Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

What i felt..

I have learned, to be real strong these days, to stand tall whatever situation struck  me down, whatever bad thoughts they think of me, I just don't really care too much, for there are much more things to be happy with, and here, I chose to be nice and practicing  good manners to anyone, to those who ever once laugh at me, laugh at my mistakes, I know , I have a lot of weaknesses, and I still trying to improve myself, from that I learned to be humble, to let go of my ego, but, there is sometime I feel I feel empty inside, heart that once upon embraces with beautiful garden, turns out like a vast draught land, and I am afraid of losing myself, slowly, situation has changes me to be another kind of me...

Bagai Angin Lalu.

Cuti. Adalah satu benda yang sangat berharga sejak sudah mula bekerja. Pantang cuti, mesti keluar mencari 'angin' baru selepas penat seminggu mencurah tenaga yang bukan sedikit di tempat kerja. Patient samples yang tidak pernah sedikit diterima mewajibkan kami untuk berlari-lari di dalam lab bagi mengejar masa, dan permintaan doctor yang 'urgent'. Pernah juga terdetik, rakyat Malaysia ni cuba sekali berhenti sakit, bagi kami cuti. Cukup mustahil untuk menghadapi keadaan yang dibayangkan ini. Destinasi wajib apabila keluar berdua adalah Nu Sentral, Waroeng Ayam Penyet. Amiralah yang selalu meneman, itupun bila kebetulan bercuti pada hari yang sama. Tetapi, hari itu adalah hari yang luar biasa. Sedang kami menunggu train untuk balik ke rumah, seperti biasa kami duduk di bangku platform sambil bercerita apa sahaja. Tidak puas bercerita, kami biarkan beberapa train berlalu sampai kami puas menghabiskan cerita masing-masing. Yup, we got plenty of time, especially wh

Kecelaruan

              Agak jauh sudah 'berjalan' setelah habis berkonvo oktober yang lalu, daripada menjadi seorang cikgu tadika bidang terjun (setelah direject berkali-kali memohon kerja ditempat sendiri) dan sekarang Alhamdulillah sudah bekerja di salah sebuah diagnostic lab di kelana jaya yang lebih mudah untuk berulang-alik pulang ke kampung. Apa yang saya rasa dan fikir? sangat banyak, terlalu banyak, sekarang saya lebih kerap diam, jarang benar bergelak ketawa seperti yang dulu. Bahagiakah saya sekarang dengan pilihan saya ini? adakah apa yang saya lakukan sekarang diredhainya? adakah pilihan saya ini akan menjadi benda yang akan menghabiskan sisa umur saya selepas ini?             Kadang-kadang saya rasa macam masih terlalu awal untuk mempunyai kerjaya kerana umur masih 24 , masih belum puas untuk menuntut ilmu yang pelbagai, tetapi banyak pula rintangan-rintangan ang datang. Sekarang what matter most is my family. Yang menjadi penguat setiap kali rasa heartbroken atau ras

Prioriti

Dahulu bersekolah, prioritinya adalah belajar dan mendapat keputusan cemerlang, Dalam usia sebegini, (24 tahun), apakah sebenarnya yang menjadi prioriti dalam hidup?.. Tika usia ini apakah kepentingan untuk diri saya? Apakah kepentingan saya untuk masyarakat? Untuk orang sekeliling?

Terlalu rindu

 Terlelap di hamparan kertas-kertas.. 45 minit kemudian Masuk waktu asar.. Terbangun sambil teringat mama dan rumah di kampung, lalu sedar yang diri sebenarnya jauh dari kampung..  berair jugak mata ni, lalu bangun menunaikan solat sambil menahan titisan  air mata.. mendoakan kesejahteraan setiap ahli  keluarga tersayang.. Tak kisahlah umur berapa sekalipun, diri masih rasa homesick kadang-kadang.. family adalah satu2 nya tempat kembali, tempat yang sanggup terima baik atau buruknya kita, tempat yang kita boleh jadi sebetul-betulnya diri sendiri.. susah nak cari orang yang sesuai dengan jiwa kita, yang faham kita dari segala segi... Rindukan bendang, rindukan pokok2 bunga di rumah, rindu masakan mama walaupun masakan mama sekarang kebanyakannya plain je sebab mama on diet, rindukan pelam, rindukan bilik kat rumah.. rindukan makanan free...