Skip to main content

Hidayah Itu Hadiah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
dan salam sayang buat awak semua..:D



Ketika ini saya rasa syahdu, rasa nak menangis, rasa teruk pun ada. Sebab?
Sebab saya sudah fail. FAILED!
Failed dengan nafsu! Haihhhh...
Selalu sangat terleka, selalu sangat terlupa, terlalu degil jiwa ini.

Perbualan saya dengan beberapa sahabat saya , ye semestinya dengan soalan sentap beliau. Membuatkan saya yang tengah rasa " :D " terus menjadi (T-T). Tetapi, jangan salah faham, si beliau tidak bermaksud untuk mengguris hati kami, bahkan untuk mengingatkan kami to act as a slave of Allah. Terima kasih banyak banyak untuk beliau. BFTJ k?..Insya Allah

Kadang-kadang saya sangatlah jeles dengan Muallaf and baby. Sebab?
Sebab mereka tiada dosa. Suci. Bersih.
Sedangkan saya?

Kadang-kadang , saya malu dengan diri sendiri. Pandai nasihat kat orang tetapi diri sendiri tak check dulu.
Sampai saya rasa nak pandang cermin tengok muka sendiri pun malu.

 Mengeluh sahaja tanpa usaha itu tidak bermakna apa-apa kan? Makanya, life must go on.  Dari saat ini, kenalah berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Muslim yang baik untuk menjadi mu'min yang baik. InsyaAllah. 

Muallaf
Saya  amat amat mengagumi mereka. Bila saya terbaca kisah mereka saya jadi sedih sebab hati mereka di sentuh dengan Hidayah directly dari Allah. Mereka sanggup di pinggirkan dari keluarga, bahkan ada yang terancam nyawanya semata-mata demi untuk kembali kepada "Fitrah".



Dan kita yang sudah sedia muslim ini, Muslim sahaja is not enough!  Is not enough. Kerana Muslim bukan di ertikan hanya dari keturunan, bukan hanya dari nama. Perlu ada pengisian dalam jiwa muslim, perlu faham  Deen dan perlu jadikan Deen sebagai cara hidup, barulah kita dapat rasa bersyukurnya kita menjadi Muslim.

Dan kita yang sudah sedia muslim ini, kadang-kadang tersasar dari jalan-Nya. Jauh dari-Nya. Makanya, kita perlu revert. yup, REVERT. Revert to fitrah. Dan untuk revert, kita perlukan hidayah. 

Bagaimana nak mengetahui datangnya hidayah?

Saya pernah terbaca, tak tau kat mana, saya lupa. Sekiranya suatu ketika, kita rasa kita sudah jauh dari Allah, dan waktu itu kita rasa nak menangis semahu-mahunya, rasa nak bersendirian, menyesal dengan segala dosa yang pernah dilakukan, kita rasa nak meluahkan segala rasa di hati ini kepada-Nya, itu tandanya  hidayah telah menyapa.  Jangan biarkan hidayah itu berlalu pergi, sebab hidayah bukan selalu datang. It is so precious to lose.

 Mari kembali kepada fitrah. Kita sangka Allah itu jauh dari kita, padahal kita tidak tahu Allah itu sangat dekat. Setiap apa yang terlintas dalam hati, He knows.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
~Al-Qaaf, ayat 16 ~ 







Hidayah Ibarat cahaya,

Ianya tidak menyapa kamar hati 

yang tidak di buka jendelanya.

sesungguhnya ..

Hidayah yang Allah kurniakan ,

teramat mahal nilainya..

Jadi, bagi yang beroleh hidayah Allah,

ketahuilah bahawa anda adalah di antara hamba-Nya yang terpilih,

Hargailah, genggamlah erat-erat,

Manisnya bila hati rasa terpanggil,

terkesan dengan Hidayah-Nya,

Mungkin tak dapat dirasa buat kali kedua..


--------------







Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.

Suasana di rumah makcik. Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu. Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila.  Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin.  Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot. Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.  Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_=' Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik. Me : tak pe la makcik, cukupla ni.  Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke? Me : Senyum. * * * * * Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya....