Prince of Tennis |
"Syai, ape yang Prof. Mahmud ni cakap"
"Ish, ko senyaplah Aini, dengar je la ape yang dia cakap tu"
This is the stratum corneum,the outer part of skin. The basal layer of the skin is stratum basali.....
Suara Prof Mahmud semakin lama, makin tenggelam dan sayup-sayup kedengaran oleh Aini.
"Aini, bangunla. Da nak habis da ni." Syai menggerakkan Aini yang sudah terlelap . Sedikit kelakar melihat Aini yang kepalanya sudah terletak di meja makmal itu sambil tangannya memegang pensil yang hampir terlepas dari genggamannya. Aini lantas terjaga.
Ada soalan? Kalau tak ada soalan you can start now.
Pelajar di Lab 9 itu, masing-masing bangun dan menuju ke meja masing-masing. Membuka kunci mikroskop . Dan semuanya senyap. Tenggelam dengan keasyikan melukis dan mewarna sel demi sel seperti yang dilihat di lensa mikroskop.
"Aini, bosanla ."
"Abis tu ko nak suruh ak buat ape?" Aini yang duduk di meja sebelah syai menjawab.
" Bukak lagu la weyh"
"Ko nak lagu ape syai?"
"Papejelah, bukak slow-slow je, untuk kita je dengar"
Keunggulan cinta..dari sinar mata..yang bergelora~
"Amboi Aini, jiwang gak ko ni, ko layan jugak lagu macam ni ea?"
"Nape?, ko tak suka ke"
" Eh, takdela, biarkan jela"
Syai dan Aini menyambung kembali tugasan mereka. Sememangnya, waktu pembelajaran Histologi memang dua jam yang sangat santai bagi mereka. Lagi-lagi, student yang berada di lab 9 lab yang terakhir sering "diabaikan" oleh staf-staf makmal.
"Syai, bosanla buat bende ni. Aku tak reti la nak lukis-lukis ni, lukiskan la syai, nanti aku warna"
"ewah, ewah, lukisla sendiri. Tengokla buddy ko punye lukisan"
"Buddy aku punya pun tak cantik dia lukis. Tak pandai la nak tiru. Pinjam Syai punya buddy boleh?"
Syai memberi buku buddynya itu kepada Aini, dan menyambung kembali lukisannya itu. Kalau boleh dia mahu menghabiskan segala drawing-and-colouring itu hari itu juga. Malas untuk ditangguh. Lukisan practical yang sebelum ini pun masih ada yang belum disiapkan.
Jeda.
Dalam 10 minit kemudian.
"Apesal senyap balik ni" Syai bermonolog. Dia menoleh ke arah Aini.
" Lailahaillallah. Aini! tidur lagi budak ni. pantang dibiarkan sekejap, terus syahid. Aini bangunla~ da nak kul 12 ni, siap jum balik"
"da pukul 12 ke Syai?"
Aini bangun dengan malasnya.
"lima minit lagi, siap-siapla"
"hmmmm"
Scene ini adalah antara moment-moment saya dengan Aini. Walaupun kami satu matrik tapi kami belum masih kenal antara satu sama lain. Tak sangka kat U sebelah meja je..haha..
Sorryla Aini, aku curik dari FB ko..hahaha |
Hahaha. Aini the sleeping monster :p
ReplyDeleteKalau macam ni, boleh la aku nak tulis pasal paie plak..haha
ReplyDeleteaku xsabar na bace..hehehe
Delete