Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Rapuh

Darimu ku mengenal erti kekuatan, Hadirmu semua indah, Dalam diriku bertempat hanyalah kamu, Melengkapi diriku, Berpisah kita Hanya untuk ku sedar semula Bintang malam setia seperti dirimu, Tetap pudar menghilang tiada gantimu, Dan ku masih terasa degupan jantungmu, Tanpamu ku kan rapuh.. Dan bila ku sendiri tiada resah lagi, Tanpamu ku tempuhi, Berpisah kita hanya untuk ku sedar semula.. ..................... Every lyric hits me.  Dari dia aku belajar untuk kuat.  Dan sekarang, aku rapuh.  Kami terpisah jauh,  terlalu jauh. Bagai bintang malam, hanya mampu merasa ia ada,  ia setia , tapi tetap hilang,  dan hilangnya tiada ganti.  I dedicated this beautiful song to my late father,  you will always be remembered. ❤❤❤ Khamis 5/10/2017 3 AM

Hilang

'Bila adik nak balik kampung ?' 'Tak tau, minggu depan kot. Nak balik hari ape ?' 'Hari isninlah.' Malam itu, satu panggilan diterima dari mama yang mengajak adik untuk balik ke kampung. Adik tinggal dengan saya untuk beberapa minggu disebabkan dia sedang menikmati cuti sem selepas raya aidilfitri. Pagi hari Rabu 9/8/2017, kami  dikejutkan dengan satu panggilan. 'Kakak, kakak.. bangun. Abah dah takde.' Bagai berpinar kepala saya masa itu. Bangun dengan terkejut.  Masih bermimpikah aku ? 'Kakak, banguun, telefon kakak.' 7 miscalled.           Ya Allah. Apa yang dah terjadi. Adik terus bangun, mandi. Saya masih tidak percaya. Lembab betul otak saya pagi itu untuk memproses maklumat, sampaikan adik banyak kali menggoncang tubuh saya agar menelefon kakak  yang berada di Klang. Saya menurut arahan tanpa berfikir panjang. Kakak meminta saya pergi ke KTM terdekat, bermakna saya perlu pergi ke KTM Sungai Buluh. Ti

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Tak bersebab

Rasa sedih sangat malam ni, Tak bersebab, Bestkan kalau ada someone ajak makan ke,  lepak ke.. Kann?.. Nak balik kampung lah esok.. Boleh makan jagung !!! daripada dok mereput kat kl ni, macam zombie dah hidup, pi kerja balik tido..