Wednesday, 20 May 2015

Kerenah Yang Bernama Manusia

Saya tak nak bercerita sebenarnya, tapi dalam kondisi yang sekarang ni saya rasa saya perlu bercerita.

Saya sebenarnya sungguh penat dan sangat malas untuk melayan kerenah manusia-manusia yang sudah mukallaf dan akil baligh yang berperangai mengada-ngada dan kebudak-budakan. Cubalah jadi matang untuk handle masalah dan juga matang dalam mengawal emosi yang berlebih-lebihan tu, tolonglah. 

Pada pandangan sayalah, apa yang saya percaya selama ni, jangan terlalu bergantung dengan manusia. I mean, jangan terlalu mengharapkan balasan dari manusia, jangan terlalu menagih dan meminta perhatian dari manusia. Sebabnya, selalunya kalau kita berharap kepada manusia kita yang akan kecewa. 

Dah nama pun manusia, manusia ni sifatnya mudah penat dan letih. Hanya Allah sahaja yang tidak pernah letih mendengar masalah dan rintihan hamba-hambanya. Cuma manusia yang tidak mahu mengadu masalah kepada Dia. Berharap kepada manusia untuk membalas segala kebaikan kita ni, selalunya memberikan kekecewaan. Sebab manusia ni pun, dia sendiri ada banyak masalah, kepala dia pun serabut dengan masalah macam-macam. Tetiba kita datang nak tambahkan masalah dia lagi, manalah dia tak penat dan rasa bosan dengan kita. Sudah termaktub pun dalam Al-Quran yang manusia ni bersifat keluh-kesah supaya hidup kita ni bergantung sepenuhnya dengan Tuhan. 

Saya pun tak bolehlah nak cakap lebih-lebih, nanti jadi kat saya pulak. No, No, semoga tidaklah. 

Dan lagi satu, bagi saya, cara kita bergaul dengan orang lain itu bergantung kepada tingkah laku orang yg kita bagi response tu. Errr, paham tak? Maksud saya. Apabila si A mencuba untuk bergaul dengan si B, si B biasanya memberi response berdasarkan apa yang dia tahu mengenai si A atau berdasarkan background si A tadi. Sebenarnya, ada sebab mengapa orang lain tak berkenan dengan tingkah laku kita. Dan biasanya, ada sebab yang kukuh mengapa orang lain selalu tak berkenan dengan tingkah laku kita. Cuma kita yang perlu ambil inisiatif untuk muhasabah diri sendiri. Tu pada pandangan saya lah. Pada pandangan saya. 

Dan lagi satu saya rasa, tak ke mana pun kalau kita nak bawak perasaan marah kita, dendam, benci kita tu. Kan lebih baik dan menyenangkan keadaan kalau berlapang dada, bermaaf-maafan serta perbaiki diri masing-masing dalam perkara yang sepatutnya tak menimbulkan masalah pon. Lagi satu, bak kata kawan saya, komunikasi itu penting!.. XD

hmm.. tu je kot. Tak pandai nak komen lebih-lebih. Semoga memberi pengajaran untuk diri ini yang sememangnya amat jauh dari kesempurnaan.


#DariHatiYangKecewa
#SemogaKitaSemuaDiberiHidayahdanPetunjukDariNya
#SemogaTuhanMelembutkanHatiKita
#SamaSamaPerbaikiDiri
#BerlapangdadalahDalamMenerimaTeguran





Tuesday, 12 May 2015

Friends. Just the Way You Are ~

Tinggal lagi lebih kurang sebulan lebih untuk menghabiskan sisa-sisa pembelajaran sebagai seorang mahasiswa. Tak sangka kan, empat tahun hampir berlalu tanpa sedar. Alhamdulillah. Banyak sebenarnya benda yang kita belajar hidup dalam alam universiti. Cabaran, susah senang, sedih, menangis, gembira, ditipu, rasa dikhianati, fake, semua ada. 

Classmate yang walaupon kaum melayunya berbelas orang sahaja tetapi, MasyaAllah, komplikatednya mengalahkan seratus orang. Yang sorang perangainya macam ni, yang sorang perangainya macam tu, yang sorang selalu menghilangkan diri, yang sorang pulak selalu menjemahkan diri, yang sorang kepala angin, yang sorang lagi takda perasaan. Lol. Setiap diri klasmet tu ada uniknya yang tersendiri, sebab tu banyak kisahnya. Kisah matang dan kisah kebudak-budakan. Ye la, kan, usia-usia remaja menganjak ke usia dewasa, perangai memasing pun berubah dari tahun ke setahun. Kalau dulu perangai macam orang jahiliah, sekarang alhamdulillah sudah tahu perangai mana yang membawa ke jalan redha Allah. HAHAHAHAHA.. Dari yang bujang sampailah ada yang dah kawen. Tahniahlah, jodoh sampai awal. hahaha.

Banyak sebenarnya nak describe pasal klasmet tapi tak bolehlah cakap lebih-lebih kat sini, nanti ada pulak yang terasa. XD.. Boleh katakan, most of the time kat UM dihabiskan dengan klasmet. Mungkin sebab tu kot, banyak kisah kitorang ni sampai jadi gaduh-gaduh, tak kurang jugak kisah-kisah percintaan antara klasmet. My GOD!.. Hahahahaha.. Indah kan?.. hahahahahahaha..

Ni baru kisah klasmet, kisah rumate belom masuk lagi. Yang buat hal sendiri, yang gelak tak boleh nak berhenti, yang selalu buat lawak hambar tapi kitorang buat-buat gelak jugaklaaa, yang selalu menganjing, yang selalu buat pickupline tak sudah-sudah, yang selalu nak kenen-kenenkan orang, yang tak boleh nak berenggang, yang kadang-kadang terasa hati, yang selalu buat kata-kata falsafah, yang selalu share lagu-lagu best sampai berminggu-minggu tak boleh move on, yang selalu share kisah-kisah hati, yang selalu share berita-berita semasa, yang selalu tolong bila dalam kesusahan, yang selalu tolong picit-picitkan badan (boleh bukak 'tip-top spa' pasni), yang selalu nampak cantik sepanjang masa walaupon hujan ribut petir melanda, dan tak kurang juga yang selalu nampak comel ala-ala preity zinta,  .. Hahahahahaha.. macam-macam. 

Apa-apa pun, Thanks for being my friends and being part of my world. :)

Hmmmm..tu je kot nak cakap. Saja nak abadikan dalam blog. Mana la tau, bila dah hilang ingatan boleh refer balik memori2 ni. By the way, VIVA dah lepas, THESIS dah submit, senang kata FYP dah habis.. rasa lega yang teramat sangat. Alhamdulillah, semoga keputusannya baik-baik sahajalah. Aamiin.