Ramai yang mempunyai blog. Anda juga mungkin seorang blogger, tetapi bagaimanakah anda gunakan blog anda untuk kebaikan yang membawa manfaat atau sekadar medan melepaskan emosi? Blog bukan semata riadhah fikri Blog bukan semata-mata satu riadhah pemikiran atau tempat kita tulis apa kita mahu dan biarkan. Blog adalah satu medan nasyru fikr (penyebaran fikrah yang baik). Lebih-lebih lagi kita mengetahui bahawa peperangan pada hari ini bukan hanya dengan senjata tetapi juga ghazwah alfikr (peperangan ideologi ). Bukan sekadar trend. Apabila kita menyedari bahawa blog mempunyai satu gapaian nasyru fikr yang luas, jadi kita mampu transformasikan sebagai satu alat dakwah kepada masyarakat dan menjadi antara sumbangan kepada Islam. Pada masa ini telah berlaku ledakan blog yang memang mengagumkan. Tetapi, persoalannya.. Adakah blog aku ini bermanfaat untuk Islam? Apakah blog aku ini syarak? (tiada perkara yang Allah larang) Konsistenkah? Ramai yang mengan...