Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sirah

A Review on Imam As-Syafi'e I

Rasa terpanggil nak tahu riwayat hidup Imam asSyafie, maka lahirlah entry ni. Rugi bila jadi pengikut mazhab syafi'e tapi tak tahu siapa imam syafi'e , apa sumbangan dia untuk ummat dan bagaimana cara hidup dia. Dah dua kali baca tapi tetap tak mampu nak ingat. Di atas problem statement ini , saya dengan suka relanya telah membuat satu review berkenaan hidup beliau dalam cara yang lebih ringkas dan bersahaja. Nak cerita semua tak larat la makcik oi. Entry ni pun rasanya akan beranak-ranak nanti. Muahaha. "Pada setiap 100 tahun, Allah bangkitkan seorang mujaddid dari keturunanku yang akan membaharui keadaan umatnya dalam hal agamanya" -Hadith Petua dapat anak yang cerdik. Sebelum Imam Syafi'e dilahirkan, ibu kepada imam syafi'e ( Ummu Habibah) selalu membaca surah Yusuf dan Luqman sebagai rutin harian . Dan ternyata anaknya imam syafi'e menjadi cerdik sejak kecil lagi. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada malam Imam Syafi'e dilahir...

Kisah Dari Tongkat

                          Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? ( Taha 20:9 ) Tika bayi lelaki diarah dibunuh , dia terselamat. Tika orang lain menyembah Firaun, dia masih meneguhkan kalimah "La ilaha illallah" Lautan pernah dibelah. Tongkat pernah menjadi ular. Sungai Nil  Nabi Musa a.s dari kaum Yahudi. Pernah mengembara dan apabila sampai di Madyan, dia berhenti dan menetap di situ. Di situlah dia berdialog dengan Yang Maha Agung. "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?" ( Taha 20:17 ) Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". ( Taha 20:18 ) Sekadar tongkat biasa. Ya, tongkat biasa. Tiada yang istimewa. Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkat...