Saya tak nak bercerita sebenarnya, tapi dalam kondisi yang sekarang ni saya rasa saya perlu bercerita.
Saya sebenarnya sungguh penat dan sangat malas untuk melayan kerenah manusia-manusia yang sudah mukallaf dan akil baligh yang berperangai mengada-ngada dan kebudak-budakan. Cubalah jadi matang untuk handle masalah dan juga matang dalam mengawal emosi yang berlebih-lebihan tu, tolonglah.
Pada pandangan sayalah, apa yang saya percaya selama ni, jangan terlalu bergantung dengan manusia. I mean, jangan terlalu mengharapkan balasan dari manusia, jangan terlalu menagih dan meminta perhatian dari manusia. Sebabnya, selalunya kalau kita berharap kepada manusia kita yang akan kecewa.
Dah nama pun manusia, manusia ni sifatnya mudah penat dan letih. Hanya Allah sahaja yang tidak pernah letih mendengar masalah dan rintihan hamba-hambanya. Cuma manusia yang tidak mahu mengadu masalah kepada Dia. Berharap kepada manusia untuk membalas segala kebaikan kita ni, selalunya memberikan kekecewaan. Sebab manusia ni pun, dia sendiri ada banyak masalah, kepala dia pun serabut dengan masalah macam-macam. Tetiba kita datang nak tambahkan masalah dia lagi, manalah dia tak penat dan rasa bosan dengan kita. Sudah termaktub pun dalam Al-Quran yang manusia ni bersifat keluh-kesah supaya hidup kita ni bergantung sepenuhnya dengan Tuhan.
Saya pun tak bolehlah nak cakap lebih-lebih, nanti jadi kat saya pulak. No, No, semoga tidaklah.
Dan lagi satu, bagi saya, cara kita bergaul dengan orang lain itu bergantung kepada tingkah laku orang yg kita bagi response tu. Errr, paham tak? Maksud saya. Apabila si A mencuba untuk bergaul dengan si B, si B biasanya memberi response berdasarkan apa yang dia tahu mengenai si A atau berdasarkan background si A tadi. Sebenarnya, ada sebab mengapa orang lain tak berkenan dengan tingkah laku kita. Dan biasanya, ada sebab yang kukuh mengapa orang lain selalu tak berkenan dengan tingkah laku kita. Cuma kita yang perlu ambil inisiatif untuk muhasabah diri sendiri. Tu pada pandangan saya lah. Pada pandangan saya.
Dan lagi satu saya rasa, tak ke mana pun kalau kita nak bawak perasaan marah kita, dendam, benci kita tu. Kan lebih baik dan menyenangkan keadaan kalau berlapang dada, bermaaf-maafan serta perbaiki diri masing-masing dalam perkara yang sepatutnya tak menimbulkan masalah pon. Lagi satu, bak kata kawan saya, komunikasi itu penting!.. XD
hmm.. tu je kot. Tak pandai nak komen lebih-lebih. Semoga memberi pengajaran untuk diri ini yang sememangnya amat jauh dari kesempurnaan.
#DariHatiYangKecewa
#SemogaKitaSemuaDiberiHidayahdanPetunjukDariNya
#SemogaTuhanMelembutkanHatiKita
#SamaSamaPerbaikiDiri
#BerlapangdadalahDalamMenerimaTeguran
#BerlapangdadalahDalamMenerimaTeguran
Comments
Post a Comment
Any advice for me?