Skip to main content

Lembut Bukan Lelaki

Ohayo !!

Pagi !!

Sobahul khair!!

Bangun sahur tak pagi tadi? Saya sahur sorang-sorang je pagi tadi, forever alone betul. haha.

Haihhh, pagi 12 Ramadhan ni saya rasa sedih sikit. Sebab kene tegur ngan Inche Abah, tegur + marah-maah sikit.

'Menutup pintu tu pelan-pelan. Awak tu perempuan. Perempuan lembut, bukan kasar!'

Macam ni lah makna teguran tu selepas di translate dari bahasa banjar ke bahasa Melayu. Err, tak nampak sangat elemen garangnye bila saya tulis. Huhu.

Persoalannya, tak cukup lembut ke saya ni?

Kalau tyme sekolah dulu, beerbelas-belas orang jugakla termasuklah cikgu yang kata saya ni lembut. Sampai saya naik muak + muntah dengar semua all the girly-girly things. Pernah saya marah sorang kawan saya ni sebab mengajuk saya. Masalahnye, saya marah pun diorang gelak, sebab katanya saya marah tapi tak marah.

Kat matrik pulak saya menyebabkan beberapa kawan saya terpana melihat kelembutan saya menyapu sampah di bilik (yekk, apesal saya pulak yang nak muntah. Jangan nak suruh saya menyapu depan awak pulak pasni, saya libas je awak ngan penyapu.). Ok, dah cukup. Tak sanggup saya nak sambung lagi.

Nasib baik kat U takde sape yang cakap lagi. Fuhhh. Seriously, saya tak perasan pun saya ini macam mane.

Okay, back to topic Maybe pagi tadi saya tutup pintu tu terkasar sikit kut, ke banyak? Entahlah, saya pun tak pasti seberapa darjah kekasaran saya tutup pintu tu. Lagipun, pintu tu memang ketat sikit, so mestilah friction force besar lalu menghasilkan bunyi yang besar kan.

In conclusion, lepas ni tak kasar-kasar lagi. Huhu. Dan untuk sister-sister di luar sana, ta mau kasar-kasar ea. Hari ini memang sungguh berpengajaran buat saya.

*peace*

Footnote : Lembut Bukan Lelaki ni adalah tajuk citer kat tv prima malam tadi. Citer dia pasal seorang perempuan (sharifah Amani) yang terpaksa mengambil alih tugas ayahnye sebagai nelayan tetapi banyak kali dicemuh oleh penduduk disekitarnya kerana kerja itu tidak sesuai dengan dia sebagai perempuan. Bestla jugak.


Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Senang hati

Hi uollss..:D Eh, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Ha! jawab, jawab! Hari ni nak cerita pasal ape plak ea? Hmmmm..bagi la suggestion..dah kehabisan idea dah..huhu Ape kate kali ni kita nyanyi lah..Tapi acapella version je lah ea..sebab saya mana ada piano, violin or segala alat muzik yang ada..Cuma ada suare merdu je..^^ Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu, Ku sering melanggar laranganmu, dalam sedar atau pun tidak, ku sering meninggalkan suruhanmu, walau sedar aku milikmu, bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa, begitulah silih berganti, Oh Tuhanku  kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu, aku lemah aku jahil tanpa pimpinan darimu, ku sering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri, ku pernah menangis depanmu  kemudian ketawa semula, Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgamu, tapi tidak pula aku sanggup ke nerakamu, ku t...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...