Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Tak Mampu Terluah

اللهم انا نساءلك رضاك والجنة Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ridha dan jannahmu. Kalau dihayati maknanya, Subhanallah, rasa rendah diri sangat. Betapa hidup ini kalau tidak ada redha padanya, maka sia-sialah ia. Walau apa segala yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari, peristiwa yang menggembirakan, yang menyedihkan, rasa sunyi, rasa bahagia, rasa sedih, semuanya berakhir dengan permintaan kepada Tuhan, agar hidup ini diredhai. Kadang-kadang rasa nak meluahkan sesuatu tetapi tak sanggup, takut ianya akan menyinggung atau mungkin dia tidak akan sampai tahap empati seperti yang kita sangka, atau mereka akan penat dengan kita atau dan banyak-banyak lagilah. Dan akhirnya semuanya itu, aku berkeputusan untuk luahkan semuanya sahaja pada Dia.  Tapii... bila aku mahu luahkan semuanya pada Dia, mulutku terkunci, tidak tahu bagaimana harus aku luahkan, terasa begitu mengada-ngadanya aku bila dibandingkan dengan masalah saudara kita yang lain, seperti saudara di palest

Saaf

Imam : Saaf... sila rapat-rapatkan saf anda. Saf yang tidak rapat melambangkan perpecahan ummat! Makmum : (terus rapatkan saf) Imam : Allahu akbar. ----- Tersentap dengan peringatan imam tadi. Memang peringatan on the spot . Disebabkan sekarang ramadhan dan penduduk Gaza di Palestin di serang bertubi-tubi oleh si zionis, Islam memerlukan ummat yang bersatu atas ikatan akidah dan persaudaraan untuk mempertahankan bumi Islam. Mari. Tembakkan doa untuk saudara kita di Gaza, Syiria, dan dimana-mana sahaja umat islam di dunia. Allahummansuril islama wal muslimin, fi ayyi makaan wa fi ayyi zamaan. 18 ramadhan 1435 H 10.22 pm

First Week Posting

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, sekarang dah habis final exam 3rd year dan sekarang tengah buat clinical lab posting di HUKM. Banyak benda yang dah berlaku, pahit manis tawar hambar semua ada. hmmm.. Minggu ni berpractical di Unit Hematologi.  First day lagi dah ade dugaan, kene masuk ward sebab nak amik sample bone marrow. Aku ni bab-bab hospital ni bila tengok patient ni takut sikit, pasal aku tak boleh tengok orang sakit, ngeri, bila tengok diorang mengerang kesakitan aku macam boleh rasa kesakitan diorang tu. Ni lah masalahnya bila terlebih empathy sangat. Lulllzsss.. Ceritanya begini..bila dah diberitahu yang kene masuk ward tu, hmm, memang badan dah rasa seram sejuk dah, sampai je kat ward tu, masuk bilik prosedur ade sorang patient je, chinese, lelaki, dah macam agak tua la jugak, tapi dia tengah tidur. Kebetulan masa tu doktornya tengah ade urusan lain, so, kena tunggulah.  10 minit kemudian.. Ade sorang doktor perempuan datang, masuk bilik tu. Maka bermu