Third year. Tak seindah yang di sangka.
8/9/2013
sayu rasa nak tinggalkan rumah untuk masuk UM balik. sayu sebab nanti mama sorang2 buat homework. sorang2 masak, sorang2 basuh baju, sorang2 tanam bunga, sorang2 pi tangkap ikan. Okay stop. Dah bergenang air mata. Moga Allah kasihi ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku kecil. Aamiin. Pagi tu, mama buat nasi lemak sebelum aku pergi. Nasi lemak tu kiranya breakfast yang berat la bagi family aku sebab biasanya breakfast air milo dengan roti je. hmm! Dan ini juga first tyme aku balik UM tanpa ditemani parents aku. Abang aku yang hantar. Sejak abah sakit bulan 12 sampai bulan 3 tahun lepas, abah tak larat dah na drive jauh2. Sian abah. (T_T). Walaupun aku pergi tinggalkan rumah dengan senyuman, tapi aku rasa fake je semua tu. Serius!. I love my family. Indeed! Dari hari tu, bermulalah survival hidup aku sensorang kat tengah2 kota KL.
in between.
Dah dua minggu belajar ni, aku rasa third year ni takdelah rilek mana pon seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni. Tapi still kurang pack sikit kut berbanding second year. Belajar dah makin kritis dan kritikal. harapnya orangnya pon tak kritikal la jugak di kemudian hari nanti. Dah nampak sikit ke mana hala tuju biomed ni, dah nampak dah kenapa kene blaja bende2 yang kne banyak menghafal masa 1st dengan 2nd year dulu. Management, Research method, parasite, anat patho, Apps cc, cc and italian. Mula-mula, rasa macam nak amik arab, tapi bila pikir-pikir balik, arab tu dah pernah belajar, so, rasa macam rugi bila amik balik subjek tu. Tapi, serius italian languange best!. Cumanya yang kecewa sebab dulu-dulu dah berangan nak amik subjek elektif luar macam pengajian quran, hadith ke or apa-apa subjek yang boleh mengisi hati yang memang selalu kosong ni. Kecewa, sebab takde subjek tu dalam 200++ choices yang ada kat situ. Makanya, diri ini masih mencari sinar-sinar itu.
15/9/2013
tarikh ni merupakan, hari yang agak menakutkan sebenarnya. sebelum masuk um lagi dah pikir, macam mana na survive masa tarikh ni. sebabnya, tarikh ni, tarikh yang bakal menemukan aku dengan saudara-mara belah abah kandung aku yang dah 21 tahun terpisah sejak abah meninggal. Sebagai satu-satunya waris dari abah aku, perasaan tu agak gementar u know!!. dah la tak diteman dengan parents aku, sebab as i mentioned earliear , abah dah tak boleh drive jauh2, so, rela dalam terpaksa aku pun menyanggupi hasrat hati parents aku sebab ada amanah yang perlu disampaikan kepada makcik aku nanti. Masa pagi tu, paklong and maklong amik aku kat kolej pukul 10 lebih camtu. Ni dah kali ke-3 aku jumpa diorang. Paklong aku ni wali tau, so, nak taknak kene la cuba-cuba rapat dengan diorang. Aku ni jenis yang tak reti nak rapat dengan orang sebenarnya. Nak adapt dengan orang tu susah. Ambik masa yang lama. sampai kadang-kadang bertahun-tahun. Aku dengan abah aku sekarang pun tak berapa rapat sebenarnya. Tu yang dah 21 tahun hidup dengan dia pon tak boleh nak adapt. Apa lagi orang luar. Serius!. ok sambung citer balik. sampai ja kat rumah kenduri tu, aku terus jumpa makngah eton aku tu. Lepas tu bermulalah sesi mencekik. Masa mencekik tu lah, tetibe sesapa ntah yang mengaku aku ni anak sedara dia, aku ni cucu dia lah. serius tak kenal dan tak tahu. Pak Mamat tu wali kedua aku. XD pastu ada lagi sorang sape ntah nama dia. Then, yang tak disangka, aku jumpa dengan family member rapat aku kat kenduri tu. hehehe. Rasa macam baru jumpa family. Macam hlovate cakap. "Kadang-kadang kita rasa asing dalam keluarga sendiri, tapi rasa sangat selesa dengan family orang lain " haaa, lebih kurang macam tu lah ayat dia. Pastu aku jumpa sorang jiran kampung situ, aku assume dia tu lecturer. Dia sembang dengn paklong aku, sembangnya pasal hamka, kitab fi zilalil qur'an, kitab2 endon, pak matlop, pejuang tulisan jawi, sejarah tanah melayu. Wahhh, rasa teruja. hari tu aku rasa macam jadi pemerhati je, sambil makan ice cream. Perangai tak serupa umur yang dah 21 ni. Haishhh..
Pastu tolong-tolongla sikit apa yang patut kat dapur tu. Pastukan, pastu, aku jumpa waklong aku. Oh, lupa nak cerita, aku ada empat orang nenek belah abah kandung aku. Banyak tak?. banyak gila!!! nak mengingat anak2 dia lagi. =_=. haa, sambung cerita, bila salam je dengan waklong aku tu, peluk-peluk gitu, tetibe dia tak nak lepaskan aku. Bila dah lepas, tengok rupa-rupanya dia nangis. Aku pula rasa bersalah sebab tak rasa ape2 pon. Tak de perasaankah aku ini?. Maybe dia rindu dengan arwah abah aku yang merupakan adik dia. Maybe. Then, aku pi rewang kat situ sampailah pukul 3 pagi. 3 pagi tahu!!, tak pernah aku rewang selama itu. sampai tertido-tido kat ruang tamu. Sakit pinggang punya pasal. Dah lah anak2 makngah eton tu semuanya lelaki. Mana la nak berbual mesranya. Ramai juga yang tanye, aku ni siapa sebenarnya. Rasa macam terpaksa defend diri sensorang tyme tu. Rasa macam nak balik rumah tyme tu jugak.
Balik je dari rumah makngah aku tu dah pukul 3.30 pagi. Disebabkan dah jauh malam. Paklong tak hantar aku terus balik um, tapi dia suh tido rumah dia yang rupa-rupanya sekangkang kera je dari UM ni. Kondominium fajaria sebelah wisma R&D Um tu haa..belakang stesen kerinchi. Dah la, tak bawak baju spare ngan baju tido. Makanya malam tu berbaju ala-ala orang melayu zaman2 dulu, dengan berkain batik nye. Terpaksa tido dengan gaya sopan. kuikuikui. Banyak betul baju baru maklong aku bagi. Terasa dihargai.. Cehh..haha.
Tamat disini sahajalah kisah kali ni. oh ye, sebenarnya weekend ni dah berhajat nak balik kmpung, tapi mama tak kasi. mama kata nanti balik raya haji je. Sedih (T_T)
Comments
Post a Comment
Any advice for me?