Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila. Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin. Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye. Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni. Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya....