Thursday, 22 September 2016

What i felt..

I have learned,
to be real strong these days,
to stand tall whatever situation struck  me down,
whatever bad thoughts they think of me,
I just don't really care too much,
for there are much more things to be happy with,
and here,
I chose to be nice and practicing  good manners to anyone,
to those who ever once laugh at me,
laugh at my mistakes,
I know , I have a lot of weaknesses,
and I still trying to improve myself,
from that I learned to be humble,
to let go of my ego,
but,
there is sometime I feel
I feel empty inside,
heart that once upon embraces with beautiful garden,
turns out like a vast draught land,
and I am afraid of losing myself,
slowly,
situation has changes me to be another kind of me...






Monday, 5 September 2016

Bagai Angin Lalu.

Cuti.

Adalah satu benda yang sangat berharga sejak sudah mula bekerja. Pantang cuti, mesti keluar mencari 'angin' baru selepas penat seminggu mencurah tenaga yang bukan sedikit di tempat kerja. Patient samples yang tidak pernah sedikit diterima mewajibkan kami untuk berlari-lari di dalam lab bagi mengejar masa, dan permintaan doctor yang 'urgent'. Pernah juga terdetik, rakyat Malaysia ni cuba sekali berhenti sakit, bagi kami cuti. Cukup mustahil untuk menghadapi keadaan yang dibayangkan ini.

Destinasi wajib apabila keluar berdua adalah Nu Sentral, Waroeng Ayam Penyet. Amiralah yang selalu meneman, itupun bila kebetulan bercuti pada hari yang sama. Tetapi, hari itu adalah hari yang luar biasa. Sedang kami menunggu train untuk balik ke rumah, seperti biasa kami duduk di bangku platform sambil bercerita apa sahaja. Tidak puas bercerita, kami biarkan beberapa train berlalu sampai kami puas menghabiskan cerita masing-masing. Yup, we got plenty of time, especially when we work PM shift the next day.

Sedang asyik bercerita, kami didatangi seorang wanita melayu pertengahan umur. Ramah lagaknya, terus mendekati kami bagaikan sudah lama kenal.

' Adik boleh paham cakap orang putih kan/, tolong bacakan mesej dalam phone makcik ni, makcik tak bawak cermin mata la hari ni'- sambal menghulurkan telefon bimbitnya kepada saya.

Rilek betul makcik itu menghulurkan telefon bimbitnya kepada kami, tanpa sebarang keraguan yang mungkin kami ini akan membawa lari phone beliau. saya pun membaca mesej itu. Broken English. Macam bukan local Malaysian. Lama saya cuba menghadamkan intipati mesej tersebut, mesej yang susah untuk diterjemahkan, susah untuk di beritahu kepada makcik tersebut. Tidak mampu saya memberitahu apa mesej tersebut. Takut luka hatinya. Mesej yang berat. Tetapi makcik tersebut amat bersungguh menyuruh saya memberitahu sahaja apa maksud mesej tersebut. Saya tidak mampu. Lalu saya menghulurkan telefon bimbit tersebut kepada Mira. Biar dia sahaja yang memberitahu. Mesejnya berbunyi lebih kurang begini...

' I tought you married now. I will try to forget you, May Allah bless your life.............'

panjang lagi sebenarnya, tapi saya dah tak ingat. Sedih bukan, bagaimana mampu saya menyampaikan mesej ini kepada orang yang tidak saya kenal. Marahkah dia/, sedihkah dia/.. selepas memberitahu intipati mesej tersebut, nasib baiklah makcik tu cool je. Bukan itu sahaja, dia bahkan menunjukkan kepada kami gambar dan video anaknya yang sudah meninggal dunia, karam di dasar lautan ketika mahu memancing bersama seorang lagi rakannya. Karam dan hilang tak dijumpai. Makcik tersebut terus bercerita melayan satu persatu persoalan kami, maklumlah orang tak kenal.  Sedih betul kisahnya, tak terucap kami dengan kata-kata. Diam seribu bahasa. Tetapi, sedikitpun makcik tersebut tidak menunjukkan perasaan sedih. Tenang sahaja bunyinya.

Train sampai...

'oklah, makcik nak balik dah ni, korang taknak balik ke/'
'takpelah makcik, makcik pergi dulu, kami naik tren lepas ni je.'

kami menghantarnya dengan senyuman, senyuman yang penuh persoalan. Ia bagaikan sebuah kisah seluruh kehidupan singgah dan berlalu sekelip mata.

Seteruk-teruk kisah hidup kita sekalipun, ada lagi kisah hidup orang lain yang lebih teruk, tetapi mereka pilih untuk terus tenang, menerima takdir yang telah ditentukan dan move on.

Kita?



sumber- atas ihsan google