Tak. Tak. Ini bukan cerita kat kedai makan mamak sebelah rumah ni. Tak.
Saja.
Buat drama. Hihu.
Alkisahnya, koi teringin sangat nak makan roti canai before balik um. Huhu. Kat um tu roti canai kosong tu singgit tau. Mahal bebeno. Last makan haritu pun masa bulan pose. Yang peliknya tyme bulan pose je semangat na masak tu la, nak masak ni lah. Lepas je bulan pose, hilang dah keghairahan nak masak .
Koi pon menyuakan hasrat hati koi na makan roti canai kat mama. Na mintak tolong mama buatkan. Selang beberapa saat kemudian..
"Kalau nak makan buat sendirik. "
Jadinya, menyahut cabaran mama koi tu. Huhu. Koi pon dah setart la singsing lengan baju, prepare talam dua muka sume.
tepung gandum (2 cawan)
marjerin (1/2 senduk)
air (1/2 cawan)
yang bab paling critical sekali ni bab na menguli tepung ni. Hadoii, penat nak mengulinya oiii. Tepung tu kene sental-sental sampai la jadi lembut.
Bab kuah cicah kari pon koi yang buat jugak. Bangga sikit.
Isi ayam dipotong halus. (di rebus- jangan buang air rebusan tu)
cili boh (2 sudu)
serbuk kari (secukupnya)
garam dan gula
asam jawa
kerisik
santan *optional
Then, biar sampai dia menggelegak dan nampak agak pekat baru tutup api.
Pastu, canai la tepung yang dah uli tadi mengikut pelbagai aksi kesukaan anda.. Nak buat piring terbang, na buat ufo, na buat gaya basuh baju. Suka hati la.. asal boleh dimakan. Koi buat versi sopan, so takde la aksi-aksi terbang tu sume.. hewhewhew.
Sebenarnya, koi ni memang pelupa. Bila dah pandai masak something tu, bila dah masuk belajar balik kat um. lupe dah bab masak2 ni. Haa, nanti sampai cuti sem balik, belajar lagi bende yang sama. Memang pelupa betulla, na buat cane. Hihu. Mama koi pon terpaksa la sabar dengan perangai koi ni. Harapannya bila dah tulis kat sini, akan ingat la macam mana na buat roti canai kesukaan koi tu.
Agak-agaknya boleh tak koi bukak gerai roti canai sebelah abang bangla kat food junction tu?.. XD
xyah bukak sbelah..wat je partner share ngan abg tu..haha
ReplyDeletetak banyak untung la cenggitu..:p
ReplyDelete