" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni"
" kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu"
Phone berbunyi..
nombor tak dikenali..
Tak angkat.
Di rumah...
"Nak masak apa hari ni ma?"
" masak lemak ketam lah"
" alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?"
" suka hati kamulah"
"Yey"
Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat..
" hello, ni cik syaidatul ye?.. blablabla..."
-mama-
"Siapa tadi tu ?'
"Emmm, ada orang suruh pi interview"
" kerja apa tu? Kat mana?"
"Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?"
"Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit"
"Mana ada adah membuta, mak ni... "
Ni lah padahnya bila seronok tabur resume, mana2 company main letak je. Desperate punya pasal nak kerja, malu jadi parasite kat rumah, badan dah besar panjang cukup sifat, tapi menghabiskan beras mak bapak kat rumah. Sape tak malu kan?..
"Tak nak lah mak jadi cikgu, dahla tak biasa dengan budak-budak"
" cuba, kalau tak cuba tak tahu kan?.. manala tau kamu seronok nanti kerja situ..pi dulu interview tu, kalau dapat kita pikir lain"
'ye laaaa, ye laaaa.'
' Mama, nak pakai baju ape ye/ takde baju yang sesuai la nak pakai'
'tu, punya banyak baju tu, ape bende.'
'ala, ma, tak sesuai la, takde tudung '
'alahai, sesuai je.'
sambil gosok baju...
mama, taknakla ma keje jadi cikgu, tak pandai la, dah la jauh
cuba, belum apeape lagi lagi dah tak nak, cuba dulu sebulan, kalau tak boleh jugak berhenti la
okayyyy, ada rasa macam berat je nak pergi..
Hari interview, bertolak pukul 4 pagi kot, tak pernah mandi seawal tu, menggigil badan, sejuk gilaaaaaaaaa..lepas tu terawal pulak tu sampai, sepatutnya pukul 9, sampai kul 740 pagi... pi la melepak, breakfast kat kedai mamak Saujana Putra tu.
'Assalamualaikum, Cik Ayu ade?'
'Ade, kat dalam bilik dia, tengah tunggu cik la tu'
'okay, saya masuk ye'
'Assalamualaikum Cik Ayu
'Waalaikumsalam, duduk2'
'Sebenarnya saya pun tak sempat nak tengok resume awak hari tu, awak ade bawak tak ?'
'Pernah jadi cikgu sebelum ni, ada experience tak...berapa lama awak nak kerja sini, awak amik course ape dulu, biomedical science tu apa, boleh explain'...banyak betul soalan dia, jawab pun main acuh tak acuh, ye la, takde hati pun nak kerja cikgu sebenarnya, ada satu soalan tu dia tanya, kenapa awak nak jadi cikgu tadika.. diri ini pun jawab dengan jujur pulak tu, sebab saya nak kerja, daripada saya duduk kat rumah, baik saya kerja.. masa tu jawab soalan tu main jawab je, tak pikir pon yang sebenarnya engko tengah interview, the very first interview you had in your life...hahaha
mama..
'cane, okay tak'
'okay je'
'habis tu dapat tak'
'dia mintak masuk esok tapi adah tak bagi kata putus lagi, adah terima ke tak'
'dah dapat tu, amik je laah mintakla masuk minggu depan'
'okay'
30/11/2015
Hari pertama bekerja, dah lah kena open gate pukul 7 pagi, tak tau pulak tu macam mana nak bukak pintu grill tu, nak roboh jugak la bukak, tapi alhamdulillah, berkat usaha setelah 15minit dengan Aiman -rakan sekerja-, terbuka jugakla pintu tu..
The very first student arrived was AKIL RAYYAN..
Sampai2 je school tu tetibe dia nangis lepas mak dia da nak tinggalkan anak dia. Dah pulak tu, aku tak pandai betul nak memujuk. Nak pujuk cane weyy, dah lah dia nangis sekuat hati, masyaALLAHHHHHH.. nasib baik dia berhenti jugak nangis, lama betul nak pujuk..
Hari berganti hari, macam2 kerenah budak2 dah jumpa, new teachers training dah pergi dekat karangkraf shah alam, pre tahfiz training pun dah pergi dekat bukit jelutong, dan alhamdulillah saya berjumpa dengan orang-orang yang hebat macam teacher fari, dan teamnya. memang hebat, jiwanya besar, cita-citanya besar untuk mendidik anak2 muslim zaman moden ni. Saya kagum, memang mereka ini ibubapa muslim yang hebat. Pernah dengar buku Tarbiah Sentap ditulis oleh Aiman Banna, Teacher Fari tu mak dia lah.. I memang kagum sebab dia dah bukak banyak cawangan sekolah tadika dan international school. Jiwa beliau besar dengan Islam. Duduk dekat dengan dia pun kita dah boleh rasa aura kehebatan seorang yang hebat.
Bila jadi cikgu ni kan, anda kan rasa tetibe jadi macam ibu or ayah. Bebudak tu sangat bergantung dengan kita. Lagi-lagi bebudak sekolah tadika. Bayangkanlah , nak pegang pencil pun kena cikgu yang tolong. Itu yang belum terkencing atas tilam, muntah dan sebagainyalah. Kena banyak sabar. Nak menegur pun ada teknik tersendiri.
Saya ditempatkan di kelas yang paling sedikit muridnya tetapi yang paling advance akalnya iaitu kelas pre-tahfiz. Ada dalam lima belas orang sahaja dalam kelas ni , dan saya seorang cikgunya. Ada yang paling pendiam, susah betul nak bukak mulut, susah betul nak dapatkan respons, tapi bila waktu bermain, muka dialah yang paling ceria, bising tak ingat dunia. Ada yang responsive betul, semua soalan dia nak jawab. ada yang kaki bodek. Sejujurnya pening nak handle mereka. Ada satu murid tu, boleh pulak dia main sambil panjat tingkap kelas masa saya mengajar. Ya Allah ya tuhanku, banyak kali jugak saya memarahinya. tapi dialah yang paling bijak dalam kelas ni. Untuk handle bermacam perangai budak dalam satu satu masa bukanlah senang ye, dahlah saya ni jenis suara slow, so, bila kelas bising, banyak kali jugaklah pintu yang saya ketuk sebab nak dapatkan attention diorang ni. Oh ye, sepanjang saya bekerja jadi cikgulah, setiap bulan saya akan demam. ye, setiap bulan saya akan demam. Banyak kali jugak saya takde suara, dan setiap kali takde suara, saya akan memancing simpati bebudak ni untuk bertoleransi semasa saya mengajar. Nasib baiklah mereka memahami saya, walaupun diorang ni nakal ya tuhan.
Momen yang paling best mengajar bebudak kelas saya ni ialah bila apa yang saya ajar mereka ingat diluar kelas. Banyak jugak surah dalam juzuk amma, yang sempat kami hafal bersama-sama mengikut tajwid dan makhraj yang betul, walaupun agak lama jugak nak membetulkan makhraj mereka. Subjek sains adalah subjek yang paling mereka tunggu2, sebab dapat buat amali dalam kelas. Well, saya pulak memang berlatar belakangkan sains. so, subjek ni jugak adalah subjek kegemaran saya. Momen paling penat adalah bila bab class decoration dan buat lesson plan untuk setiap minggu. Disebabkan saya seorang guru dalam kelas ni, jadi semuanya saya yang kena buat, dahla semua decoration kena buat dalam tiga dimensi, jadi daya kreativiti tu kena tinggi jugaklah. Tapi, Alhamdulillah kelas saya adalah yang tercantik berbanding kelas yang lain. hihi.
Buat lesson plan pun agak memenatkan jugak. Lesson plan kena buat kreatif, kena pelbagaikan cara mengajar kalau tidak bebudak akan bosan dan tidak berminat untuk belajar. Semua yang di ajar perlulah dikaitkan dengan Islam dan ketuhanan. Untuk peringkat pra tahfiz proses 'manaakul' sangat penting bagi setiap apa yang di ajar. Sebagai contoh, udara. dalam udara ada apa, oksigen. siapa yang bagi udara, Allah. apa jadi bila allah tak bagi udara, mati. jadi kena berterima kasih dengan Allah. bagaimana nak berterima kasih, dengan mentaati perintah Allah.
Dalam banyak-banyak subjek, subjek tauhid adalah yang paling mencabar bagi saya. Masa mengajar subjek inilah saya diasak dengan bertalu-talu soalan. Teacher, Allah tu macam mana. Kenapa kita tak boleh nampak malaikat, kenapa malaikat dijadikan daripada cahaya, kenapa tu, kenapa ni. Terdiam saya.
Oh ye, bebudak ni jugak pandai membodek ye rakan2. Teacher, teacher nampak cantik hari ni. Teacher, suara teacher sedap. Dah pulak tu , dia cakap ketika kita tengah berapi menahan marah terus saya berpusing membelakangi mereka sambil menyembunyikan senyum. Tak jadi nak marah. Ada satu masa tu, bila saya tengah penat menanda kertas, lalu pen saya terjatuh ke bawah meja, tanpa disuruh mereka terus mengambil pen di bawah meja dan menghulurkan kepada saya. Teacher, ni pen teacher jatuh. Banyak kali niat saya terbantut untuk memarahi mereka.
Sempat enam bulan saya bersama mereka. Saya berhenti bila abah dimasukkan ke hospital. Saya cuti seminggu sebab tak sanggup saya tinggalkan mama keseorangan di rumah. adik pulak jauh di pulau pinang. Nasib baik rakan sekerja saya memahami, dan boleh mengambil tugas saya sebagai guru di pratahfiz. Dan kebetulan, saya mendapat interview di salah sebuah syarikat di kelana jaya. Seminggu kemudian saya berhenti sebagai guru tadika setelah mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat yang membolehkan saya berulang alik dari kampung ke tempat kerja setiap bulan.
Kesimpulannya;
1. Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan. Perilaku kita memberikan kesan jangka panjang dalam hidup mereka.
2. Kehidupan berkeluarga sangat sangat memerlukan komitmen dan amat banyak perlu berkorban masa dan tenaga. Anda akan belajar menjadi selfless
3. Berkreativitilah dengan anak-anak anda. Mereka lebih cepat belajar dengan cara ini.
Rasanya , ini sahajalah post untuk kali ini setelah hampir setahun lebih artikel ini disimpan di dalam draft.
Tak berpuas hati betul dengan susunan ayat dan bahasa saya. Dah lama tidak mengarang ayat. Haihhh...

Menarik...
ReplyDelete