Friday, 25 January 2013

Tak Susah Pun Sebenarnya

'Lame dah tak keluar. Bosan kot duk bertapa kat UM ni. Nak gi mane ea?' Irfan menggumam di dalam hati. Dia yang sedang baring di atas katil lantas duduk. Jam baru menunjukkan angka 10.  Dicapainya lecture note Pathology, cuba membaca perkataan demi perkataan. Tapi..

'Haihhhh, tak boleh masuk aku la tengok segala macam diseases ni. Hadoii.' Lecture note itu diletak kembali di atas meja studi.

'Bosan giler ah. Roomate plak balik.  Haishh, nak kuar jugak esok tak kisah la pi mana pun.' Sekali lagi Irfan menggumam. Matanya memandang henset Samsung ditepi bantal.

' Sunyi je henset aku malam ni ' Tangannya pantas mencari contact number didalam fon dan matanya tertancap pada nama Shakir.

+ weyh, Shark ,ko de kat kolej an esok?

- kot ye pon, xreti ke na bg salam dulu, Pa'an? ade je, awat?

+eheh, ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAHABATKU! mahukah saudara menemani hamba pergi berdagang esok hari? *amik kau!

-WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULAH SAHABATKU! apa gerangan tuan hamba mahu mengajak patik pergi berdagang? apa tuan hamba sudah tidak ada barang kerja lainkah?

+ amboihhh, perli nampak..haha, back to normal ok, back to normal.  Nak x kuar esok?

- p mana? hang ni dah kene sawan ke ape, xpenah ajk ak kuar ni.

+ alahh, ikut je lah, p masjid jamik cukuplah.

-eh, ko na shopping brg ke?, ishh, mengalahkan pompuan la ko ni. Pukul bape esok?

+tghari skit la kot, dalam kul 2 camtu.

-tu bukan tghari pandai, tu ptg namanye..haha, ok2, ak bajet kedit ni, tak kuasa na mesej kau lelama. ape2 roger ak esok eh.

+wokkeyyhh, thanx shark.


Dan Irfan tersenyum. Sebenarnya , tidak ada apa barang pun yang mahu di carinya di Masjid Jamik tu, atau juga dikenali sebagai Jalan Tar. Cuma, entah, itu sahaja tempat yang sempat difikirkannya sebelum memberi jawapan pada Shakir.




Say, [o Muhammad]. "Travel through the land and observe how was the end of those before. Most of them were associators [of others with Allah]
 [30 : 42]




*****


Jalan Tar.

Pa'an ; Sesak la jalan arini.

Shark : Memangla, weekend. Biasela tu. Ko ni pon satu, tak de tempat lain ke nak lepak pon. Kat sini plak   
            tujunya.

Pa'an : entahla, aku tak taula nak gi mana lagi.

Shark : KL ni punye la besar, boleh plak tak tau nak gi mana. Haihhh, kawan aku ni la kan. Takpela jom 
            jalan kat sana . 

Satu demi satu gerai di lewati, tapi tiada satu barang pon yang berkenan di hati. Cuci mata mungkin kali ini. Dari jauh kelihatan ramai orang berkumpul di satu gerai yang tidak berbumbung.

"10, 10, baju batik 10 ringgit"

Pa'an : Shark, jom pi sana. (sambil menunjuk ke arah gerai tadi)

Shark : Ade ape tu?.

Pa'an : Ade orang jual baju batik.

Shark : Ko pegi dulu la, aku nak tengok wallet ni jap. k.

Pa'an berlalu mendapatkan gerai tadi tanpa ditemani Shakir. "Hmmmm, cantik gak baju ni. Kalau buat hadiah bagi kat mak ok la kut. Lagipun , minggu depan cuti ." Pa'an bermonolog sendiri.

"Abang! Abang!"

Satu suara budak kecil memanggilnya dari belakang sambil menarik baju t-shirtnya. Pa'an lantas menoleh.

" Surah Yaasiin bang "

Budak kecil itu menghulur senaskhah buku nipis berkulit merah.

" Haishh, kat mane-mane ade je la pengemis" Pa'an sedikit merengus.

"Tak pe la dik, abang tak nak." Pa'an tidak menghiraukan  budak kecil itu.

"Abang!"

Bersungguh budak kecil itu menghulurkan  buku yaasin itu. Pa'an menoleh kembali. Simpati. Lalu menghulurkan  sekeping not merah untuk di berikan kepada budak itu. Buku merah itu bertukar tangan.

"Terima kasih abang"

"Sama-sama" 

Pa'an melihat mata budak itu. Dalam. Terasa kegembiraan di wajah budak kecil itu. 

Shark : Dah beli blom? (Seraya menepuk bahu Pa'an)

Pa'an : Huh? Beli ? Beli ape?

Shark : Tak jadi beli baju ke?

Pa'an : Ohhh, baju. ha belum lagi. Tadi ade budak...(Pa'an mencari budak tadi tapi sudah tiada)

Shark : Budak ?

Pa'an : Tak de papelah. Jap , aku nak beli baju jap.

Shark : K, k. Cepatlah. Hari nak hujan ni. Kang tak pasal-pasal kuyup kang kat sini.


Usai membeli baju, mereka bergegas masuk ke dalam kedai. Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Pa'an diam. Termenung.




Dan sebenarnya tak susah pun nak bagi atau kongsi sedikit nikmat yang Tuhan bagi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Dengan sedikit pemberian yang kita bagi sudah cukup untuk memberi kebahagiaan kepada si penerimanya, macam budak tadi...

Cuma lihat kepada masyarakat sekeliling sudah cukup untuk buat diri insaf yang diri ini sebenarnya selalu sangat lupa untuk bersyukur. Yang perlunya ialah untuk kita celikkan mata hati kita. Selalu sangat kuman diseberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak pernah pulak nak nampak.

Senyum.
 














Tuesday, 22 January 2013

Purpose

Suatu petang. Tengah study week. Redup.

One messege received. Lia bangun mengambil Sony Ericsson di atas meja.

+ "Salam, Lia, free x? kuar jom, amik angin. bosan rr."

-"Wasalam, free. ok.  kat ne?"

+"kt dpn ofis je la, kerusi ijau tu. ak tunggu kul 5 kt situ ea?"

-"k."

Usai menunaikan solat asar, Iman bersiap untuk turun ke bawah, mengambil kad makan, handset, dan kunci bilik.

"Laaaa, takde lagi budak ni. Aku ingat aku yang lambat." Iman menggumam dalam hati sambil berjalan menuju salah satu kerusi hijau di depan ofis kolej. Menunggu sang puteri. 

Selang lima minit kemudian...

Iman ; Haaa, sampai pun. Aku ingat aku yang lambat tadi.

Lia ; Dah lame tunggu ke? (sambil pegang henset dengan earfon ditangan)

Iman ; taklah, lima minit baru. wat pe tadi?

Lia ; setadi la. takkan berpoya-poya kot. ko ni pon, nak tanye soalan tak logik betul.

Iman ; (tertawa) ok. Fine! takla, mane la tau ko wat keje lain ke.

Lia ; (senyum)

Sunyi mengisi suasana.

Iman ; ko rase kan , ape purpose of life?

Lia : Huh?..nape tanye soalan cenggitu? (sambil membuka earfon dari telinga)

Iman ; Random. Just na tau pendapat je. Ye la kan, kita study, study, study.....macam tak pernah habis. pastu exam plak, yang dapat result tak la secemerlang mana, then, dah habis blaja, keje, ade family sendiri, pegi keje pagi balik plak malam, tetiap hari macam tu sampai la ke tua nanti, then sampai masa mati. Camtu je ke?

Lia ; perghhh, ko bercakap macam keretapi kan, xde noktah langsung.

Iman : eeeeee..orang siyes la..

Lia : ok, ok, fine. Macam ni la pernah dengar tak The life of this world is a transient shade?

Iman : mula dah  philosophy ko tu ...hmmm, pernahla jugak. Ce explen sikit.

Lia : dah kate tadi nak siyes, aku siyes la ni..haha....kalau ikutkan kan,  hidup ni tak lame mane pon. Pejam celik je hidup, pejam celik je mati. Ce tengok orang sekeliling, tiap hari ade je baby lahir and tiap hari jugak ade orang yang mati. Kalau kita tengok secara global la kan...haha, fuhh ayat..tiap saat ade je org yang mati, ade je baby yang lahir. Satu kitaran yang sentiasa berulang. Kat situ lagi jelas la kot yang kita boleh nampak hidup ni sekejap je. Dalam hadith pon dah mention kan yang ..

My similitude and that of the life of this world is that of a traveller 
who took a rest at mid day under a shade of a tree and then left it.
(Narrated by Ahmad,at-Tirmidhi ibn Majah and al-Hakiim)

Iman : Terer gak ko ni kan. segala hadis ade kat pale ko. Haha, tak sangka aku. Rugi plak ase tak record tadi. Terkesima tengok kau. haha..

Lia : eeeee, sengal la. Tak de la terer pon, aku baru baca tadi. Dah plak tu ko tanye, just bagi tau je la  ape yang aku ingat.

Iman : oookaayyy. Fine. So, kesinambungannya...haha, ilmiah betul topik kita petang ni..haha..dah kate hidup ni macam sekadar tempat berehat, ape maknanya?

Lia : ko rase ape? ce fikir.

Iman : Maknanya kene kutip sebanyak-banyak bekalan la for the second life kan ? a.k.a Akhirat.

Lia : haaa, ceredik gak pale ko ni.  Tu la maksudnya, hidup ni sekejap je untuk kita kumpul sebanyak-banyak amalan soleh yang kita boleh bawak untuk akhirat. Dunia bukan tempat abadi kita, ada lagi kehidupan lain yang abadi yang kita perlu utamakan. Priority beb, priority. Tapi tak bermakna kita kene abaikan dunia. Apa yang kita buat kat dunia tujuannya untuk dapatkan redha Allah, untuk tingkatkan darjat kita sebagai muslim and then seterusnya mukmin, in shaa Allah. Barulah rasa hidup ini ade purpose, ade tujuan nak hidup, ada rase bertuhan, then baru rase tenang. Clear?

Iman : ooooo, a'ah kan. eh asal aku rase macam baru sedar ea? huhu

Lia : Belum terlambat untuk sedar, selagi hidup masih ada. (Senyum). Ko nangis ke weyh?..haha. Ni baru sikit aku bagi, belum berjela lagi.

Iman : Thanx la weyh atas explanation kau tu. Tak de maknenye aku na nangis sebab kau, ni, ntah macam mane boleh plak mate masuk habuk.

Lia : haha, reason tak leh pakai langsung. Dah lah, jom makan,  pukul 6.15 dah, perut aku dah main orkestra dah ni. Jom. 

Iman : okay, jap rrr (sambil gosok mata), macam la DM tu lari.



Orang yang beriman mengatur seluruh hidupnya sesuai dengan Al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari daripada ayat-ayat Al-Quran. Dalam segala perbuatannya sejak bangun di pagi hari hingga ke malam hari dia berniat untuk berfikir, berbicara dan bertindak berdasarkan Al-Quran. Pengabdian seperti ini menjadi ciri utama seluruh kehidupan orang beriman.

Say, "Indeed, my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah , Lord of the worlds.
(Al-An'aam, 162)

Maaf ye tuan punya gambar..^_^


-------------------