Saya tak nak bercerita sebenarnya, tapi dalam kondisi yang sekarang ni saya rasa saya perlu bercerita. Saya sebenarnya sungguh penat dan sangat malas untuk melayan kerenah manusia-manusia yang sudah mukallaf dan akil baligh yang berperangai mengada-ngada dan kebudak-budakan. Cubalah jadi matang untuk handle masalah dan juga matang dalam mengawal emosi yang berlebih-lebihan tu, tolonglah. Pada pandangan sayalah, apa yang saya percaya selama ni, jangan terlalu bergantung dengan manusia. I mean, jangan terlalu mengharapkan balasan dari manusia, jangan terlalu menagih dan meminta perhatian dari manusia. Sebabnya, selalunya kalau kita berharap kepada manusia kita yang akan kecewa. Dah nama pun manusia, manusia ni sifatnya mudah penat dan letih. Hanya Allah sahaja yang tidak pernah letih mendengar masalah dan rintihan hamba-hambanya. Cuma manusia yang tidak mahu mengadu masalah kepada Dia. Berharap kepada manusia untuk membalas segala kebaikan kita ni, selalunya membe...