Assalamualaikum awak-awak semua..:D
Salam Jumuah Mubarakah..^^
Sebelum membaca entry ini, sila prepare tisu dulu ye. Arini saya nak share kisah sedih sikit..haha
Habislah korang, kalau ada yang tak boleh berenti jangan salahkan saya ye sebab ini bukan cerita rekaan .
Walaupun ada yang dah tahu kisah ini, peduli ape aku. Nak share jugak! :P
Daripada Abbas r.a. Rasulullah bersabda:
Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibril a. s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik"
Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah berdiri baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda. Baginda lihat kiri dan kanan. Baginda dapati tiada lagi bangunan. Baginda menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
"Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!
Jibril a.s berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
"Bukan seperti itu maksudku". Kata Rasulullah.
Jibril berkata : " Apakah kamu tidak lihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda : Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan "umatku". Di mana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolonganku pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.
Jibril menyeru : " Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ketempat perhimpunan yang telah
disediakan Allah Taala"
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat, baginda akan bertanya " Di mana umatku?"
Jibril berkata ; "Wahai Muhammad, Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa datang, Jibril menyeru: "Tempatmu!"
Maka Nabi Isa dan JIbril menangis.
Nabi Muhammad berkata : "Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata : " Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad :" Mana Umatku?"
Jibril berkata : "Mereka telah datang, Mereka berjalan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar cerita demikian , Nabi menangis lalu berkata.
"Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril : "Lihatlah mereka wahai Muhammad"
Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru "Wahai Muhammad!".
Nabi berkata : "Wahai umatku!"
Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi; "Dimana Umat Muhammad?'
Jibril berkata : "Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril, katakanlah kepada Kekasih-Ku Muhammad bahawa umatnya akan
datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata,
"Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala"
Nabi Muhammad berpaling ke arah Umatnya lalu berkata:
"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala"
Allah Taala berfirman lagi :
" Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan . Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka-Ku."
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru:
" Tuhanku! Penguasa Penghuluku! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu"
Ketika itu juga Neraka Jahannam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula menyeru:
"Wahai Tuhanku! Penguasa dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan ku. Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan penyiksaaan"
Nabi Muhammad lagi-lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali baginda sujud di hadapan Arasy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata:
" Maha Suci Allah, hamba yang paling di muliakan Allah ini begitu mengambil berat hal umatnya."
Fatimah bertanya ; "Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti wahai bapaku?"
Baginda bersabda ; " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku"
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar nabi untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah sedang duduk . Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad dia berkata; "Ini umat Nabi, mereka telah sesat dari Nabi mereka"
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad. Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad:
"Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu bersabda;
"Marilah kepadaku wahai umatku. Sesiapa yang beriman dan tidak melihatku ,aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu."
Umat Nabi Muhammad berkumpul disisinya. Ketika di atas Sirat Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik;
"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah keatasmu, palingkanlah wajahmu dari umat ku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu."
Nabi Muhammad berhenti ditengah Sirat. Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda menarik tangannya dan membangunkannya kembali.
Nabi berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
--------------
Betapa cinta Rasulullah kepada umatnya dan betapa kita lupa dan selalu mengabaikan baginda, err..termasuklah yang menulis ni.
SAYANGNYA NABI KEPADA KITA.
p/s cerita ini saya jumpa tyme matrik dulu..
Ya Allah, sayangnya nabi kat kita. :') MasyaAllah. Takbir!
ReplyDeletekan..huhu
ReplyDelete