Di mana ?
ke mana?
demokrasi yang indah
jalanan yang berdarah
menyaksikan syuhada
Dunia kau sepi
hilang kata ternanti
kau dengar dan fahami
rasa hati menangis
Engkau syahid hidupkan cintamu lagi
bangkitkan hati-hati lama mati
membela agama biar hancur luluh
demi masa depan indah generasi
Rabaah padamu mewangi kasturi
berguguran cinta menghadap Ilahi
janji Tuhan syurgamu menanti-nanti
kepulangan wira yang sejati
Bangkitkan hati-hati yang mati
membela agama suci ini
biarlah hancur jasadmu
demi masa depan generasi
musuh kau tutuplah cara bagaimana
cahaya Allah kan kembali bersinar
meninggikan syahadah mulia
hapus kebatilan seluruh makarnya
dunia yang lena
sudah lama tidur
bilakah terjaga kembali bertarung
sempurnakan titah agungkan kembali
dipersada Islam ke puncak tertinggi
-------
Kita tidak mampu pergi ke Palestin,
apa lagi untuk mengangkat senjata,
juga untuk syahid di sana
tapi kita punya perjuangan dalam ilmu
maka niatkanlah demi umat
moga dengan niat yang besar,
kita peroleh ganjaran yang besar.
cukup-cukuplah berjimba,
cukup-cukuplah bergelak-ketawa,
cukup-cukuplah dengan bersandiwara,
sedangkan keluarga kita di sana
berjuang untuk hidup,
sedang kita di sini sakan bergelak-ketawa,
Cukuplah!
sudah mula tiba masanya untuk kita tanya,
apa sumbangan kita?
kepada keluarga?
rakan?
negara?
Islam?
ini puisi untuk Rabaah,
Rabaah yang bersyahadah.
#suka dengar lagu ini sebab dia mengingatkan kita yang kita punya misi, mengingatkan tentang tujuan asal kehidupan di saat kehidupan saling berlumba-lumba mengejar 'title', pangkat kehidupan, tugasan seharian, dan tugasan kerja yang tak putus-putus.
minggu depan ade seminar, presentation, dua pulak tu, tajuk berat. Slide tak siap lagi. Buat satu tajuk, yang satu tajuk lagi tertinggal. Dalam masa yang sama, ade conass lagi, kene menghafal, faham dan buat nota lagi. Dalam masa yang sama, kene cari supervisor tuk final year project, kene approach lecturer padahal tak tau nak buat tajuk ape. Dah dapat tajuk, kene baca jurnal lagi. Adik pulak dah pergi jauh, dah tak dapat nak jumpa selalu. Kesian pula mama dengan abah kat rumah sebab dah tinggal berdua je. Jadi kene balik rumah. dah balik rumah pon hati tak tenang lagi sebab terpikir-pikir kerja kat UM. Dah balik UM dah kene struggle habiskan kerja yang tertinggal. Cuti sem ni tak dapat pulak puase penuh kat rumah, raya pon empat hari je, tak dapat buat biskut raya dengan mama dah. Ade praktikal lagi kat hukm pulak tu, hari-hari kene pergi sana waktu office hour. Transport pon tak pasti lagi. Sambil praktikal kene baca jurnal lagi. Tup-tup dah masuk sem, dah kne start buat lab work, research proposal lagi . pastu grad, pastu masuk kerja, itupon kalau ade rezeki, dah kerja dah kene pikir pulak nak kawen bila. Family lagi.
Bukan nak mengeluh, cuma nak nampakkan yang hidup ni, kerja tak pernah berhenti, tak pernah putus. jadi, rasanya memang tak berbaloi untuk mengejar bende2 yang tak pernah putus ni. dan, tak tipulah, kadang-kadang terlepas jugak perkataan mengeluh, menyumpah seranah semua. Haha. Tak rase ke hidup macam tikus?. cuba tarik nafas. Hembus.
Ashhadualla ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammad Rasulullah.
Sahaja aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Berhenti sekejap berfikir soal dunia. Tajdid balik niat. Dan ingat balik apa sebenarnya matlamat dan tujuan hidup. Baru sambung balik tugasan memasing dengan azam baru dengan niat Ibadah.
"Tidak Aku jadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
[Az-Zaariyat : 56]
#Dah lama tak berblogging, rasa macam lepas dendam pulak meluah ape yang terbuku dalam hati kat sini.
#cukuplah takat ni
#yang penting, pegang pada syahadah.
#esok ade test
#assalamualaikum.
#Irdhana Ya Allah
Vah2...
ReplyDelete