Rasa terpanggil nak tahu riwayat hidup Imam asSyafie, maka lahirlah entry ni. Rugi bila jadi pengikut mazhab syafi'e tapi tak tahu siapa imam syafi'e , apa sumbangan dia untuk ummat dan bagaimana cara hidup dia. Dah dua kali baca tapi tetap tak mampu nak ingat. Di atas problem statement ini , saya dengan suka relanya telah membuat satu review berkenaan hidup beliau dalam cara yang lebih ringkas dan bersahaja. Nak cerita semua tak larat la makcik oi. Entry ni pun rasanya akan beranak-ranak nanti. Muahaha.
"Pada setiap 100 tahun, Allah bangkitkan seorang mujaddid dari keturunanku yang akan membaharui keadaan umatnya dalam hal agamanya" -Hadith
Petua dapat anak yang cerdik.
Sebelum Imam Syafi'e dilahirkan, ibu kepada imam syafi'e ( Ummu Habibah) selalu membaca surah Yusuf dan Luqman sebagai rutin harian . Dan ternyata anaknya imam syafi'e menjadi cerdik sejak kecil lagi.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada malam Imam Syafi'e dilahirkan.( err, tida kaitan dengan petua dapat anak yang cerdik)
Kuatnya ingatan.
Imam Syafi'e meghafaz al-Quran pada usianya baru 9 tahun. Ingatannya sangat kuat hinggakan sekiranya ada kertas catatan setinggi gunung pun dia mampu menghafalnya. Jiran tetangga Ummu Habibah bertanya akan rahsia didikan anak dan jawab Ummu Habibah " Saya sentiasa mendoakan kebaikan untuknya. Makan dan minumnya saya pastikan dari sumber yang halal. Saya tak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata yang tidak baik untuknya. Kerana kata-kata ibu adalah doa. Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar."
Ilmu tidak dinilai dengan wang.
Pada umur 9 tahun juga beliau mula belajar ilmu Quran. Disebabkan kemiskinan, ibunya enggan menghantarnnya belajar. Semangat Imam as Syafi'e begitu kuat untuk belajar. Pabila ibunya melarang, beliau menjawab " apakah ilmu Allah itu untuk orang-orang kaya sahaja? Saya yakin sekiranya dia (gurunya) mengajar kerana Allah, dia tidak akan meminta bayaran dari pelajar yang miskin seperti saya".
Beliau sasterawan.
Beliau kemudiannya belajar bersyair. Antara syairnya ialah:
Wahai para pengembara,
berhentilah di pelontaran mina
ucapkan takbir dan tahmid
di lembah dan di bukit mina
pemandangannya sungguh menakjubkan
di kala para hujjaj membanjiri mina
melimpah umpama banjir di sungai Furat
jika kaum Rafidhah kasihkan Muhammad
ketahuilah wahai manusia dan jin
bahawa aku adalah kaum Rafidhah
ramai yang memuji kehebatan Imam Syafi'e bersyair. Beliau pulang dengan gembira untuk bertemu ibunya.Dengan rasa tidak sabar, imam syafi'e mengetuk pintu rumah dengan kuat dan memanggil nama ibunya sambil menyuruh membuka pintu. Ibunya berasa tersinggung. " Beginikah pekerti kamu selepas menjadi seorang penyair? Sesungguhnya ilmu itu menjadikan kamu sombong. Lebih baik kamu pergi menuntut ilmu agama hingga budi pekertimu menjadi baik"
Baginya, cuti 3 hari itu terlalu lama .
Beliau kemudiannya belajar ilmu hadith dan telah menghafal beribu-ribu hadith. Beliau kemudian meminta izin gurunya untuk mendalami ilmu fikh pula. Tetapi sebelum itu dia meminta izin gurunya untuk berjumpa dengan ibunya selama 3 hari. Setelah bertemu ibunya dan memberitahu hasrat hatinya untuk mendalami ilmu fikh. Ibunya mengatakan " Anakku, tiga hari kamu berada dirumah ini adalah terlalu lama. Kerana itu lebih baik kamu pendekkan cutimu dan pergilah segera mempelajari ilmu fikh".
Berkatnya ilmu.
Ilmu fikh memerlukan imam syafi'e untuk mencatat segala ilmu-ilmunya itu dan juga disebabkan kemiskinan dia tidak mampu membeli alat tulis dan kertas. Beliau menulis apa yang dikatakan gurunya pada tapak tangan kirinya dengan jari telunjuk kanannya. Pabila gurunya menyedari akan kelakuan imam syafi'e itu, gurunya menyangka dia bermain. Imam Syafi'e di soal oleh gurunya tentang apa yang telah dipelajarinya pada hari itu dan ternyata Imam Syafi'e mampu menyebut semua perkara yang baru dipelajarinya tanpa tertinggal satu perkataan pun.
***bandingkan kita dengan beliau, dan hasilnya bagai langit dengan bumi..
will be continued...
source : Abdul Latip Talib. Imam Syafie, Imam-Imam Yang Benar. Page 337-370
Comments
Post a Comment
Any advice for me?