Skip to main content

Pelangi



"Cuba perhatikan pelangi tu...? Indah kan? Subhanallah. Hebat betul ciptaan Allah; bagaimana cahaya yang satu, dalam keadaan tertentu, boleh berpecah menjadi tujuh bilah cahaya yang berbeza, dan membentuk satu jalur berwarna-warni yang begitu mempesona.

Tapi, pelangi hanya akan terbentuk bila adanya hujan. Maknanya, hanya dalam keadaan tertentu pelangi akan terbentuk. Dalam keadaan yang biasa, memang susah nak jumpa pelangi ni. 

Begitulah Islam wahai akhi. Islam itu satu, sumbernya satu; hanya dari Allah. Tapi dalam keadaan tertentu, Islam meraikan perbezaan. Islam menerima kepelbagaian. Kerana Islam itu indah, punya pelbagai ragam dan beraneka warna.

Perkara yang asas dalam Islam sudah tetap, sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Namun kita diberi kebebasan dalam perkara-perkara yang furu', yakni cabang-cabang kepada perkara yang asas tadi. Tapi itu pon ada batas-batasnya; seperti pelangi yang hanya membiaskan tujuh jenis warna, dan bukannya lapan, sembilan dan sebagainya.

Maka bergembiralah dengan warna yang tujuh itu - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu - kerana sekurang-kurangnya Allah memberi kita pilihan, selagi mana ia membentuk pelangi yang satu. Namun apabila tiba masanya, pelangi akan hilang dan kita perlu kembali menjadi cahaya yang satu. 

Yang haram tetap haram akhi. Janganlah kita berlebih-lebihan dalam mempersoalkan hukum Allah, kerana ilmu kita tidak sampai pon setitis air dalam lautan ilmu Allah yang begitu luas. Dan yakinlah, Allah pastinya Maha Mengetahui apa yang baik buat kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan."
[al-Baqarah, 2:208]

Namun, pada masa yang sama, janganlah pula terlalu keras dalam hal-hal yang furu'. Kerana di situ, kita diberi kebebasan dan pilihan, seperti cahaya yang bebas membilah tujuh apabila kena dan tepat pada masanya!"

Tidak berkelip mata Zailani mendengar penjelasan murabbinya itu. Hidungnya kembang-kempis, tanda dia berpuas hati dan bersemangat dengan penjelasan yang diberikan.

Matanya sempat melirih kepada pelangi yang hampir hilang ditelan cahaya matahari yang semakin terik. Dia tersenyum.

"Akhi... Dah tengok cerita Laskar Pelangi...?"


-APG-

Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.

Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila.  Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin.  Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.  Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni.  Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya....