Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Pelangi

"Cuba perhatikan pelangi tu...? Indah kan? Subhanallah. Hebat betul ciptaan Allah; bagaimana cahaya yang satu, dalam keadaan tertentu, boleh berpecah menjadi tujuh bilah cahaya yang berbeza, dan membentuk satu jalur berwarna-warni yang begitu mempesona. Tapi, pelangi hanya akan terbentuk bila adanya hujan. Maknanya, hanya dalam keadaan tertentu pelangi akan terbentuk. Dalam keadaan yang biasa, memang susah nak jumpa pelangi ni.  Begitulah Islam wahai akhi. Islam itu satu, sumbernya satu; hanya dari Allah. Tapi dalam keadaan tertentu, Islam meraikan perbezaan. Islam menerima kepelbagaian. Kerana Islam itu indah, punya pelbagai ragam dan beraneka warna. Perkara yang asas dalam Islam sudah tetap, sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Namun kita diberi kebebasan dalam perkara-perkara yang furu', yakni cabang-cabang kepada perkara yang asas tadi. Tapi itu pon ada batas-batasnya; seperti pelangi yang hanya membiaskan tujuh jenis warna, dan buka