Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah ala kulli haal sebab secara rasminya dah tamat pengajian sebagai seorang mahasiswi ijazah sarjana muda. Konvokesyen pun dah lepas bulan 10 haritu. Yang overexcitednya of course lah mama kan. Ye lah, anak first dia nak konvo, of course lah dia bahagia. I rasa biasa-biasa je, hari nak konvonya barulah I rasa nervous. Hahaha. Sebab dah lama tak naik stage. Last naik stage pon masa form 5. Masa ambik anugerah tokoh pelajar dot dot dot. Wahahaha. Tak taulah kenapa I tak rasa excited nak amik scroll tu. Mungkin sebab.. 1. Saya sebenarnya lebih suka belajar jadi saya tak berapa gemar status sebagai graduan 2. Segala susah payah saya sepanjang berjuang dalam study, saya dah lupa. Saya dah lupa macam mana rasanya stress sampai menangis beriya di amcorp mall. Stress sebab macam takde life. Hahahahaha. Teringat saya akan hadis riwayat muslim..(drmaza.com)
“Pada hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja dan dia ditanya “wahai anak Adam pernahkah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak ! Demi Allah wahai Tuhanku!. Lalu di bawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku! Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”
Jadi mungkin saya metaforakan majlis konvokesyen tu sebagai syurga kecil yang menyebabkan saya lupa segala kesusahan yang berlaku di masa lampau. 3. Akan ada lagi cabaran-cabaran hidup yang lebih besar akan mendatang. Panjang sungguh muqaddimah. Kalau dalam esei dah kena reject ni. Tapi, this is my blog so only my rule applied here. Wahahahaha..
Tapi itu semua dulu, yang lepas biarlah menjadi kenangan, yang lebih penting adalah kita di masa sekarang. Ya, di masa sekarang yang masih unemployed. Siapa bilang hati tak resah, siapa bilang hati tak gundah bila setiap hari memikirkan perihal yang sama. Walaupun sebenarnya mama lebih suka I duduk rumah sebab jadi teman dia berbual, kemas rumah, tolong dia apa yang patut. Tapi takkanlah I nak duduk rumah kan. I pon mesti kena ada hidup I sendiri. Tapi, belum ada rezeki kan, nak buat macam mana. Yang penting usaha lagi-usaha lagi, lagi dan lagi, doa, doa, dan jangan berhenti doa.
Dan pada suatu hari, baru I tahu yang sebenarnya ada pandangan serong dan kata-kata yang pedas memperkatakan mengenai saya. Dan rupanya mama dah lama pendam dan simpan benda ni. Kalau saya yang kena, saya taklah berapa kisah pun. Tapi bila kata-kata pedas itu dihamburkan kepada keluarga saya, maaf saya tak boleh terima. Bila mana mama ceritakan sendiri macam mana pedihnya hati mama mendengar pedasnya kata-kata tersebut padahal keluarga saya takdelah amik kisah sangat pun, sebab keluarga saya faham keadaan saya.
Saya terfikir ‘kenapa perlu sibuk hal orang’ ‘kenapa perlu membanding-bandingkan saya dengan orang lain’ dan ‘kenapa perlu masuk campur urusan saya’ ‘Kalau tak faham keadaan saya mohon jangan complaint macam-macam’ . Saya tak pernah kacau urusan mereka, saya tak pernah bercerita pun pasal mereka. Kenapa mereka buat saya macam ni? Saya terkejut, terkilan, sedih, kecewa yang teramat sebenarnya dengan orang-orang seperti ini. (sebenarnya di awal-awal nak tulis entry ni, saya rasa panas hati betul, tapi bila dah tulis pendahuluan dah hilang rasa beremosi tu, inilah salah satu masalah saya , hati cepat ‘sejuk’)
Orang kata masa macam nilah yang dikatakan welcome to the real world. Bila mana apa yang kita mahukan tak selalunya dapat. Dah dapat tak sesuai pulak. Bila dah sesuai, takde itu ini lah pulak. Nak kena menahan kata-kata pedas dari orang sekeliling lagi yang tak tahulah apa sebab-musababnya. Inilah cabaran-cabaran orang yang baru bermula melangkah membina batu-bata hidup sendiri. Baru nak mula satu langkah dah ditohmah dengan macam-macam.
Alhamdulillah lah bila saya disedarkan dengan kata-kata adik saya, ‘Sabarlah kak, perjalanan hidup akak sebelum ni kan mudah je, smooth je. Takpela kali ni susah sikit’. Baru saya sedar, memang benar kata-kata dia itu, memang saya akui saya ni seorang hamba yang memang layak diuji. Dan akhirnya saya sudah redha. Banyak sebenarnya saya belajar dan faham sendiri dari perkara-perkara seperti ni. Orang yang kita buat baik selalu pun ada yang tak puas hati dengan kita. Apa lagi kalau kita buat jahat kepada orang lain. Memang kita tidak boleh mengharapkan kebaikan dibalas dari orang. Tapi hanyalah kepadaNya yang Maha Pengasih dan Penyayang kita memohon ganjarannya.
Jadi, inilah roda-roda kehidupan saya setakat ni. Ada masanya kita di atas, ada masa pula kita dibawah, tapi hidup kita terus berjalan sampailah waktunya nanti roda kita akan terhenti, membawa segala bekalan yang dikutip sepanjang perjalanan untuk dipersembahkan kepada Tuhan. Semoga kita boleh menempuh ujian yang mendatang dengan jiwa yang besar dan jiwa yang kuat. Walau apapun,
mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. (Al-Baqarah: 45)
cepatla update blog bile free....nak baca lagiii..cheballll
ReplyDeleteDah update! Hahahaaa
Delete