Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Roda-roda Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah ala kulli haal sebab secara rasminya dah tamat pengajian sebagai seorang mahasiswi ijazah sarjana muda. Konvokesyen pun dah lepas  bulan 10 haritu. Yang overexcitednya of course lah mama kan. Ye lah, anak first dia nak konvo, of course lah dia bahagia. I rasa biasa-biasa je, hari nak konvonya barulah I rasa nervous. Hahaha. Sebab dah lama tak naik stage. Last naik stage pon masa form 5. Masa ambik anugerah tokoh pelajar dot dot dot. Wahahaha. Tak taulah kenapa I tak rasa excited nak amik scroll tu. Mungkin sebab.. 1. Saya sebenarnya lebih suka belajar jadi saya tak berapa gemar status sebagai graduan  2. Segala susah payah saya sepanjang berjuang dalam study, saya dah lupa. Saya dah lupa macam mana rasanya stress sampai menangis beriya di amcorp mall. Stress sebab macam takde life. Hahahahaha.  Teringat saya akan hadis riwayat muslim..(drmaza.com) “ Pada hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yan

Kau pergi~

sedih.. mula-mula tak rasa sedih pun, tapi hari tu tetibe tergerak hati nak tanya.. .. majdah balik bila?.. .. balik esok.. ...esok?.. cepatnya?.. ..ye la.. esok.. .. bila?.. pagi?.. ..a'ahh.. lepas tu la rasa macam dah sedih, sedih yang sayu, tapi tak keluar air mata pun. sebelum ni selalu usik-usik manja kat dia, lepas ni dah tak boleh dah, selalu bahan amik gambar dia berselubung dengan selimut masukkan laptop dlm selimut sebab nak buat ala-ala macam mini gsc, sekarang dah tak bleh bahan dah. selalu acah-acah tarik rambut dia, sekarang dah tak boleh dah.. selalu amik gambar tyme dia tidoq, sekarang dah tak boleh dah.. yang selalu kejut kita kalau nak bangun awal, sekarang takde dah, yang selalu masuk bilik tak dengar bunyik, tetibe tercongok belakang pintu sampai rasa nak gugur jantung sebab terkejut, sekarang dah takde dah, yang teman kita tengok citer kartun Big Heroes sampai menangis ketawa sebab kelaka sangat..sekarang takde dah.. sedih kot.. balik bi

Something I can see from her.

Post ni sempena memenuhi request dari beliau. XD Saya sebenarnya tak berapa pandai nak mengarang mengenai orang. Tapi, apa salahnya mencuba kan?.. kahkahkah.. okay, macam mana nak start?.. saya sebenarnya dalam diam-diam saya, banyak sebenarnya yang saya belajar dari beliau. Maksudnya, saya banyak memerhatikan beliau dan me 'reflect'kan apa yang saya perhati dari kehidupan beliau dengan cara kehidupan saya. Dan sebenarnya, banyak kelebihan beliau yang tidak ada dalam diri dan kehidupan saya.  Saya tak pernah jumpa seorang rakan pun yang sejujur beliau. Betul. Tak tipu. Macam mana nak explain eh?.. Macam ni , dia bagi apa yang dia ada pada dia, dan kita pon bagi apa yang ada dekat dia. Hahahahaha.. ape benda aku cakap ni? Maksudnya takde selindung2, takde agenda apa-apa.  Saya sebenarnya tak berminat dengan manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan. Contohnya, kita bersungguh-sungguh nak kawan dengan dia, share segala cerita suka-duka kehidupan kita, up

Kerenah Yang Bernama Manusia

Saya tak nak bercerita sebenarnya, tapi dalam kondisi yang sekarang ni saya rasa saya perlu bercerita. Saya sebenarnya sungguh penat dan sangat malas untuk melayan kerenah manusia-manusia yang sudah mukallaf dan akil baligh yang berperangai mengada-ngada dan kebudak-budakan. Cubalah jadi matang untuk handle masalah dan juga matang dalam mengawal emosi yang berlebih-lebihan tu, tolonglah.  Pada pandangan sayalah, apa yang saya percaya selama ni, jangan terlalu bergantung dengan manusia. I mean, jangan terlalu mengharapkan balasan dari manusia, jangan terlalu menagih dan meminta perhatian dari manusia. Sebabnya, selalunya kalau kita berharap kepada manusia kita yang akan kecewa.  Dah nama pun manusia, manusia ni sifatnya mudah penat dan letih. Hanya Allah sahaja yang tidak pernah letih mendengar masalah dan rintihan hamba-hambanya. Cuma manusia yang tidak mahu mengadu masalah kepada Dia. Berharap kepada manusia untuk membalas segala kebaikan kita ni, selalunya memberikan kek

Friends. Just the Way You Are ~

Tinggal lagi lebih kurang sebulan lebih untuk menghabiskan sisa-sisa pembelajaran sebagai seorang mahasiswa. Tak sangka kan, empat tahun hampir berlalu tanpa sedar. Alhamdulillah. Banyak sebenarnya benda yang kita belajar hidup dalam alam universiti. Cabaran, susah senang, sedih, menangis, gembira, ditipu, rasa dikhianati, fake, semua ada.  Classmate yang walaupon kaum melayunya berbelas orang sahaja tetapi, MasyaAllah, komplikatednya mengalahkan seratus orang. Yang sorang perangainya macam ni, yang sorang perangainya macam tu, yang sorang selalu menghilangkan diri, yang sorang pulak selalu menjemahkan diri, yang sorang kepala angin, yang sorang lagi takda perasaan. Lol. Setiap diri klasmet tu ada uniknya yang tersendiri, sebab tu banyak kisahnya. Kisah matang dan kisah kebudak-budakan. Ye la, kan, usia-usia remaja menganjak ke usia dewasa, perangai memasing pun berubah dari tahun ke setahun. Kalau dulu perangai macam orang jahiliah, sekarang alhamdulillah sudah tahu perangai mana

Teguran

Entah mengapa pada hari itu, hati Aina rasa terpanggil-panggil untuk ke surau. Lama sudah tidak ke sana. Sesudah di surau, ketika mahu membuka stokin dan menyarung telekung, terlihat kelibat seorang kakak senior. Aina:  Eh, akak, buat apa kat sini? Akak Senior:( soalan tadi tak berjawab) akak selalu jugak datang sini?, tak pernah nampak kamu pun? Aina: hihi, maybeeee sebab kita jarang datang sini kut, sebab tu tak selalu nampak. Akak senior: oooo, bizi ea? sejak bila dok taman ni? Aina: eh, lama dahhh, empat tahun yang lalu. Situasi tadi sudah menampakkan yang Aina memang betul=betul jarang ke surau taman itu. =_='. Usai solat isya', Aina dengan rasa malu menadah tangan berdoa. "Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, Ya Allah, yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui segala isi hati,  dekatkanlah aku dengan orang-orang yang soleh dan solehah, agar aku tidak tersasar dari jalanMu, agar aku tidak terpesong dari jalanMu, Y