Sunday, 20 July 2014

Tak Mampu Terluah



اللهم انا نساءلك رضاك والجنة

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ridha dan jannahmu.


Kalau dihayati maknanya, Subhanallah, rasa rendah diri sangat. Betapa hidup ini kalau tidak ada redha padanya, maka sia-sialah ia. Walau apa segala yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari, peristiwa yang menggembirakan, yang menyedihkan, rasa sunyi, rasa bahagia, rasa sedih, semuanya berakhir dengan permintaan kepada Tuhan, agar hidup ini diredhai.

Kadang-kadang rasa nak meluahkan sesuatu tetapi tak sanggup, takut ianya akan menyinggung atau mungkin dia tidak akan sampai tahap empati seperti yang kita sangka, atau mereka akan penat dengan kita atau dan banyak-banyak lagilah. Dan akhirnya semuanya itu, aku berkeputusan untuk luahkan semuanya sahaja pada Dia. 

Tapii... bila aku mahu luahkan semuanya pada Dia, mulutku terkunci, tidak tahu bagaimana harus aku luahkan, terasa begitu mengada-ngadanya aku bila dibandingkan dengan masalah saudara kita yang lain, seperti saudara di palestin, Gaza dan kawasan yang sama waktu dengannya. 

Maka akhirnya apa yang mampu terluah adalah doa ini. Perkara yang selebihnya, biarlah sekadar hati yang memberitahu padaNya. Bukankah Dia itu maha mengetahui segala isi hati?.


Wahai Tuhan penghibur bagi hati-hati yang kesepian, hiburkan hatiku dengan perkara yang direhai olehMu. Sungguh aku mohon.




22 Ramadhan 1425
9.02pm


Wednesday, 16 July 2014

Saaf


Imam : Saaf... sila rapat-rapatkan saf anda. Saf yang tidak rapat melambangkan perpecahan ummat!

Makmum : (terus rapatkan saf)

Imam : Allahu akbar.

-----



Tersentap dengan peringatan imam tadi. Memang peringatan on the spot. Disebabkan sekarang ramadhan dan penduduk Gaza di Palestin di serang bertubi-tubi oleh si zionis, Islam memerlukan ummat yang bersatu atas ikatan akidah dan persaudaraan untuk mempertahankan bumi Islam.

Mari.

Tembakkan doa untuk saudara kita di Gaza, Syiria, dan dimana-mana sahaja umat islam di dunia.

Allahummansuril islama wal muslimin, fi ayyi makaan wa fi ayyi zamaan.


18 ramadhan 1435 H
10.22 pm


Wednesday, 2 July 2014

First Week Posting

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sekarang dah habis final exam 3rd year dan sekarang tengah buat clinical lab posting di HUKM. Banyak benda yang dah berlaku, pahit manis tawar hambar semua ada. hmmm.. Minggu ni berpractical di Unit Hematologi. 

First day lagi dah ade dugaan, kene masuk ward sebab nak amik sample bone marrow. Aku ni bab-bab hospital ni bila tengok patient ni takut sikit, pasal aku tak boleh tengok orang sakit, ngeri, bila tengok diorang mengerang kesakitan aku macam boleh rasa kesakitan diorang tu. Ni lah masalahnya bila terlebih empathy sangat. Lulllzsss.. Ceritanya begini..bila dah diberitahu yang kene masuk ward tu, hmm, memang badan dah rasa seram sejuk dah, sampai je kat ward tu, masuk bilik prosedur ade sorang patient je, chinese, lelaki, dah macam agak tua la jugak, tapi dia tengah tidur. Kebetulan masa tu doktornya tengah ade urusan lain, so, kena tunggulah. 

10 minit kemudian..

Ade sorang doktor perempuan datang, masuk bilik tu. Maka bermulalah persediaan untuk Bone Marrow Aspiration namanya. Disebabkan khidmat nurse tidak mencukupi, makanya terpaksalah aku menjadi nurse bidang terjun bila disuruh menyediakan equipment2 yang diperlukan.

" awak, awak boleh tolong saya tak? Seletip ni tolong belah dua, lepastu tolong lekat kat lengan baju saya"

"awak tolong amikkan liquid kale pink tu"

"awak, tolong bukakkan gauge tu, pastu letak atas tray besi ni"

Begitulah keadaannya bila first time bekerja dengan doktor. Macam jadi kuli pon ade jugak. Haha, bila Dr tu suruh je akak tu sediakan syringe, perghhh banyak gila jenis syringe yang dia guna, yang saiz kecik sampaila saiz yang sebesar gerudi kecik tu, untuk sorang patient je. Time tu aku lagi lah rasa seram sejuk.

Then doktor tu suruh nurse tu betulkan posisi patient tu, posisi meringkuk sebab nak amik sample dekat posterior iliac. Bila dia start je cucuk tu, aku dah rasa peluh ni dah start keluar, jari-jemari aku ni dah memicit-micit badan aku dah, aku nampak pulak kaki pakcik tu macam menggeletar menahan sakit walaupun dia tak keluar suara. Aku tahu pakcik tu sedang menahan sakit. Dan tak semena-menanya, tetibe aku rasa pening kepala, rasa bilik tu berpusing-pusing, aku try tahan, tapi lepastu rasa macam tak boleh tahan dah, aku start la berjalan dekat akak tu, cakap yang aku nak pi toilet. Keluar je dari bilik prosedur tu, aku terus bukak mask, dan terduduk dekat satu kerusi depan kaunter. Depan kaunter tau. Ade doktor yang duduk-duduk menyembang kat situ. Masa tu peluh keluar dengan mencurah-curah walaupun kat situ tempatnya ber'ekon'. Serius mencurah-curah sampai menitik-nitik. Aku try letak kepala atas meja kaunter tu menahan pening sambil mengelap peluh. Dalam hati "Ya Allah, kenapa kau macam ni Syai?." "kenapa first day macam ni? Kenapa lemah sangat badan ni? Dahlah aku puase. 

Disebabkan lama la jugak aku duduk kat kaunter tu, ade sorang doktor tu tanye. " awak okay?" takkan la nak cakap tak okay  pulak kan, nanti kang kalau cakap jujur kang dah dia kata tengok BMA je pon dah nak pitam. Kepala ni dok berpusing nak cari alasan ape plak nak bagi kat doktor ni, tak lama pastu, aku tanye doktor tu, toilet kat mana. Sampai je kat toilet dengan rasa terhuyung-hayangnya, aku terus terduduk. lantaklah orang nak kata ape, tapi mase tu memang takde orang pon, jadi selamat sikitla. Ku urut-urut kepala ini, ku lap peluhku ini. Sambil bermonolog di dalam hati, macam mana aku boleh selemah ini? 

rasa macam setengah jam jugakla dok cuba bermuhasabah menenangkan diri. Then, bila dah rasa boleh berjalan balik, cuba tengok muka kat cermin. Perghhh.. pucat gila. Kat bilik patient tadi, nasib baik pakai mask so orang tak boleh nampak muka ni dah pucat.

Bila masuk balik bilik prosedur tu, ada dua ke tiga orang doktor kat situ sebab nampak macam ada problem dengan patient tu. Nampak doktor tu memulas-mulas 'gerudi' besar tu. Ya Allah.. tapi kali ni aku dah rasa kuat sikit so takde lah rasa pening lagi. 5 minit pastu prosedur dah habis, dah siap buat smear semua, akak tu ajak balik lab. Nasib baik dia tak marah tak tanya kenapa keluar masa tengah buat prosedur. Nasib baik jugak sebab sempat keluar dari bilik prosedur tu sebelum aku jatuh pitam. Makanya puase aku pada 2 ramadhan dah batal. T_T

Tapi, ade hikmahnya lah jugak bila dipikir-pikir balik, sebabnya aku baru tau yang aku memang tak boleh tengok benda2 ngeri macam tu. Bende ngeri bagi aku tapi mungkin tak ngeri langsung pada pandangan korang. Sejak tu , baru aku tau yang aku ni ada jiwa yang lemah. Allah!.

Cerita ape lagi ea..hmm

Haaa ni nak citer, dugaan first day ramadhan. MasyaAllah. Dah la tak sempat nak berbuka puasa dengan family 1 ramadhan tu, diuji pulak dengan kena pindah bilik ke blok E.. T_T. Petang sampai2 je bilik lama tu jugak, aku kemas sume barang aku masuk dalam bagasi, pindahkan barang2 tu dari tingkat 3 blok a ke tingkat 4 blok e yang atas bukit tu. MasyaAllah, penatnya tak taulah nak kata sampai malam tu tak boleh tido walaupon dah berjam-jam cuba lelapkan mata. Dapat tido pon takat tido-tido ayam camtu je. Aku ni dah lah tak boleh nak mengangkat barang-barang berat disebabkan masalah kesihatan. wuwuwu.. Dapat naikkan 2 barang ja pastu dok 15 minit rehat. Tu pon tak taulah berapa kali trip buat. 

Dapat rumate baru. Hihihi. jiran bilik sebelah yang dulu dah jadi roommate sementara untuk posting ni, tambah lagi satu roommate baru. Masuk hari ni dah dua kali pergi bazar dalam satu minggu. Harap-harapnya dengan kehadiran ramadhan kareem ni, duitku tidaklah mengalir laju seperti bulan-bulan yang sebelumnya. XD. Harap-harapnyalah.

hmmm.. nak cerita ape lagi ye.. banyak senanye tapi, tapi, macam malas pulak nak cerita. Cukup la tu kot takat ni. Hihi