Skip to main content

Apa Rasanya Menjadi Buta?



Ini kisah petang tadi, di mana kami satu kelas dengan lecturer sekali menjadi Si Buta. 

Pengalaman sebagai seorang buta bermula apabila kami dibahagi-bahagikan mengikut beberapa kumpulan. Jadi saya masuk dalam kumpulan yang ketiga. Kami diminta untuk menanggalkan spec, jam, phone, beg dan semua harta benda di luar tempat tu sebelum masuk. Kemudiannya diberikan walking stick setiap seorang as a personal assistant. Sebelum memulakan journey, kami di beri beberapa rules:

1. There are many doors inside there, but don't open it, (Masa dia cakap first rule ni, aku dah start terbayang dalam tu mesti ada rumah hantu, My God !!!)
2. There are some real things in there, you can touch, smell but don't taste it ( Statement ni buat aku terbayang ada katak ka, ular ka, cacing ka dalam tu...yewwwwww)
3. Inside there, listen only to Eric's voice, not others. ( Ni mesti ada distractions nanti)

Apa lagi, aku dengan Faizah, Mira kecik, Ros pon dah start gelabah pegang tangan sesama, dengan bebudak chinese sekali, Sik Wey, Vicky, Jye Lin, semua tu.. Lol.

Masuk ja dalam tempat tu, mak oiii, apa pon tak nampak. Hitam semua, satu benda pon tak nampak, bayang-bayang sikit pon tak nampak. Maka bagai cacing kepanasan la kami, dengan bunyi walking stiknya yang menghentam dinding-dinding, kerusi ke meja ke, dan segala benda yang ada la dalam tu. Dengan suara kitorang yang bertanya macam-macam dekat Eric yang guide kitorang tu.

Ada ATM machine la, pastu kena cross river la, pastu jumpa monumen laa (monumen ke dinding ?), pastu pergi pantai la, bunyi dalam gua la, dekat park la bagai, pegi pasar, ada kobis, ada motor, ada keta laa.. hahaha. yang tak boleh tahan lagi bila kita boleh beli makanan dalam tu. Epic habis.. hahahaaa.. Masa nak pegang benda-benda yang ada dalam tu kelakarrrrr.. Aku dok tak berenggang pegang tangan Sikwey sampai berpeluh-peluh tangan dia aku pegang. Lepastu, Faizah boleh pulak cakap "Ni Cabbage, cabbage!!", tak semena-menanya Faizah terlatah pulak tu. Ooo Mak Ayam!! Lol. Hahahahaha... Pastu entah siapa entah yang raba-raba badan aku sebab nak tau aku siapa. Bersyukur grup tu tak da lelaki. Naya!!.. 

Aku bukan apa, sebenarnya rasa prejudis mula-mula dengan journey jenis yang macam ni, pasal masa sekolah dulu aku selalu kena main game tutup mata, game tu buat malam2, lagi-lagi bila ada camping. Menyampah betul, rasa macam kena buli, tutup mata pastu kena jalan tetengah malam tak sangka masuk dalam lecak la, terjatuh laa, terhantuk kayu yang dibuat-buat sampai lebam-lebam badan ni. Ada yang berlakon takut-takutkan orang dengan menjadi hantu. Tak sukaaaaaa!!!!

Tapi..... bila guide kitorang tu a.k.a Eric tu cerita yang dia pon sebenarnya memang seorang yang buta, totally blind since born (klu tak silap), aku dah rasa yang game ni 'jujur', takde unsur-unsur nak memperbodohkan orang, terkapai-kapai bagai. Tyme tu aku dah rasa sedih dan terharu yang amat sebenarnya.

Keluar je kami dari tempat gelap tu, baru kami tau siapa Eric, macam mana rupa dia. Kagum betul sebab dia tak perlu walking stick pon nak jalan kemana-mana dalam tu. 

Insaf. Memang insaf tak terkata. Faizah pulak dah bertakung air mata. Hahaha.

Insaf sebab selama ini aku rasa nikmat mata ni kecil je.

Dalam game ni la, aku dapat rasa betul-betul yang nikmat mata ni sangat-sangatlah besar.

Dalam game ni lah aku dapat rasa betul-betul yang orang buta ni, tanpa penglihatan:

1. tak tahu apa warna dunia ini, tak dapat lihat warna-warni di sekeliling kita
2. tak tahu bagaimana rupanya orang yang kita jumpa
3. tak tahu macam mana rupanya benda yang kita pegang, rasa, sentuh

Dunia semuanya gelap, tiada warna yang mewarnai hidup mereka. Agaknya apa yang mereka bayangkan ye bila kita sebut pantai?, air?..hutan? Dan bagaimana agaknya rupa wajah diri sendiri? T_T

Journey hari ni bagi saya lebih kepada teguran untuk memuhasabah diri, yang sikit sangat nak bersyukur ni. Banyak ibrah dan pengajaran yang berkesan dari game yang macam ni. Bak kata Dr Ain, 'Learn everything by Heart'. 

Di samping dapat tau jugak, macam mana tulisan braille, macam mana nak menulis tulisan braile, macam mana nak membaca tulisan braille.

Dan sebenarnya, anggapan-anggapan mengenai rules yang aku sebutkan awal-awal tadi langsung takde sebenarnya. Takda hantu (orang yang buat2 jadi hantu), takdak katak dan jugak takdak cacing.


Akhir kata, banyak-banyaklah bersyukur. Bertaubatlah dari sikap takabbur kita ni haa. Astaghfirullahal azim!!.Banyak-banyaklah menghargai orang yang kurang berkemampuan dari kita. 

Jaga mata. Jaga baik-baik. Jaga nikmat yang Allah dah beri percuma ni. Jangan nanti bila nikmat ditarik balik, menyesal tak sudah.

Terima kasih banyak-banyak Dr Azlina atas peluang ni. :)

Terima kasih Tuhan atas teguran yang bermakna ini. :')


Senyum. 



Dialogue in the Dark,
The School, Jaya One, Petaling Jaya.










Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.

Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila.  Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin.  Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.  Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni.  Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya... 1. Rasa