Sabtu, 17 mac Hari kami dihiasi dengan Qiamullail walaupun agak lewat hari itu. Dimulai dengan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan juga witir. Terasa sungguh dekat dengan Maha Pencipta. Lantas aku malu sendiri mengenangkan bilakah kali terakhir bangun berqiamullail. Niat sudah banyak kali, namun seringkali juga tewas dengan nafsu. Sungguh aku insan yang lemah. Aktiviti kami diteruskan dengan beriadhah sambil berzikir. Hari beransur cerah dan barulah kami dapat melihat pemandangan sekeliling. Nyata, kawasan itu dikelilingi oleh banjaran bukit yang menghijau. Sunyi tapi tenang. Kami kemudiannya bersarapan pagi dengan mee goreng dan air milo susu, meski terasa lapar tetapi terasa tidak berselera. Bukan disebabkan tidak sedap tetapi aku sendiri rasa tidak berselera. Kurang tidur barangkali.* ade effect ke? ...