'Bila adik
nak balik kampung ?'
'Tak tau,
minggu depan kot. Nak balik hari ape ?'
'Hari
isninlah.'
Malam itu,
satu panggilan diterima dari mama yang mengajak adik
untuk balik ke kampung. Adik tinggal dengan saya untuk beberapa minggu
disebabkan dia sedang menikmati cuti sem selepas raya aidilfitri.
Pagi hari
Rabu 9/8/2017, kami dikejutkan dengan
satu panggilan.
'Kakak,
kakak.. bangun. Abah dah takde.'
Bagai
berpinar kepala saya masa itu. Bangun dengan terkejut. Masih bermimpikah aku ?
'Kakak,
banguun, telefon kakak.'
7
miscalled.
Ya Allah.
Apa yang dah terjadi. Adik terus bangun, mandi. Saya masih tidak percaya.
Lembab betul otak saya pagi itu untuk memproses maklumat, sampaikan adik banyak
kali menggoncang tubuh saya agar menelefon kakak yang berada di Klang.
Saya menurut arahan tanpa berfikir panjang. Kakak meminta saya pergi ke KTM
terdekat, bermakna saya perlu pergi ke KTM Sungai Buluh. Tika itu jam
menunjukkan tepat 9 pagi. Jika saya ke KTM ia mungkin memakan masa dua ke tiga
jam. Ah, tak boleh jadi.
Sakit betul kepala saya ketika itu. Saya akhirnya
mengambil keputusan untuk menaiki bas ekspress sahaja untuk balik ke kampung
dan itu bermakna saya perlu kejar tiket bas pada pukul sepuluh ke Sungai Besar.
Jam menunjukkan pukul sembilan lima belas pagi. Saya terus mengemas baju sekadarnya
untuk adik dan diri sendiri. Mandi pun tidak, hanya sempat membasuh muka,
menggosok gigi dan berwudhuk. Saya terus mencapai telefon bimbit dan me ‘request’ grabcar dari
Wangsa Maju ke Pudu Sentral.
Sampai di
Pudu Sentral, kami bertukar keputusan untuk menaiki grabcar sahaja dari lokasi kami ke Sungai Besar. Dan Alhamdulillah kami bernasib baik, ada juga pemandu
yang sudi menghantar kami selama dua jam setengah ke kampung Bagan Terap.
Sepanjang perjalanan, kami senyap. Hanya bercakap disebabkan panggilan telefon
yang banyak berdering dari mama dan abang kakak. Mama sudah menangis di telefon
mengharapkan kami cepat sampai ke rumah sebelum abah dikebumikan. Kami, kalau
waktu itu boleh terbang , kami sudah terbang. Terbayang wajah abah, terbayang
kata-kata abah.
Sepanjang dua jam dalam kereta itu, barulah saya boleh
menghadam satu-satu, bnyak betul persoalan saya. Dan paling utama sekali,
bagaimana semuanya ini boleh terjadi. Abah sihat-sihat sahaja sewaktu kali
terakhir saya pulang dua minggu yang lepas. Keadaan abah sepeti biasa.
Abah tidak sakit, kondisi abah biasa-biasa sahaja. Tiada tanda apa-apa pon. Timbul juga perasaan sedikit marah dengan keadaan yang berlaku.
Sampai
di rumah, sudah ramai tetamu yang hadir. Saudara mara dan jiran tetangga memenuhi ruang tamu rumah. Masa itu jugak hujan turun , mulai lebat. Abang Long menunggu dihadapan pintu rumah menyambut kami yang baru tiba. Usai bersalam, sempat abang berpesan 'air mata tolong jaga'. Kami pun masuk ke dalam rumah. Kami bersalam dengan mama lantas berpelukan. Lama. Tetapi tidak bercakap sepatah apa pun. Kami mendekati jenazah abah. Jenazah abah sudah siap dimandikan dan dikafankan.
Mama tanya ; ' nak tengok tak ? bukaklah..'
Adik ; 'taknak, takut, jomla bukak sama-sama'
Mama membuka kain yang menutupi wajah abah. Bersih. Nampak sedikit kesan abah jatuh di bilik air di dahi. Abah bagaikan tidur, cuma dada abah tidak berombak seperti biasa. Abah senyap sangat. Terlalu senyap. Tiada bunyi dengkuran seperti selalu, tiada bunyi nafas seperti selalu. Diri ini sebenarnya masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Ianya terlalu mengejut. Hati ini masih berkata, tak, kejap lagi abah bangun, abah tidur je ni. Hati juga berkata, terimalah hakikat, abah dah takde, sudah sampai masanya abah pergi tinggalkan kita semua. Masanya dah tiba.
Tangan mencapai senaskhah Yasin...
Bismilahirahmanirrahim... Yaasiiiin, walqur'aanil hakiiim....
...dan sepanjang membaca surah yaasiin itulah , kenangan bersama abah kembali berputar-putar di layar minda, semakin ke penghujung surah yaasin, semakin kabur membaca ayat-ayat suci itu, mata sudah berkaca-kaca..
Bagi saya abah seorang yang pelik. Abah sangat garang dan tegas. Terlalu sukar untuk mengerti kelakuan abah. Abah selalu marah-marah walaupun atas sebab yang terlalu kecil. Abah selalu marah kalau kami membazir makanan. Abah selalu marah sebab kami tak potong sayur betul-betul. Abah selalu marah kalau tengok TV lama-lama ataupun kami bising kat rumah. Dan itu membuatkan kami sukar untuk mendekati abah. Dan kesannya sehinggalah kami besar. Tapi abah selalu bertanyakan perihal kami. Abah selalu tanya adik ada duit ke tak, abah tak bagi kami ambil tiket bas petang-petang sebab nanti sampai Kl dah malam. Abah selalu terlebih punctual nak ambil kami balik dari sekolah ataupun dari stesen bas. Abah selalu pastikan peti ais kat rumah ada ayam dan ikan. Abah selalu bangun malam sebab nak jaga rumah lepas trauma dimasuki pencuri pada tahun 1999 yang lalu. Abah juga yang selalu masak air, dan pastikan bekalan air masak cukup kat rumah.

Comments
Post a Comment
Any advice for me?