Skip to main content

Awak, Terima Kasih.

Dah 20 tahun hidup..Alhamdulillah.
tapi tak tahulah amalan untuk dibawa ke alam lain cukup dengan 20 tahun hidup..:(
makin pendek usia yang berbaki, mungkin tak lama lagi.
Kalau dibandingkan dengan umur Nabi Muhammad 63 tahun, ada lagi 43 tahun  usia yang tinggal, itupun kalau sempat hidup sampai umur 63 tahun.

 Hari lahir memberikan saya sedikit sahaja sebab untuk saya gembira, tapi cukup banyak untuk buat saya sedih.  Terima kasih banyak-banyak untuk mereka yang sudi mendoakan saya..Macehhh..macehh. Antara beberapa mesej yang berjaya membuat saya terdiam, bermakna dan bagi saya penuh erti.


1. happy birthday syai. u r now officially 20!

2. syai!!♥ eid milad! sanah helwah, sahabat! semoga ceria selalu, dan semoga amalan meningkat seiring dgn umur~ :D

3. Ya Allah, semakin jauh langkah umurnya meniti hari, ku pohon hidayah Mu, moga di hari lahir sahabat ku ini, Kau berkatilah umurnya, dan izinkan dia semakin dekat dengan redha Mu. ameen. 
*Sanah Helwah Shayla Felisa :)

4. Salam Syai. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 20. Semoga ditetapkan hati dijalan Allah dan sentiasa di bawah naungannya. All the best in study n life. take care!!. Sayang kau kerana Allah.. Happy Birthday..:D

5. Sanah helwah ya Nur Syaidatul Adawiyah..:D. moga rahmat, maghfirah Ilahi sentiasa bersamamu!. Moga panjang umur, murah rezeki , sihat tubuh badan. Semakin bertambah usia, makin bertambah ilmu, amal dan tawadhuk. Allhumma aamiin~..^^

(maaf, saya tidak larat nak taip semua mesej tu)



Terima kasih untuk mama sebab dah lahirkan saya , susukan saya, dengan susah payah, walaupun ketika itu, abah baru 12 hari meninggalkan mama dan kita buat selama-lamanya. Terima kasih juga sebab didik saya, sekolahkan saya, jadi kawan saya, jadi teman saya, kejut saya bangun tidur tiap-tiap hari (walaupun saya dah bangun tyme tu), ingatkan saya untuk solat tiap-tiap kali waktu solat...banyak sangat nak tulis...tak terkata..T_T....Sayang Mama sangat 30000000000000000000000000000xxxxxxx.....and infinity..


Terima kasih untuk abah 2 sebab sudi terima saya, jaga saya, anta saya pergi sekolah..

Terima kasih untuk adik yang sudi jadi punchback  tempat bercerita tiap-tiap malam..

Terima kasih untuk cikgu-cikgu yang ajar saya ilmu, dari saya tau ABC, AlifBaTa, sampai jadi saya yang sekarang.

Terima kasih untuk rakan-rakan, sahabat-sahabat dari kecik sampailah sekarang yang sudi jadi teman dikala kebosanan, yang sudi jadi teman meluahkan segala isi hati, segala kesengal-sengalan dan tempat bermanja. tempat mengadu masalah.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

Dan juga paling tidak dilupakan, terima kasih kepada Allah SWT, sebab sudi beri saya nyawa untuk hidup di dunianya, di buminya untuk kenal dengan Mama, dengan Abah dan dengan kawan-kawan saya dan sudi ada bersama saya ketika saya senang ataupun susah....T_T

SAYA SAYAAAAAAAAAAAAANNNNNNGGGGGGGGG  ANDA SEMUA..<3<3<3

Saya tak minta untuk hidup di dunia, tapi yang saya minta saya akan mati dalam iman dan masuk ke Syurga-Nya bersama orang-orang yang saya sayangi. Aamiin~


Footnote: maaf, saya terlalu emosi malam ini..


Comments

  1. saya pon sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaang awak! saya bertuah sebab berkenalan ngan awak. :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.

Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila.  Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin.  Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.  Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni.  Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya....