Sedang aku susuri jalanan hidup penuh berliku mencari makna realiti hidup yang sebenar bangun, berdiri, jatuh, merangkak dan bangun kembali kini aku sedar hidup bukan hanya ada satu warna. Namun, dalam perjalanan kembara ini rupa-rupanya, Dia tidak pernah meninggalkan kita Dia lihat kita bangun , Dia lihat kita jatuh dan kita, seringkali pergi jauh dari-Nya sehinggakan, Dia sengaja biarkan kita jatuh supaya kita akan kembali pada-Nya Tidaklah Allah menguji manusia dengan sia-sia melainkan Dia akan mengangkat darjat hamba-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang bersabar. Apa yang kita perlukan adalah kekuatan Kekuatan dalam mentaati perintah-Nya dan juga kekuatan untuk mencapai tujuan hidup yang sebenar seperti yang telah diikrar saban kali bacaan iftitah dilafazkan dengan tertegaknya solat dan kekuatan ini tidak akan datang melainkan dengan taqarrub kepada Al-Qawiyy Semua ini kerana K...