Lama menyepi kan? Maaf sangat-sangat disebabkan kekangan masa, kebizian yang melanda dan kecelaruan emosi yang entah mengapa. Ini pun nak cepat ni, banyak lagi subjek yang nak kene cover oiii..So many things happened recently. Sedih, marah , happy, geram, semua ada. Mix feeling. Saya tak nak lah cerita semua, cuma saya mahu share beberapa benda yang saya rasa bermanfaat mungkin.
7 oct 2012
Satu peluang yang jarang sekali saya jumpa, tetapi Alhamdulillah berpeluang bertemu dengan The Best World Orator of Islam, Dr. Zakir Naik di PWTC. Can you imagine that?..oh! Awesome!, masih terkenang sampai sekarang, bagaimana sesaknya umat manusia ketika itu, masing-masing berebut untuk mendapatkan tempat di hadapan dewan. Islamic Views on Jihad and Terrorism. Walaupun tak sempat menghabiskan majlis ilmu itu, tetapi kenangan ini sukar untuk dilupakan. Walaupun kami berbeza bangsa, kaum dan bahasa, tetapi Islam telah mengikat hati-hati kami. Kami bersaudara atas akidah yang satu. That is Islam. Proud to be Muslim! Alhamdulillah.
Majlis ilmu itu memewahkan jiwa.
~AnaMiera~
12 oct 2012
Animal Model. Satu discussion (mungkin juga boleh dikatakan perdebatan) mengenai Ethical Issue on Animal Model telah dijalankan. . Hangat terasa sampai ke lubuk jiwa. Seriously, sebab sedikit menyentuh isu ketuhanan di situ. Hanya mampu mendengar dan menganalisa sendiri pendapat dari rakan-rakan sekelas. Nak berdebat guna ayat Al-Qur'an kang nanti tak pasal pasal masuk klinik kene baling dengan kerusi lab.But, as Aiman Azlan said " Muslims, Be Cool!" ahhahaha..
Pernah terbaca satu artikel yang berkaitan dengan isu ini. Bunyinya lebih kurang begini, semua makhluk dan benda di muka bumi ini diciptakan untuk manusia gunakan. Manusia adalah khalifah di muka bumi ini, manusia yang mentadbir muka bumi ini. Cuma , bagaimana caranya, itu terpulang kepada manusia itu sendiri. Berbalik kepada isu animal model tadi, kita dibolehkan "menggunakan" mereka (haiwan-haiwan comel itu) dalam research or experiment, tetapi Islam menyuruh kita untuk berlaku ehsan terhadap haiwan. Mereka juga makhluk, ada perasaan dan emosi.Plus, semua haiwan akan masuk ke syurga, bukan seperti manusia dan jin. perlu di hisab dahulu untuk menentukan dimana tempat mereka.
Agak seronok mendengar mereka berdebat, boleh tahu dari sisi pandangan non-muslim dan muslim. Inilah yang terjadi bila, agama dipisahkan dengan ilmu.
Rasanya sampai sini sahaja dulu. Insya Allah, ada ruang dan idea akan dicurahkan apa yang ada di minda. Lecture note Phlebotomy sedang menunggu!.. See ya, May Peace be upon You..:)
Comments
Post a Comment
Any advice for me?