Bismillahirrahmanirrahim.. 'Saat melihat anak didikmu menjengkelkan dan melelahkan,maka hadirkanlah gambaran bahawa satu di antara mereka kelak akan menarik tanganmu bersama-sama menuju ke syurgaNya' Hari ni dapat lagi satu pengalaman baru, bilamana, dan entah bagaimana alhamdulillah seorang sahabat yang cantik molek baik hati mengajak den untuk participate dalam family TFTN alias Teach For The Needs. So, kebetulan salah satu program diorang dibuat berdekatan dengan UM. Kat mana? Sekolah Kebangsaan Bangsar berdekatan dengan Stesen LRT Kerinchi. Patutnya hari ni kelas habis pukul 12, tapi disebabkan talk invited speaker agak panjang, kelas habis pukul 12.30. Pukul 1 patutnya kitorang dah kene ada di sekolah tu dah. Tak sempat nak lunch pon sebenarnye. Tapi takpe, tak kisah pon semua tu. Sampai je kat sekolah tu, satu hal lagi, mana nak cari makmal komputer. Tanye guard kat situ dia kata dengan konfidennya blok A Tingkat 1. Kami pon pergi la naik bangunan tu. ...