seorang wanita itu...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
dengan kenal Rabbnya
dengan cinta Rasulnya,
dengan yakin Deennya,
dengan teguh aqidahnya,
Seorang wanita itu...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
seorang wanita itu...
yang hidup di alaf ini,
era hidup perlu berdikari,
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya.
kerana seorang wanita itu...
yang hidup di zaman ini,
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah dan kalah,
dalam pertarungan yang lama,
dari rebah dan salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya..
Melayan perasaan plak malam-malam ni..:) Sesaje. Puisi ni saya ambil dari FB Ustaz Naim. Guru saya waktu sekolah dahulu.^^
Ahad
1 Julai 2012
11.38 pm
Comments
Post a Comment
Any advice for me?