PROLOG
First appreciation is for Allah atas segala ilham-ilham ini
juga kepada teman-teman yang sudi membaca..^^
Thanx kepada classmate Syafika, Anis, Tasya, Suliyana, Ila, Ika,Meera, Nani, Laylay, Suriati, Arief, Huzaidi, Faiz dan Afiq,
Juga kepada roomate dan jiran-jiran tetangga, miah, aziemah, Huda, Nano, Yin, Izzati, syahida, munirah hani, syikin.
dan tidak lupa kepada lecturer tercinta, Miss Mumtaz and the gang ( panjang sangat na taip) huhu..
eh, lagi satu warga ISIMAS (Ikatan Studi Islam Matrikulasi Selangor)...
Ini kisah Raudhah.
kisah diri mencari redha Allah..
dia percaya hidup bukan hanya untuk makan, tidur, kerja dan mati .
Dia pasti erti hidup lebih dari itu.
Dia terus melangkah kehidupan ini, walau ada kalanya dia rebah.
Makanya, dia yakin setiap kejadian yang berlaku ke atas dirinya pasti ada hikmah.
Dan dia tahu bahawa...
On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us; Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stand against faith."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)
Enjoy your reading! ^^
-----------------
"Arghhhh, penatnye..." Raudhah mendepakan tangan lantas menjatuhkan badannya di katil asrama. Dua beg habis dikeluarkan isinya dan dia susun di dalam almari. Hampir 70 peratus sudah siap dikemas, tinggal membersihkan lantai dan tikar getah belum lagi dipasang. Dia memandang ke katil satu lagi, kelihatan ada dua buah beg dan sebuah baldi terdampar di situ. Namun, orangnya tiada, mungkin membeli barang yang belum tiada .
"Emmm, siapa agaknya roomate aku'..Raudhah menggumam didalam hati. Raudhah memandang syiling dan akhirnya terlena.
"Buk! Dush!
Raudhah terbangun. Dalam penglihatannya yang samar-samar Raudhah melihat beberapa orang didalam biliknya. Seorang kelihatan sebaya dengannya dan dua orang lagi mungkin ibu dan ayahnya. Lantas dia bergegas mencapai tudung. Mendekati mereka.
" Assalamualaikum," Sambil tersenyum Raudhah memulakan perbualan. Bilik ni jugak ke?
"Waalaikumussalam" "a'ah, bilik ni. Jawabnya janggal.
"sape name eh?" Raudhah menyambung lagi. Tidak ingin mematikan perbualan. hasrat hatinya ingin dia berkenalan segera , membuat teman baru.
"Puteri, Puteri Ilmiah, awak?"
"Saya Raudhatus Sakinah, panggil Raudhah je la."
"oohh, ni parents saya. Kami tinggal di Putrajaya""
Raudhah memandang kembali kepada kedua orang tuanya lantas tersenyum.
"Mak dah balikke? "Ibu Puteri bertanya.
"A,ah, da lame dah balik" Raudhah menjawab. Tetapi dalam hatinya ada rasa sayu yang bertandang, saat ibubapa rakan yang lain masih bersama mereka, dia keseorangan. Ada butir jernih di hujung matanya. Namun, dia harus kuat.
Raudhah kembali ke katilnya, dan menyambung mengemas barang-barang yang masih belum sempurna letaknya. Perut berkeroncong. Terlupa yang dia belum menjamah walau sebutir nasi.
" Laparnye". Raudhah berkata, perlahan.
Dia menjenguk ke luar tingkap. Kebetulan biliknya bersebelahan dengan Kafe Lyra. Sesak. Ada barisan panjang menunggu mengambil makanan. "Aduh, panjangnya barisan". Walaupun mengeluh Raudhah bersiap juga untuk turun membeli makanan. Kalau ditunggu waktu malam, entah masih buka lagi atau tidak.
Itulah orang pertama yang dikenalnya sepanjang hari itu setelah menerima tawaran meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor. Ada juga tawaran lain yang menawarkannya untuk menyambung pengajian. Maktab Perguruan ( Bahasa Arab), MMU ( engineering half sponsor by Yayasan Selangor ) dan UiTM Pulau Pinang ( Diploma Farmasi). Amat sukar untuk membuat pilihan. Kalau boleh mahu sahaja menyuruh orang lain membuat keputusan untuknya. Namun, ini masa depannya. Dan masa depan Raudhah terletak di tangan Raudhah sendiri. Dialah yang perlu membuat pilihan. Akhirnya, dia nekad untuk meyambung pengajian di KMS. Ada juga unsur-unsur negatif yang didengarnya memandangkan hidup student di matrik amat memenatkan dan membahayakan lantaran boleh dilelong kemana-mana selepas tamat matrikulasi. Dia juga tidak yakin adakah ini keputusan terbaiknya walaupun kaki sudah memijak bumi KMS. Walaubagaimanapun, dia harus kuat! Itu pesan ibunya.
----------------------------------
to be continued . kalau saya rajin..:D
woot2~amboi cik syai kita..sudah menulis novel pula lagaknya. hahaha. tak sabar rasanya saya nak tunggu update seterusnya. seronok! almaklumlah..saya ni jarang baca novel :p cepat2 la update citer tu. eksaited saya :)
ReplyDeletefrom : rosnadia rosli
amboi, dia plak yg xsaited..mcm ak tulis pasal kisah dia je..lol..haha
ReplyDeleteDiadaptasi dari kisah hidup aok ke ni?
ReplyDelete