Skip to main content

Book Lovers

Lawatan ke PWTC hari itu, menamatkan penantian saya selama 3 tahun bagi seorang "pencinta buku" macam saya ni.  Mata bersinar-sinar , senyum lebar-lebar.^^ rasa nak lompat-lompat. ok, hiperbola di situ, pelik sangatla nampknye kalau seorang yang dah berumur 20 tahun lompat-lompat sebab xsaited sangat jumpe dengan book fair..haha..can u imagine that?, oh, stop it! Tak kisahla orang nak kata ape, saya ni jakun ke, saya ni pelik ke, tapi memang saya xsaited bila berpeluang dapat pergi ke PBAKL tu..^^ tapi, utk pengetahuan anda-anda semua, saya masih lagi boleh mengawal ke"xsaited"an  saya tu dan masih boleh berfikir secara waras ye! Harap maklum.

Our main target, "Jemari Seni". Nasib baik tak la jenuh sangat mencari. Fuh, tak tahula nak gambarkan macam mana rupa Ana Miera lepas nampak banner Jemari Seni tu. Keadaan sesak. Tak hairanlah sebab Hlovate tu memang ramai peminat termasuklah saya.^^ . Ada pulak seorang pak cik X yang baik hati ni, pi promote buku-buku Hlovate tu kat kitorang, makin berseri-seri wajah Ana Miera. Haha, seolah-olah ada pencahayaan agung di situ! Habis RM100 dia borong, saya RM60 je^^

                                Jemari Seni..^^

Cukup pasal kisah Ana miera, kawan saya yang sorang lagi ni , Cik Rosnadia lain pulak ceritanya. Bagi seorang yang tak berapa minat dengan buku or segala novel-novel, tempat ni bukanlah tempat yang sesuai dengan "beliau" Tapi lepas nampak je komik, e-pop magazine tu , rancak juga beliau ni. haha..



Walaubagaimanapun, kami agak terkilan sebab, hasrat hati na berjumpa dengan Yang Berhormat penulis-penulis buku tak tercapai sebab tak jumpa pun dengan  mereka. Maybe next time. ^^

                                 awak ade? ^^

 "My books are staple diet, As serious as insulin doses for those who are diebetics!"- Hlovate




Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Senang hati

Hi uollss..:D Eh, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Ha! jawab, jawab! Hari ni nak cerita pasal ape plak ea? Hmmmm..bagi la suggestion..dah kehabisan idea dah..huhu Ape kate kali ni kita nyanyi lah..Tapi acapella version je lah ea..sebab saya mana ada piano, violin or segala alat muzik yang ada..Cuma ada suare merdu je..^^ Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu, Ku sering melanggar laranganmu, dalam sedar atau pun tidak, ku sering meninggalkan suruhanmu, walau sedar aku milikmu, bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa, begitulah silih berganti, Oh Tuhanku  kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu, aku lemah aku jahil tanpa pimpinan darimu, ku sering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri, ku pernah menangis depanmu  kemudian ketawa semula, Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgamu, tapi tidak pula aku sanggup ke nerakamu, ku t...

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antisepti...