Skip to main content

Teguran

Entah mengapa pada hari itu, hati Aina rasa terpanggil-panggil untuk ke surau. Lama sudah tidak ke sana. Sesudah di surau, ketika mahu membuka stokin dan menyarung telekung, terlihat kelibat seorang kakak senior.

Aina:  Eh, akak, buat apa kat sini?

Akak Senior:( soalan tadi tak berjawab) akak selalu jugak datang sini?, tak pernah nampak kamu pun?

Aina: hihi, maybeeee sebab kita jarang datang sini kut, sebab tu tak selalu nampak.

Akak senior: oooo, bizi ea? sejak bila dok taman ni?

Aina: eh, lama dahhh, empat tahun yang lalu.


Situasi tadi sudah menampakkan yang Aina memang betul=betul jarang ke surau taman itu. =_='. Usai solat isya', Aina dengan rasa malu menadah tangan berdoa.

"Ya Allah
ampunilah segala dosa-dosaku,
Ya Allah, yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui segala isi hati, 
dekatkanlah aku dengan orang-orang yang soleh dan solehah,
agar aku tidak tersasar dari jalanMu, agar aku tidak terpesong dari jalanMu,
Ya Allah,
jangan biarkan aku terkapai-kapai seorang diri tanpa bantuanMu,
Ya Allah,
sesungguhnya aku tidak mengetahui apa yang akan aku lalui di masa hadapan, maka Ya Allah, aku memohon yang terbaik dariMu untukku, kerna engkaulah yang Maha mengetahui."

Terasa lain benar malam itu, apa yang dikatakan di dalam doa tadi, seakan hati betul-betul memaknakannya, terasa seluruh anggota tubuh badan dengar dan memahami setiap bait yang dikatakan oleh lidah satu persatu. Sebak. Kemudiannya, Al-Quran diambil, mahu membaca dan mentadabbur barang sepatah dua ayat. Sampai di muka surat ke dua, akak senior tadi memanggil,

"awak, awak..
jom, sini, akak bacakan satu hadis kejap"

Lalu, memenuhi ajakan akak itu tadi, Al-Quran ditutup lalu Aina duduk di sebelah akak tadi.

" hidup kita ni, hidup kamu-kamu semua dan orang-orang sekarang ni sepatutnya kena lebih kuat pegangan agamanya, kena lebih exposure kepada ilmu-ilmu agama berbanding orang dulu-dulu. Sebab apa? sebab sekarang ni terlalu banyak mehnah dugaan yang datang. Orang yang tak kuat pegangan agama ni atau kurang exposure dengan ilmu-ilmu agama ni, dia cepat putus asa, cepat give up, takde semangat. " 

Introduction-nya  sahaja sudah mampu membuat hati Aina kaku. Terasa benar dengan situasinya pada masa itu . Tak mampu Aina tersenyum, hanya mendiamkan diri, mendengar ayat-ayat seterusnya. 

" Orang yang mendamaikan dua orang yang bergaduh adalah sedekah, orang yang membantu meringankan beban saudaranya adalah sedekah, orang yang berkata dengan perkataan yang baik dan perkataan yang memberi pahala adalah sedekah".. 


Sebahagian hadis yang akak itu ucapkan, bagaikan sayup-sayup terdengar ditelinganya, walaupun dia duduk betul-betul bersebelahan dengan akak itu. Aina larut dengan fikirannya, bermacam-macam soalan yang timbul sejak akhir-akhir ini. Soalan mengenai hidupnya, masa depannya, apa yang dia cari dalam hidup ini, betul-betul membingungkan kepalanya. Entah mengapa, Aina merasakan Tuhan menjawab sebahagian doanya di awal tadi. Tuhan bukan menjawab secara direct, tetapi memberi Aina semangat untuk teruskan perjuangan hidup. Bergetar rasanya hati Aina. Terasa diri betul-betul diperhatikan. Memang, tiada makhluk yang bergerak di muka bumi ini yang terlepas dari pengetahuanNya.





Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Senang hati

Hi uollss..:D Eh, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Ha! jawab, jawab! Hari ni nak cerita pasal ape plak ea? Hmmmm..bagi la suggestion..dah kehabisan idea dah..huhu Ape kate kali ni kita nyanyi lah..Tapi acapella version je lah ea..sebab saya mana ada piano, violin or segala alat muzik yang ada..Cuma ada suare merdu je..^^ Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu, Ku sering melanggar laranganmu, dalam sedar atau pun tidak, ku sering meninggalkan suruhanmu, walau sedar aku milikmu, bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa, begitulah silih berganti, Oh Tuhanku  kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu, aku lemah aku jahil tanpa pimpinan darimu, ku sering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri, ku pernah menangis depanmu  kemudian ketawa semula, Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgamu, tapi tidak pula aku sanggup ke nerakamu, ku t...

Suka-suki

Kita bertemu lagi..^^ Seronok tak jumpe saya?..(Eh?) haha k la..hari ni saya nak cerita..pasal aktiviti saya semasa cuti "sekolah" (perasan muda jap)..haha Sekarang kat rumah saya tengah musim banyaaaaaaaakkkk ikn. wink wink..Geram pulak bila dengar bunyi ikan bila kuar rumah. Ape lagi, saya dengan mama terus cari cacing (eewww) .. Ikan banyak, cacing pulak susah nak cari. Habih keliling tanah rumah saya dicangkul. Cari cacing punya pasal. Ini parit depan rumah.. Seronok memancing ni. Lagi-lagi kalau tempat tu banyak ikan. Lagipon, memancing ni boleh melatih sifat sabar dalam diri ( sesuai sangat la tu dengan saya ni). Ini parit dalam sawah Tapi, ikan kat sawah ni kecik2 je. tak dela besar mana pon. Tapi kecik2 mereka pon, mama saya kata lagi sedaap dari ikan laut (saya tak makan ikan). Ikan-ikan, mama dan cacing (yeww) Ade ikan puyu ( Annabas testudineus ), ikan haruan ( Channa striatus ), ikan keli ( Clarias batrachus ), ikan tilapia ( T. m...