Post ni sempena memenuhi request dari beliau. XD
Saya sebenarnya tak berapa pandai nak mengarang mengenai orang. Tapi, apa salahnya mencuba kan?.. kahkahkah..
okay, macam mana nak start?..
saya sebenarnya dalam diam-diam saya, banyak sebenarnya yang saya belajar dari beliau. Maksudnya, saya banyak memerhatikan beliau dan me 'reflect'kan apa yang saya perhati dari kehidupan beliau dengan cara kehidupan saya. Dan sebenarnya, banyak kelebihan beliau yang tidak ada dalam diri dan kehidupan saya.
Saya tak pernah jumpa seorang rakan pun yang sejujur beliau. Betul. Tak tipu. Macam mana nak explain eh?.. Macam ni , dia bagi apa yang dia ada pada dia, dan kita pon bagi apa yang ada dekat dia. Hahahahaha.. ape benda aku cakap ni? Maksudnya takde selindung2, takde agenda apa-apa.
Saya sebenarnya tak berminat dengan manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan. Contohnya, kita bersungguh-sungguh nak kawan dengan dia, share segala cerita suka-duka kehidupan kita, up and down kita, tolong dia masa ssusah dia, tapi last2 dia pi tinggal kita macam tu je, macam kita tak pernah ada apa-apa yang di share, bila jumpa balik dia react dengan kita macam kita ni stranger pada dia, macam dia tak pernah kenal kita, pastu dia pergi kawan dengan orang lain dan tak pernah tegur kita pon kalau kita tak tegur dia dulu. Padahal dulu share makanan sama-sama, share stories sama-sama. Saya rasa orang macam ni tak jujur. Tak jujur dalam bersahabat. Saya tak suka dengan short term friendship macam ni.
Macam love story pon ada jugak kan?.. lololollll..
Tapi entahlah, saya jenis yang macam tu. Lepas tu, saya dah mengambil pengajaran lah daripada pengalaman saya tu supaya jangan percaya sangat dengan orang luar. Kena kenal dulu orang tu macam mana, lepastu baru kita boleh share segala benda. Hahahahahaha. Tak nak dah rasa dikhianati. Kah kah kah.
Okay, post ni pasal beliau, bukan pasal saya. Hahahaha.. Bila dah kenal dengan beliau ni, saya dapat balik apa yang saya nak. Kawan yang jujur. Selalu bagi pendapat yang sejujurnya. Kalau baik cakap baik, kalau buruk cakap buruk, dengan cara yang berhikmah. Alhamdulillahlah, saya bersyukur sangat sebab dapat kenal dan bersahabat dengan beliau.
Lagi satu, ssaya bersyukur sangat sebab dari beliau saya dapat tahu apa yang saya kurang dari sudut family saya. Terutamanya dari aspek komunikasi dan dari segi memahami. Sekarang saya baru tahu, pentingnya sifat memahami dan sifat keterbukaan dalam sesebuah keluarga. That makes everybody in the family feel appreciated dan rasa bebas. Kadang-kadang kita ni hidup je sebumbung tapi hati lain-lain. Disebabkan kurangnya komunikasi dan saling berkongsi antara satu sama lain. Mengapa kurangnya komunikasi?.. Disebabkan kurangnya sifat memahami dan sifat terbuka antara ahli keluarga. contoh perbualan dalam keluarga, ni contoh je tau, takde kaitan pon dengan family saya:
Situasi 1
A: Belajar okay?
B: Tak.
A: Kenapa? Ni mesti berkawan dengan sesapa entah. Siapa kawan kamu ni?.. ( Si A terus melontarkan pelbagai andaian yang tak betul)
B: (Apa yang si B mampu lakukan hanyalah berdiam diri demi tidak mengeruhkan lagi keadaan.)
Perbualan terus tertutup.
Banyak lagi sebenarnya yang nak dihuraikan mengenai beliau, tetapi masa tidak mengizinkan. Btw, siapa beliau itu?..
Biarlah rahsia.
Comments
Post a Comment
Any advice for me?