Sabtu, 17 mac
Hari kami dihiasi dengan Qiamullail walaupun agak lewat hari itu. Dimulai dengan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan juga witir. Terasa sungguh dekat dengan Maha Pencipta. Lantas aku malu sendiri mengenangkan bilakah kali terakhir bangun berqiamullail. Niat sudah banyak kali, namun seringkali juga tewas dengan nafsu. Sungguh aku insan yang lemah.
Hari kami dihiasi dengan Qiamullail walaupun agak lewat hari itu. Dimulai dengan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan juga witir. Terasa sungguh dekat dengan Maha Pencipta. Lantas aku malu sendiri mengenangkan bilakah kali terakhir bangun berqiamullail. Niat sudah banyak kali, namun seringkali juga tewas dengan nafsu. Sungguh aku insan yang lemah.
Aktiviti kami diteruskan dengan beriadhah sambil berzikir. Hari beransur cerah dan barulah kami dapat melihat pemandangan sekeliling. Nyata, kawasan itu dikelilingi oleh banjaran bukit yang menghijau. Sunyi tapi tenang. Kami kemudiannya bersarapan pagi dengan mee goreng dan air milo susu, meski terasa lapar tetapi terasa tidak berselera. Bukan disebabkan tidak sedap tetapi aku sendiri rasa tidak berselera. Kurang tidur barangkali.*ade effect ke?
gambar jah n paie xde plak, sorry.
selepas semua peserta berkumpul di dewan, kami dikejutkan dengan kehadiran salah seorang imam muda iaitu IM Fakhrul. Susah untuk aku katakan kerana sudah lama memendam hasrat hati untuk bertemu dengan imam muda. *bukan na menggatal ye! harap phm . Slot 1 kami bertajuk " We are not alone". Dalam slot ini kami difahamkan betapa pentingnya kerja berjamaah lagi-lagi dalam kerja menyampaikan dakwah islam. As a muslim, not just a human, we are hold three responsibles, as a Khalifah, as a slave of Allah, and also our responsibility to spread Amar makruf and Nahi Munkar. Katanya lagi, semua benda atau tugas tidak akan sempurna kecuali dilakukan secara berjemaah. Solat yang dilakukan sendirian juga tidak sempurna melainkan solat secara berjemaah. Allah suka kalau sesuatu kerja itu ada organisasi, ada susunan.
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang kukuh"
~Surah Saff ayat 4~
xsangka dia ni spoting..^^
4 Perkara yang seharusnya seorang muslim lakukan:
- Berbangga dengan Islam
Banggalah dengan Islam kerana islamlah satu-satunya agama yang diterima Allah. Carilah kemuliaan dengan islam. Bangga bukan hanya dalam konteks perkataan tetapi bangga dengan perbuatan dan perlakuan seharian kita. Islam is the way of life. There is no point of being proud just by our mouth!. Remember the meaning of Imaan, Iman is believe in heart, confess by lisaan and prove by our daily routine.
- Mengajak orang lain kepada Agama Allah
- Cari sebanyak-banyak ilmu
- Buat ketiga-tiga perkara di atas secara berjemaah
Inilah yang dikatakan berorganisasi supaya kita tidak mudah rebah dan hilang semangat. Dengan berjemaah kita akan ada sahabat yang membantu kita. Kita buat kerja Islam, Allah akan bantu kita saat kita susah. Yang penting usaha , sebab Allah lihat usaha kita dahulu daripada yang lain. Pertolongan Allah itu tiba saat kita betul2 memerlukannya, like always, Hero comes later!
Pengisian untuk Slot 1 ini memangla banyak dan padat. Tamat sahaja slot satu kami berkumpul mengikut kumpulan masing2 untuk membincangkan intipati-intipati dari slot 1 tadi. Program diteruskan dengan Slot 2, sekiranya tadi kami bersama dengan imam muda, tapi kali ini kami bersama dengan salah seorang mursyidnya pula, Ustaz Izhar Arif. Hampir tersasul menyebutnya disebabkan namanya berdekatan Ustaz Azhar Idrus. Maafkan kami ustaz^^
ustaz ni memang sangat begitu kelakar..^^
"Muhammad And I are not so Different" tajuk slot ke 2 kami. Apa yang ditekankan dalam ceramah beliau ialah, kita dan Rasulullah tidak banyak beza in term of Khalifah. Memang kami banyak ditekankan soal leadership dalam kem ini. *tema pun Producing Professional Muslim Leaders. Jangan sesekali kita jadikan budaya hidup barat yang buruk sebagai cara hidup kita. We are muslim and only Islam is the way of our Life. Ada satu benda yang menarik beliau sampaikan. Sekiranya kita terjumpa ses yang baik dan kita ingin memilikinya tetapi kita tidak mampu pada waktu itu, kita perlu berdoa untuk mendapatkannya. Keep Praying and InsyaAllah Our Du'a will be answer. That's the power of Du'a.
Jangan mudah me"label" kan orang, satu lagi ilmu yang saya dapat dari beliau. Hidup jangan mudah melabel orang. Belum tentu orang yang rambut pacak-pacak itu xde agama, belum tentu orang yang kita selalu nampak buat perkara yang haram itu masuk neraka. Kita belum tahu. Belum tentu orang yang kita selalu nampak pergi surau, selalu buat baik masuk syurga. Kita belum tahu. Mungkin dikemudian hari orang yang selalu kita nampak buat perkara haram akan jadi baik macam orang alim dan mungkin nanti orang yang kita anggap baik itu akan buat perkara-perkara yang haram. Nauzubillah. Kita tidak tahu. Semuanya berbalik pada hati dan menjadi Rahsia Allah.
but people keep judge a book by its cover..hmm
Cukupla dahulu untuk entry kali ini. Ini pun sudah banyak yang diringkaskan sebab kalau tidak, mahu panjang berjela jawabnya. Jumpa lagi ..Assalamualaikum..:)
*sorry utk entry sebelum ni, ayat x bape nak matang ..huhu, klu saya rajin ,saya editla nnti. Btw, xsaba na wat entry pasal Al-Fateh, Bab kemuncak tu..^^
Comments
Post a Comment
Any advice for me?