Bismillahirrahmanirrahim..
Just nak share ape yang saya rasa penting dalam hidup sebagai seorang 'student'. Ni wrap up je, sebab larut malam dah ni.
1. Baca dan hayati kisah-kisah ulama, islamic scholar, dalam menuntut ilmu.
-Cari semangat dan kekuatan mereka dalam mencari ilmu.
2. Mujahadah (bersungguh-sungguh)
-keluar dari zon selesa
-Allah lihat usaha, bukan resultnya.
3. Fokus
-sepertimana solat, belajar juga perlu kepada khusyuk (Fokus)
4. Jaga adab dengan ilmu.
-nota perlu di letak di tempat yang sepatutnya
-especially dah habis exam, nota jangan sepahkan, kalau taknak guna, bakar je.
5.Cari barokah dalam ilmu.
-hormat kepada guru, lecturer
-apa erti barokah?
(ilmu yang disampaikan oleh guru/lecturer/murabbi meresap masuk ke dalam hati dan dengannya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan.)
6. Bangun Malam (Qiyam).
-bab yang ni, paling susah la nak buat. Sape yang buat tu memang terer lah. Wa tabik spring sama lu. Hihi. -pasal apa kene Qiyam? pasal waktu tengah malam lah Tuhan paling mendengar suara hamba-hambaNya. Juga antara waktu mustajab doa. *senyum* Tapi, tu lah, nak bangun tu yang payah. Cikgu tyme sekolah pon memang pentingkan sangat soal qiyam ni. Tapi saya je yang malaih tahap tujuh petala.
-paling kurang tu, bila terbangun tengah-tengah malam kalau tak mampu nak buat solat ke, at least, atleeeeaaaasssttt kita doa, kita minta pada Tuhan supaya dipermudah jalan kita dalam menuntut ilmu, nak doa bende lain pon boleh, asalkan bende yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. ecewwahh...Nak doakan kebahagiaaan saya pon boleh.. hihihi..
7. Jauhkan dari maksiat.
- maksiat ni luas skop dia. Tapi.. especially bagi makhluk ciptaan Allah yang paling cantik ni (women),
aurat tu lah bab paling susah nak jaga. *Confession*. Pasai apa? Pasal bende tu leceh, semua nak kene tutup, nak kene longgar, nak kene labuh. Rimass, panasss, lecehh, hah,.. apa lagi?..keluarkan, keluarkan......
- Tapi apa benda yang menyebabkan Islam itu indah kan, pasal benda yang cantikla kene tutup serapi-rapi mungkin. Rimaihh, panass semua tu kene sabarlaah, sebab setiap titik peluh tu ada pahalanya kalau kita niat menutup aurat kerana Dia. :') Tapi kalau dah biasa, takde hal lah bende tu.
- So, apa kaitan aurat dengan ilmu?. Kaitannya... Ingat kisah Imam Syafi'e? Kisah yang beliau lupa hafalannya disebabkan terlihat aurat wanita? Pikir-pikirlah sendiri.
8. Doa
-Ni bende yang penting jugak lepas dah buat semua usaha tu. Hmmmm.. Bak kata orang arab, Dua' silahul mukmin (Doa itu senjata mukmin).
-Kalau penat ke, rasa nak give up ke, Doa!, Takut? Doa! Tak ingat? Doa!
9. Ikhlas dalam berilmu.
10. Sampaikan Ilmu.
11. Manfaatkan ilmu untuk Islam.
Alhamdulillah, setakat ni je lah yang termampu. Moga ada manfaatnya untuk kalian yang membaca.
My dear Syai,
I wrote all of these to you so that you can remember and apply them in your life. You really need them in time of needs and when you feel 'futur'.
"Barangsiapa yang menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke Syurga'
Isnin,
25/2/2014,
1.05am.
(assalamualaikum)...genitee!!
Comments
Post a Comment
Any advice for me?