Skip to main content

Sabarlah Dalam Berjuang






Hanya satu ungkapan sahaja iaitu Subhanallah! besarnya ganjaran bagi sesiapa yang menuntut ilmu kerana-Nya. Namun jalan menuntut ilmu itu bukanlah mudah. Ia menagihkan usaha yang berterusan, Mujahadah yang mantap. Memang, Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis.

 Sometimes, we become so fragile to stand. Lagi-lagi sekiranya kita seringkali gagal. Feel like want to Give Up. Tetapi, sekiranya kita niat belajar kerana Allah, walaupun kita gagal, kita akan dapat semangat untuk bangkit kembali. Kerana kita sedar bahawa ..

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "orang mukmin yang kuat lebih baik disisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya(imannya): oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan jaganlah engkau bersikap segan dan malas, dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya ia lakukan, kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan,"
~Riwayat Muslim~





      Ilmu itu nur(cahaya), dan cahaya tidak akan masuk kedalam hati yang kotor. Muhasabahlah diri. Sucikan hatimu. Mungkin disebabkan hati kita kotor, kita susah untuk menerima ilmu. Sekiranya masih tidak berhasil, ingatlah ilmu itu milik Allah. Belajarlah dengan rasa teruja dan gembira, niatkan untuk ibadah. Siapa tahu, setiap huruf yang kita baca itu, setiap kesusahan kita untuk memahamkan perkataan-perkataan itu, ada ganjarannya di sisi Allah?..

       Carilah sahabat yang baik. Seperti yang selalu kita dengar, sahabat yang baik ialah sahabat yang mengingatkan sahabatnya tentang Allah. Dampingilah mereka. Ini kerana sahabat yang baik dapat memberi motivasi atau semangat kepada kita di kala berada dalam kedukaan.

          

      Saya teringat kata-kata seorang ustaz semasa program "Cintai Rasulullah", sempena Maulidurrasul yang lepas, katanya, kalau kita tidak suka atau tidak minat dengan sesuatu subjek itu, berdoalah kepada Allah "Ya Allah, aku tak suka ilmu ini Ya Allah, maka Ya Allah jadikanlah aku suka dengan ilmu ini supaya aku jadi pelajar cemerlang Ya Allah". Bila kita mengadu kepada Allah seperti ini, minda akan jadi positif, hati akan tenang, maka kita akan rasa seronok untuk belajar.

 
           
   
             Akhir kalam, semoga kita semua menjadi pelajar yang cemerlang, tanamkan rasa cinta akan ilmu..
        " Setiap tangga ilmu ku tingkat, Insaflah aku jahilnya diri, keinginan 
          panjang, kehidupan singkat. Tetapi, aku tidak bosan dalam mencari"



*hasil tulisan saya ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga anda semua, kerana saya juga seringkali jatuh, saya terlalu rapuh. Tulisan saya ini juga untuk memujuk hati saya terutamanya untuk terus bangkit .~semoga sama -sama beroleh manfaat~:)

Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.

Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila.  Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin.  Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.  Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni.  Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya....