Skip to main content

Posts

Rapuh

Darimu ku mengenal erti kekuatan,
Hadirmu semua indah,
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu,
Melengkapi diriku,
Berpisah kita
Hanya untuk ku sedar semula
Bintang malam setia seperti dirimu,
Tetap pudar menghilang tiada gantimu,
Dan ku masih terasa degupan jantungmu,
Tanpamu ku kan rapuh..
Dan bila ku sendiri tiada resah lagi,
Tanpamu ku tempuhi,
Berpisah kita hanya untuk ku sedar semula..

.....................

Every lyric hits me.  Dari dia aku belajar untuk kuat.  Dan sekarang, aku rapuh.  Kami terpisah jauh,  terlalu jauh. Bagai bintang malam, hanya mampu merasa ia ada,  ia setia , tapi tetap hilang,  dan hilangnya tiada ganti. 
I dedicated this beautiful song to my late father,  you will always be remembered. ❤❤❤


Khamis
5/10/2017
3 AM
Recent posts

Hilang

'Bila adik nak balik kampung ?' 'Tak tau, minggu depan kot. Nak balik hari ape ?' 'Hari isninlah.' Malam itu, satu panggilan diterima dari mama yang mengajak adik untuk balik ke kampung. Adik tinggal dengan saya untuk beberapa minggu disebabkan dia sedang menikmati cuti sem selepas raya aidilfitri. Pagi hari Rabu 9/8/2017, kami  dikejutkan dengan satu panggilan. 'Kakak, kakak.. bangun. Abah dah takde.' Bagai berpinar kepala saya masa itu. Bangun dengan terkejut.  Masih bermimpikah aku ? 'Kakak, banguun, telefon kakak.' 7 miscalled.           Ya Allah. Apa yang dah terjadi. Adik terus bangun, mandi. Saya masih tidak percaya. Lembab betul otak saya pagi itu untuk memproses maklumat, sampaikan adik banyak kali menggoncang tubuh saya agar menelefon kakak  yang berada di Klang. Saya menurut arahan tanpa berfikir panjang. Kakak meminta saya pergi ke KTM terdekat, bermakna saya perlu pergi ke KTM Sungai Buluh. Tika itu jam menunjukkan tepat 9 pagi. Jika saya k…

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni"
" kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu"
Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat.
Di rumah...
"Nak masak apa hari ni ma?"
" masak lemak ketam lah"
" alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?"
" suka hati kamulah"
"Yey"
Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat..
" hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..."
-mama-
"Siapa tadi tu ?'
"Emmm, ada orang suruh pi interview"
" kerja apa tu? Kat mana?"
"Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?"
"Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit"
"Mana ada adah membuta, mak ni... "

Ni lah padahnya bila seronok tabur resume, mana2 company main letak je. Desperate punya pasal nak kerja, malu jadi para…

Tak bersebab

Rasa sedih sangat malam ni,
Tak bersebab,

Bestkan kalau ada someone ajak makan ke,  lepak ke.. Kann?..


Nak balik kampung lah esok..

Boleh makan jagung !!!

daripada dok mereput kat kl ni, macam zombie dah hidup, pi kerja balik tido..

What i felt..

I have learned,
to be real strong these days,
to stand tall whatever situation struck  me down,
whatever bad thoughts they think of me,
I just don't really care too much,
for there are much more things to be happy with,
and here,
I chose to be nice and practicing  good manners to anyone,
to those who ever once laugh at me,
laugh at my mistakes,
I know , I have a lot of weaknesses,
and I still trying to improve myself,
from that I learned to be humble,
to let go of my ego,
but,
there is sometime I feel
I feel empty inside,
heart that once upon embraces with beautiful garden,
turns out like a vast draught land,
and I am afraid of losing myself,
slowly,
situation has changes me to be another kind of me...






Bagai Angin Lalu.

Cuti.
Adalah satu benda yang sangat berharga sejak sudah mula bekerja. Pantang cuti, mesti keluar mencari 'angin' baru selepas penat seminggu mencurah tenaga yang bukan sedikit di tempat kerja. Patient samples yang tidak pernah sedikit diterima mewajibkan kami untuk berlari-lari di dalam lab bagi mengejar masa, dan permintaan doctor yang 'urgent'. Pernah juga terdetik, rakyat Malaysia ni cuba sekali berhenti sakit, bagi kami cuti. Cukup mustahil untuk menghadapi keadaan yang dibayangkan ini.
Destinasi wajib apabila keluar berdua adalah Nu Sentral, Waroeng Ayam Penyet. Amiralah yang selalu meneman, itupun bila kebetulan bercuti pada hari yang sama. Tetapi, hari itu adalah hari yang luar biasa. Sedang kami menunggu train untuk balik ke rumah, seperti biasa kami duduk di bangku platform sambil bercerita apa sahaja. Tidak puas bercerita, kami biarkan beberapa train berlalu sampai kami puas menghabiskan cerita masing-masing. Yup, we got plenty of time, especially when we w…

Kecelaruan

Agak jauh sudah 'berjalan' setelah habis berkonvo oktober yang lalu, daripada menjadi seorang cikgu tadika bidang terjun (setelah direject berkali-kali memohon kerja ditempat sendiri) dan sekarang Alhamdulillah sudah bekerja di salah sebuah diagnostic lab di kelana jaya yang lebih mudah untuk berulang-alik pulang ke kampung. Apa yang saya rasa dan fikir? sangat banyak, terlalu banyak, sekarang saya lebih kerap diam, jarang benar bergelak ketawa seperti yang dulu. Bahagiakah saya sekarang dengan pilihan saya ini? adakah apa yang saya lakukan sekarang diredhainya? adakah pilihan saya ini akan menjadi benda yang akan menghabiskan sisa umur saya selepas ini?
            Kadang-kadang saya rasa macam masih terlalu awal untuk mempunyai kerjaya kerana umur masih 24 , masih belum puas untuk menuntut ilmu yang pelbagai, tetapi banyak pula rintangan-rintangan ang datang. Sekarang what matter most is my family. Yang menjadi penguat setiap kali rasa heartbroken atau rasa di…