu? kan rumah tu gelap." saya bertanya. "mestilah takut, kamu pergi dulu tu kamu tak takut ke?" Mama bertanya. "huhu" Baju jait sendiri tau..wlupun xdela cntik mne..haha Begitulah serba sedikit cerita mama, dan kamu nak tahu tak kenapa saya takut nak duduk kat rumah lame saye tu? Sebabnye ialah : kamu sanggup ke tido di dalam rumah kayu yang separuh dindingn

Beruntungnya mereka

Dia bernama Leen, berusia enam tahun dari Daraa-Syiria telah ditembak oleh Assad's Sniper, headshot Terkedu. Sedih. Mereka ini manusia atau binatang? langsung tidak ada keperihatinan membunuh sesuka hati tidak peduli wanita, kanak-kanak, mahupun orang tua membunuh bagaikan hobi oleh manusia yang kejam lagi zalim Apa salah anak-anak ini? Apa dosa mereka? Bumi Palestin, Syiria, Thailand menyaksikan darah para syuhada mengalir menyaksikan tangisan anak-anak yang tidak berdosa disebabkan kekejaman ini anak-anak menjadi yatim para isteri menjadi balu para suami kehilangan keluarga beruntunglah wahai syuhada kerana anda sudah ditempatkan di syurga walau kau tidak bahagia di dunia namun kau bahagia di akhirat negeri yang kekal selama-lamanya... Dengan dosa apakah ia di bunuh? ~Surah At-Takwiir 81:9~

Fi Dunya Hasanah wa Fil Akhirati Hasanah

Alah, kau pompuan, belaja tetinggi mane  pun ke dapur gak kan? ko belaja penat2, last2 gaji ko   dua ribu je pon. Pernah tak korang ditanye dengan soalan super menyampah cenggini? haha, yang pernah ditanye tu, jangan rase sedih sebab kita senasib (^_^)V dan yang tak pernah kena tanye tu, haha...anda memang bernasib baik..(tepuk tangan) untuk yang senasib dengan saya tu, saya nak share sikit artikel yang berjaya menambah motivasi saya sampai ke langit 7 petala...ahahaha...hiperbola betul, tak caye? saya malas nak tulis pepanjang, awak bace la sendiri... Picitlah saya ahahah..amacam?..ohsem kan? jadi pasni bila ade makhluk yang tanye soalan-soalan sebegitu, anda sudah ada peluru-peluru bermata lima (errr...) untuk mematahkan hujah-hujah mereka.. Jadilah wakil Allah yang di segani, bukan hanya dengan ketinggian ilmu, tapi dengan keluhuran nurani. Matlamat kita mencari Redha Ilahi, tapi jangan lupa, hakikat kaki kita masih memijak bumi...^^ -----------