Skip to main content

Saat Dahi Mencecah Tanah

Di saat dahi mencecah tanah,
rasa hina merajai diri
tidak ada bezanya
aku dan tanah
kita serupa
tapi,
mengapa seringkali diri ini alpa?

Di saat dahi mencecah tanah,
tanpa apa-apa alas sekalipun
rasa itu datang
yang diri ini rupanya hamba
hamba kepada Yang Maha Satu
tapi,
mengapa diri ini seringkali alpa?

Di saat dahi mencecah tanah,
mutiara-mutiara itu,
jatuh satu per satu
moga membawa bersama dosa-dosa yang lalu

Menyedari hakikat diri
yang nanti akan jua kembali
pada tanah yang di pijak ini
dan jua pada
Yang Empunya Diri





#sungguh ingin merasai lagi, nikmatnya solat tika sujud, dahi mencecah tanah#

Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

Sayur goreng tahu

Setengah bawang merah 2 tangkai cili kering (direndam dahulu) Udang 2 ekor Seketul tahu Bunga kobis Garam Sesedap rasa sikit SOS tiram sikit Daun kucai