Bukanlah aku seorang yang suka bercakap
mengenai cinta. Lagi-lagi cinta terhadap manusia. Namun, kehadiranku ke satu forum, mengubah sedikit persepsiku terhadap cinta.
CINTA, also known as Al-Hubb telah
disebut sebanyak 76 kali di dalam kitab agung Al-Quranul Karim. Ini bermakna
cinta itu bukan sesuatu yang remeh, malah ia merupakan satu elemen yang penting
dalam hidup manusia. Ia merupakan rangkaian perkataan yang cukup indah untuk dirasa oleh hati.
Cinta, rindu dan perasaan sayang itu
adalah anugerah dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Bahkan Allah merasa hairan
sekiranya seseorang itu tidak ada perasaan cinta, rindu ataupun sayang. Cinta
itu normal, rindu itu normal, perasaan sayang terhadap sesuatu itu juga normal.
Cumanya, bila cinta itu tidak di letakkan pada tempatnya ia tidak akan membawa
ke Syurga Allah. Maksiat dan semua perkara yang dilarang oleh Allah hanya akan
membawa cinta itu ke arah kebinasaan. Allah akan menarik kembali perasaan sayang,
rindu dan cinta itu andai peraturan-peraturannya tidak dipatuhi. Andai ada rasa
cinta, biarlah cinta itu kerana Allah, andai ada perasaan sayang biarlah sayang
kerana Allah dan andai ada perasaan rindu biarlah rindu itu kerana Allah.
Sebut tentang cinta, semua orang
tahu cinta itu mengenai hati, dan hati itu adalah raja diri kita.
“Indeed. Love is blind and lovers
cannot see”. That’s what Wlliam Shakespear said.
Kerana, disebabkan cinta,
seseorang itu beroleh kebahagiaan dan cinta yang suci. Dan sebab cinta juga ia
membawa kepada kebinasaan iaitu membunuh diri. Persoalannya bagaimana cinta itu
dapat kita arahkan untuk mencapai cinta yang suci , cinta tanpa noda dan cinta
yang mampu mencapai Syurga Allah.
“ Cinta mesti digunakan selaras dengan tujuan Tuhan menurunkannya”.
Perhatikan ayat tadi “ selaras dengan tujuan Tuhan menurunkannya”. Dia
menurunkan cinta supaya manusia tenang dalam kehidupannya, tenang dalam
menjalani tugasnya di muka bumi Allah ini sebagai Hamba( bermaksud menjadi
makhluk yang baik) dan yang kedua ialah sebagai Khalifah( yang memberi dan
menyebarkan kebaikan). Cinta hanyalah satu alat. Andai alat itu diguna dengan
baik sebagaimana fungsinya dia akan menjadi berguna. Analoginya cukup mudah,
sebatang pen memang dicipta untuk menulis. Sekiranya ia diguna untuk menulis,
ia tidak akan rosak malah memberi manfaat kepada si penggunanya.
Manakala, jika pen itu diguna untuk mencucuk
benda yang keras atau diguna selain dripada fungsi asalnya tentulah pen itu
rosak. Begitu jugalah halnya dengan cinta. Allah lebih tahu apa yang terbaik
untuk setiap hamba-Nya. Dia maha tahu bahawa manusia tidak mampu untuk
mengendalikan soal cinta ini dengan kemampuan mereka. Makanya, dia mengadakan
peraturan-peraturan kepada hamba-hamba-Nya seperti menutup aurat, menjaga
pandangan dan sebagainya.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)
Ramai yang menganggap peraturan atau
hokum-hukum Allah ini sebagai satu sekatan bagi mereka. Sekiranya anda
berfikiran sedemikian, renungkan kembali. Cuba kita perhatikan dijalan raya,
banyak signboard yang kita lihat seperti 90km/jam, 120km/jam. Bukankah ia
merupakan satu peraturan?.. tetapi adakah ia membebankan kita?. Tidak bukan.
Begitulah analoginya.
Jodoh itu rezeki masing-masing.
Ada orang cepat sampai jodohnya. Ada orang yang lambat. Ada empat sebab mengapa
seorang wanita itu dikahwini.
"Wanita itu dikahwini kerana
4 perkara..kerana kecantikannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah
kamu memilih yang taat beragama dan berakhlak, nescaya kamu beruntung."
(Riwayat Al-Bukhari,Muslim)
*kalau disertai dengan keindahan
penciptaannya,itu adalah b0nus~(^.^)~
Pilihlah yang beragama, anda tidak akan rugi. Sekiranya kita ingin berkahwin dengan seorang perempuan atau lelaki itu, Tanya diri kita sendiri dulu.
“ andai aku mengahwini dia,
mampukah dia membantu aku untuk menjadi khalifah Allah yang lebih baik”
Antara tips bagaimana untuk
mencari pasangan hidup kita:
Diri sendiri hendaklah menjadi
soleh/solehah terlebih dahulu
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang
jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur':26)
Ikut
pilihan orang yang baik
Jodoh
yang diatur oleh orang yang baik seperti ustaz, guru, sahabat yang baik dan ibu
bapa lebih terjamin perkahwinannya kerana kita mempunyai sistem nilai yang sama
dengan mereka. Contohnya, Rasululullah sangat menyayangi anaknya Fatimah. Apa
yang baik pada pandangan ayahnya(rasulullullah) itulah yang terbaik untuk
dirinya sehinggakan Fatimah menerima dengan hati yang terbuka apabila ayahnya
menjodohkannya dengan Saidina Ali. Ini menunjukkan mereka mempunyai system
nilai yang sama.
Cintai
Allah dan Rasulullah
Sebelum
kita cinta kepada manusia, Allah dan rasulullah lebih berhak untuk kita cintai
terlebih dahulu. Jangan sesekali letakkan cinta terhadap pasangan kita cinta
yang teragung sekali kerana ada yang lebih agung dan lebih utama untuk kita
cintai. Percayalah apabila kita letakkan cinta pertama kita adalah manusia,
kita akan kecewa di kemudian hari kerana cinta manusia tidak akan kekal.
Apabila kita letakkan cinta pertama kita adalah Allah, kita akan tetap tenang
dan teguh dalam menghadapi apa-apa cabaran dalam perkahwinan.
Percaya Qada’ dan Qadar Allah
Sebagai
muslim , kita wajib beriman dengan Rukun Iman yang keenam ini. Jangan terlebih
kecewa sekiranya seseorang yang kita suka itu tidak menjadi pasangan kita. Kita
merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Redha
dengan segala ketentuannya, kerana disitu terselit pelbagai hikmah yang
kadangkala tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas ini.
Solat
Istikharah dan Berdoa
Solat dan
berdoalah dengan sungguh-sungguh. Banyakkan solat istikharah. Petunjuk bukan
hanya datang dalam keadaan kita bermimpi. Mungkin dengan cara yang lain. Doa
biarlah jelas. Kalau boleh sebutkan detail-detail sekali kerana jika kita tekad
dan berdoa sungguh-sungguh Allah akan jawab doa kita. Kita dekat dengan Allah,
Allah lagi dekat dengan kita. Kita jauh dengan Allah, Allah jauh dengan kita.
Akhirul
kalam, gunalah cinta sebagai alat untuk kita meraih Syurga-Nya.
Perlengkapkanlah diri dengan ilmu agama, hiasi diri dengan akhlak terpuji,
Insya-Allah hidup bahagia dan harmoni.
Kerana
Cinta
cinta itu
cahaya sanubari
kurniaan
Tuhan fitrah insani
dan di
mana terciptalah cinta
di situ
rindu bermula
cinta itu
tak pernah meminta
tetapi
memberi sepenuh rela
rasa
bahagia biarpun sengsara
berkorban
segala-gala
semua
kerana cinta
yang
pahit manis di rasa
menghibur
nestapa
merawat
duka
damai di
jiwa
terpadamlah
api benci permusuhan
terjalinlah
kasih sayang begitulah cinta
yang
diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan
jangan kita pula
kerana
bercinta kita pun leka
entah ke
mana
dan
jangan pula kerana bercinta
tergadai
semua maruah agama
cinta
yang sejati
hanya
cintakan illahi
cinta
ayah bonda
tulus
suci selamanya
cintakan
saudara
hanya
sementara
serta
sesama insan
suburkan
dengan ketakwaan..
Album :
Kerana Cinta
Munsyid :
In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com
Comments
Post a Comment
Any advice for me?