Skip to main content

Pernah tak anda bercita-cita?

Pernah tak anda bercita-cita?

Bercita apa-apa sahaja.

Saya pernah bercita-cita mahu join Pertubuhan Mercy, membantu golongan yang kurang bernasib baik, membantu mangsa-mangsa peperangan, bencana alam mahupun mangsa wabak. Pergi ke tempat-tempat berkenaan untuk mencari pengalaman baru, kenal dengan budaya masyarakat luar. Dan ini menjadi sebab mengapa saya memilih bidang yang saya ceburi sekarang .

Pernah juga saya bercita-cita untuk membina satu perniagaan makanan halal untuk membantu orang-orang yang sebangsa dan seagama dengan saya sebab sekarang ini semakin banyak makanan-makanan yang meragukan status halalnya.

Ada satu temu bual dalam rancangan Assalamualaikum yang menemu bual wakil Syarikat Islam di China yang mengusahakan gelatin halal. Dan untuk pengetahuan anda, gelatin untuk meremajakan wajah, kulit dan juga yang terdapat dalam medicine bukan semuanya halal. Dan saya amat mengagumi syarikat tersebut kerana berjaya menghasilkan gelatin halal untuk muslim khususnya. 

Dan apabila ditanya kepada manager syarikat tersebut mengapa dia mahu membina syarikat itu. Dia berkata: 

"kalau dengan usaha saya ini sudah membolehkan saya merangkak ke syurga , saya sudah cukup-cukup bersyukur."

wuwuwu..awak rase tersentuh tak? Saya dah rasa nak nangis dah bila di cakap macam tu. Sucinya niat beliau. Moga-moga beliau sentiasa di murahkan rezeki. ^^



Macam dah lari topic pula rasanya. Hahah. Kembali ke topik asal tadi, bagi saya, tak salah untuk bercita-cita dengan cita-cita yang murni, walaupun ia hanya baru sekadar angan-angan . 

Bercita-citalah dengan cita-cita yang baik. Hidup ini terlalu pendek untuk dibazirkan dengan perkara sia-sia. 

Walaupun cita-cita kita tidak tercapai, niat untuk melakukan kebaikan pun sudah dapat pahala bukan?

Doanya, moga cita-cita kita akan tercapai suatu hari nanti. Maka, bercita-citalah. ^^

Aamiin~

Selamat berbuka ye aokmer! :D




Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Senang hati

Hi uollss..:D Eh, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Ha! jawab, jawab! Hari ni nak cerita pasal ape plak ea? Hmmmm..bagi la suggestion..dah kehabisan idea dah..huhu Ape kate kali ni kita nyanyi lah..Tapi acapella version je lah ea..sebab saya mana ada piano, violin or segala alat muzik yang ada..Cuma ada suare merdu je..^^ Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu, Ku sering melanggar laranganmu, dalam sedar atau pun tidak, ku sering meninggalkan suruhanmu, walau sedar aku milikmu, bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar, pagi ku ingat petang ku alpa, begitulah silih berganti, Oh Tuhanku  kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintamu, aku lemah aku jahil tanpa pimpinan darimu, ku sering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri, ku pernah menangis depanmu  kemudian ketawa semula, Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgamu, tapi tidak pula aku sanggup ke nerakamu, ku t...

Suka-suki

Kita bertemu lagi..^^ Seronok tak jumpe saya?..(Eh?) haha k la..hari ni saya nak cerita..pasal aktiviti saya semasa cuti "sekolah" (perasan muda jap)..haha Sekarang kat rumah saya tengah musim banyaaaaaaaakkkk ikn. wink wink..Geram pulak bila dengar bunyi ikan bila kuar rumah. Ape lagi, saya dengan mama terus cari cacing (eewww) .. Ikan banyak, cacing pulak susah nak cari. Habih keliling tanah rumah saya dicangkul. Cari cacing punya pasal. Ini parit depan rumah.. Seronok memancing ni. Lagi-lagi kalau tempat tu banyak ikan. Lagipon, memancing ni boleh melatih sifat sabar dalam diri ( sesuai sangat la tu dengan saya ni). Ini parit dalam sawah Tapi, ikan kat sawah ni kecik2 je. tak dela besar mana pon. Tapi kecik2 mereka pon, mama saya kata lagi sedaap dari ikan laut (saya tak makan ikan). Ikan-ikan, mama dan cacing (yeww) Ade ikan puyu ( Annabas testudineus ), ikan haruan ( Channa striatus ), ikan keli ( Clarias batrachus ), ikan tilapia ( T. m...