Hi, Assalamualaikum..
Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!
https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9
Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15!
Tertarik sebab
1: packaging lawa dan pink colour gitu
2: moisturizer ada SPF !
Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan..
Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim..
Ada beberapa key ingredient yang saya suka,
Glycerin (moisturizing agent).
Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap.
Niacinamide (Vitamin B3)
Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang pun dah banyak ada niacinamide ni sebagai moisturizer and brightening agent, boleh treat acne jugak untuk kulit yang cenderung kepada jerawat dan mengurangkan production of melanin dalam kulit.
Titanium dioxide(mineral-based sunscreen)
Menghalang UVA dan UVB yang berbahaya daripada merosakkan kulit dan mengelakkan sunburn.
Habbatus Sauda (Antioxidant)
Jeju Lily (Skin brightening)
Produk ni jugak tiada paraben, mineral oil dan alcohol, so selamat untuk breasfeeding mother i guess.
Dia creamy, tapi takde white cast, takde putih2 atau jadi kelabu lepas apply kat muka, tak melekit, ada sedikit bau, tapi tak sakitkan hidung dan tak pening kepala, so far ok.
overall saya bagi 4⭐
Boleh lihat di sini..
😀
Comments
Post a Comment
Any advice for me?