Friday, 10 May 2013

Manifestasi Cinta



 Bismillah..

ini adalah satu manifestasi chenta. Ini adalah satu pengakuan daripada seorang hamba. Ini adalah satu terjemahan chenta buat Allah yang tidak pernah lupa dan lalai daripada mengasihi hambaNya.

Sedangkan entah berapa kali diri ini berpaling daripada mengingatiMu, ya Allah. Entah berapa banyak diri yang hina ini bergelumang dengan dosa dan noda ya Rabbi. Dan entah kesekian kalinya diri yang lemah ini lupa untuk bersyukur kepadaMu, ya Ghafur.

Terimalah chentaku ini, walau murah harganya. Sambutlah kerinduan ini walau tiada mutunya di sisiMu. Dan redhalah dengan rayuan kasih hambaMu ini, meskipon tidak layak diri ini meminta-minta daripadaMu.

Kerana aku hanya mahu menjadi hambaMu yang bersyukur. Terima kasih Allah, untuk segala-galanya...


APG.

takde masa nak wat ayat sendiri, cukuplah dari karya orang lain untuk meluah hasrat dari hati. 
sengaja buat koleksi, untuk diri dan juga kepada anda yang baik hati..:)

*bergenang air mata.